Sabtu, 31 Disember 2011

Cinta Diam-Diam (Bahagian 2)


Allahuakbar!

Tubuhku direntap kuat.

Basah bahuku. Sendu itu agak bingit di telinga kananku. Namun, ku biar dia melayari perasaannya.

Bila sudah tenang, barulah aku angkat wajahnya dekat di mataku.

“Alhamdulillah. Sudah?” ku hadiahkan dia senyuman. Kusut sekali wajah sahabat ku itu.

Pertanyaanku dijawab dengan sedikit anggukan kepala. Alhamdulillah. Nah, sekarang proses aku untuk menyelami dan menggali persoalan kekusutan yg melanda hatinya.

Dia. Dia sahabatku yg pernah ku ceritakan dulu. Kini, dia kembali mendatangi ku dengan tangisan. Tangisan lagi.

Tidak ku ketahui sebab dan alasan tangisannya, aku tiba-tiba saja dirangkul dalam pelukannya. Seluruh kesedihan dan kesakitannya bagai diluahkan dalam hangatnya pelukan ku.Walau tidak ku ketahui kisah duka laranya, aku sedaya upaya untuk berikan dia pelukan semangat dan ketenangan.

Dengan seizin Allah, ketenangan itu akan datang untuknya. InshaAllah, doaku untuk hatinya.

Ah. biar dia tahu, kesedihannya juga kesedihan buat diriku.

“Sahabatku, kenapa ni? ” Ku kesat air matanya yg bersisa.

Allah. Jiwaku bagai dicarik-carik melihat kesedihan wajahnya.

“Lemah. saya lemah.” sayunya suara sahabatku.

“Ermm. semua hamba Allah itu lemah sahabatku.” ku pandang matanya tepat menerusi mataku.

“Ingat lagi kisah yg saya ceritakan dulu?”

Aku sedaya upaya memanggil memoriku bersama sahabatku ini. Ah, cerita yg mana satu? Di ingatanku, ku buka satu demi satu lembaran kisah kami bersama. Allah, aku gagal mengesan kisah yang mana satu. Kerutan pada dahiku terukir menjelaskan bahawa aku tidak mampu mengingati cerita itu.

Dalam pada melihat aku masih berfikir-fikir, sahabatku membantu aku mengingat kembali ‘cerita’ itu.

“Kisah dia. Dia yg saya suka. yang saya pendam rasa itu. Yang…”

“Ooohh.. Alhamdulillah. Ingat-ingat..” terukir senyumanku sebentar.

“Kenapa dgn kisah itu?” aku kembali bertanya.

Sahabatku memalingkan wajahnya, menundukkan pandangannya pada lantai. Helaan nafas kedengaran. Aku mengikut tempo perasaannya, aku tunduk juga ke lantai, hanya menanti dia bersuara membuakkan emosinya.

Ya. Aku sedia mendengar.

“Allah.. Nur, saya lemah sgt. Saban hari jiwa saya makin kacau. Hati saya makin terpanggil. Setiap kali melihat namanya, jantung saya berdegup kencang. Kacau sekali.”

Aku senyum. “Ah..sahabatku sudah angau barangkali.” monolog ku dalam diri.

“Istighfar sahabatku… mungkin saja itu bisikan syaitan. Syaitan mengajak dirimu untuk dibuai dgn rasa itu. Kuatlah sahabatku. ”

“Hmm..saya wanita. Ada hati. Ada perasaan. Cinta inikan fitrah menurutmu dulu. ”

“Benar… cinta itu fitrah..dan, kita kena bijak mengawal fitrah itu.”

“Nur…mahu kah kamu andai saya ceritakan perihal hamba Allah yg saya suka itu?”

“Dengan senang hati, ceritalah…” aku menanti saja. Menadah telinga buat sahabat.

“Saya baru saja mengenalinya. Dia bukanlah sahabat sekampus sy, bukan juga shbt sekampung sy. Pertemuan sy dgn dia dalam program dkampus sy. Dia datang ke kampus sy dan sy mengenalinya dlm program itu. ”

Aku mendengar lagi.

“Itu pertemuan tahun lepas. Pertama kali terpandang wajahnya, bagai ada suatu tarikan dan aura. Namun, saya endahkan saja. Kemudian, selepas program itu, tiada lanjutan hubungan sy dgn dia. Masakan tidak, sy tidak ambil apa2 maklumat dpd dia, begitu juga dia. ”

Aku semakin setia dgn kisah sahabatku ini.

“Tapi… indah takdir Allah. Allah menemukan sy dan dia di alam maya. Bagaimana kami boleh terjumpa, alasannya hanyalah Allah. Allah yg bijak menemukan kami. ”

Tidak sabar dgn kisah menarik sahabatku, aku menyampuk.

“Sekarang?”

“Sekarang…sy menjadi pemerhati yg setia. Dan, terakhir kali, beberapa bulan lepas, dgn izin Allah, kami terjumpa di satu program. Itupun tanpa ada perancangan, semuanya kehendak Allah.  ”

“Subhanallah. Semuanya itu tanpa ada perancangan dari kamu dan dia?”

“Ye..Hebat kan Allah? Kerana itu, saya terasa ada satu macam tarikan dan saya mengaguminya. Tapi, saya tidak lah pernah berbual dgnnya secara langsung.. sy sekadar memerhati perkembangannya dan aktivitinya dr jauh. Saya ibarat pungguk yang rindukan bulan.” tuturnya lembut dengan senyuman yang kelihatan pahit di hujung kata sahabatku itu.

Aku merenungnya penuh kecintaan. Ah, sahabatku.

“Ooh..kiranya, sahabat saya ni, stalker la ye..” aku senyum sengih.

“Allah..malu saya. ” aku tersenyum melihat ada bunga2 kemaluan di wajah sahabat ku itu.

“Jadi, apa masalah yg memberati jiwamu sahabatku?” aku kembali ke topik utama kami.

“Hmm.. sy dengar2…dia dlm perjalanan untuk membina baitul muslim. Dan, sy dengar, dia sudah punya calon..”

“Owh. Alhamdulillah…mm, dan kamu sedih?”

Sahabatku diam. Dia tunduk lagi dengan wajah yang kelihatan sungguh muram sekali. Soalanku itu ditinggal sepi.

Aku menghela nafas panjang, ku cari kekuatan dari Allah dalam proses menyelami hati sahabatku ini. Aku ambil dan ku pegang dua-dua tangan sahabatku ke dalam tanganku. Ku pandang wajahnya dengan penuh rasa cintaku padanya.

“Kamu cantik sahabatku. Kamu tutup rasa cinta kamu pd dia kerana Allah. Kamu sekat dan kamu tahan agar ia tidak menjadi nanah dalam hati kamu. Ah, saya menjadi cemburu kpd mu sahabat.”

Sahabatku masih diam dan memandang aku dgn penuh pengertian.

“Padahal saya ini lemah Nur. Ada riak kerisauan dalam jiwa saya. Ada kekacauan dalam hati saya. Saya sedar, saya bukan siapa2. Apatah lagi, saya hanyalah pencinta yg jauh. ” luah sahabatku.

Ada luka yg aku perhatikan disitu. Lukanya dalam sekali.

“Allahuakbar. Allah Maha Besar. Sahabatku, kamu yakin pada Allah?”

“Nur, kamu bertanya hal yg kamu tahu jawapannya. Allah itu cinta saya, pastinya saya yakin seyakinnya pd Allah. ”

“Nah, kalau begitu, masakan kamu bersedih hati? Apalagi yg merisaukan dirimu?”

Sahabatku diam. Seakan terpukul dgn kata-kata ku itu. Aku tahu, dia faham. Hanya saja, perasaannya sedang menguasai.

“Sahabatku, kisahmu ini mengingatkan saya pada kisah Ummu Salamah. ”

Sahabatku lalu memandangku lagi dengan matanya berkaca. Aku meneruskan kata, menglipur lara kisah Ummu Salamah yg merungkai hikmah dari Allah. Mari, aku ceritakan padamu sahabatku agar dirimu tidak kecewa lagi.

“Kamu tahu siapa Ummu Salamah? ”

Sahabatku diam. Tidak tahu barangkali. Aku menyambung kisah.

“Ummu Salamah adalah wanita terhormat, berhijab dan suci. Ummu Salamah merupakan sepupu kepada Khalid bin Walid yang digelar Pedang Allah dan Abu Jahal bin Hisyam. Dia termasuk wanita yang pertama kali berhijrah. Ummu Salamah merupakan isteri kepada Abu Salamah bin Abdul Asad Aal-Makhzumi, iaitu sahabat Rasulullah yang merupakan seorang lelaki yang soleh.”

Sahabatku teliti mendengar dan aku menyambung lagi.

“Kisah kesedihan Ummu Salamah bermula apabila suami tercintanya, Abu Salamah meninggal dunia setelah pulang dari perang Uhud. Dia meninggal akibat luka parah yang dialaminya. Pada ketika itu, Ummu Salamah merasa sangat sedih. Fikirannya sangat terganggu. Namun, Ummu Salamah, seorang yang intelek tidak mahu membiarkan dirinya dirundung pilu berterusan dan kerana itu Ummu Salamah dinasihatkan oleh Nabi s.a.w berkenaan masalahnya. Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar satu doa kepadanya  yang bermaksud,

    “Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”
Lalu, Ummu Salamah terus-terusan mengamalkan doa itu walaupun dia selalu tertanya-tanya siapa lagi yang lebih baik dari suaminya kerana suaminya adalah  lelaki yg sangat soleh.

Dalam pada ketika itu, beberapa sahabat Rasulullah s.a.w ada melamar Ummu  Salamah. Hal ini mereka lakukan sebagai tanda hormat terhadap suaminya yang  telah berkorban demi Islam dan juga untuk melindungi diri Ummu Salamah. Mereka  itu termasuklah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin al-Khattab , tetapi Ummu  Salamah menolaknya.

Kemudian dengan izin dan kehendak Allah, Ummu Salamah selepas itu dilamar oleh  Rasulullah s.a.w sendiri. Akhirnya, inilah rupanya hasil doa dan kesabaran Ummu  Salamah. Kehilangan Abu Salamah telah diganti oleh Allah dengan sebaik-baik  manusia yakni Rasulullah s.aw.

Namun, lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”

Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”

Kemudian, hilanglah rasa ralat di hati Ummu Salamah. Lalu diterima lamaran sebaik-baik manusia itu dengan rasa gembira. Status Ummu Salamah meningkat menjadi salah satu Ummahatul Mukminin, yang telah memberikan contoh tauladan dalam menempuh mehnah hidup.

Allahuakbar. Nah, kisah Ummu Salamah ini benar-benar penuh hikmah! Kehilangan suami tercinta yang dianggapnya lelaki yg paling soleh diganti dgn kekasih Allah iaitu Rasulullah s.a.w..betapa benarnya janji Allah kpd Ummu Salamah. Allah, Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Penyayang, bukan begitu sahabat?”

Aku mengakhiri kisahku dengan memberi ruang kepada sahabatku untuk berfikir dan menimbang tara kisah Ummu Salamah yg penuh inspirasi itu. Aku pandang sahabatku dan aku lihat air matanya bercucuran laju sekali dan ianya tanpa seduan.

“Subhanallah. Saya terkesan sekali Nur. Maha HalusNya Allah dalam takdirNya. ” Sahabatku berkata perlahan dalam linangan airmatanya.

“Ya sahabat.. itulah yang sepatutnya kita sedar, dan kita yakini. Percayalah pada ketetapan dari Allah. Janganlah kamu bersedih sahabat.. kalaupun, lelaki yg kamu kagumi itu bukan jodoh kamu, InshaAllah, Allah akan beri pengganti yg jauh lebih baik. Berdoa dan bersabarlah. ”

“Terima kasih sahabat.. Saya tenang selepas mendengar kisah Ummu Salamah itu dan InshaAllah saya redha akan ketentuan dari Allah.” senyuman sahabatku kini mententeramkan jiwaku. Ah, manis sekali senyumannya!

“Allahuakbar. Begitulah yg saya mahu dengar darimu sahabat. Syukur sekali Allah sudah pun memberi kefahaman kepadamu. Semoga Allah menetapkan rasa ni kepadamu. Semoga Allah menciptakan suami yg soleh kepadamu. ”

“InshaAllah amin… terima kasih yg sangat-sangat. Saya sayang kamu Nur. ” dengan tiba-tiba, tubuhku direntap lagi. Aku terkedu.

“Kamu sahabat yg terbaik buat saya.” Pelukan kami lama, dan aku menitiskan air mata juga akhirnya.

“Tiada apa-apa yang lebih berharga melainkan cinta padamu sahabat hanya kerana Allah..” tuturku penuh berbisik di telinganya. Dan aku tahu, dia juga menitiskan air mata.

Itu dia. Kisah sahabatku dan cinta diam-diamnya. Kini, dia sedikit kecewa kerana cinta diam-diamnya menghampiri kekecewaan.

Ah. Aku faham sekali situasinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...