Jumaat, 17 Jun 2011

Gembirakan Hati Ibu dan Ayah

Gembirakan Hati Ibu dan Ayah 

Sesuatu perkara itu mungkin dianggap remeh. Namun jika ia menggembirakan hati ibu bapa, apa salahnya ia dilakukan. Ketahuilah besarnya penghargaan Allah SWT terhadap orag yang menyenangkan hati ibu bapanya.
Ibu Bapa Sudah Banyak Menggembirakan Hidup Kita

  Saat kita dilahirkan, ibu dan ayah merupakan orang pertama yang bergembira dengan kelahiran kita. Ibu tersenyum bahagia walaupun sakit dan luka masih dirasainya. Wajah ayah berseri-seri mengkhabarkan kepada keluarga dan sanak saudara serta kaum kerabat tentang kegembiraannya menerima ahli keluarga baru dalam keluarganya. Semua orang tumpang gembira dengan rezeki berharga yang melimpah dalam hidupnya berupa seorang anak.

 Setiap hari ibu bapa mengacah kita dengan mesra dan manja. Usikan dan perhatian mereka amat bermakna dan menggembirakan kita saat itu. Mereka menggembirakan lagi kita dengan mengajar berjalan, membelikan pakaian dan permainan baru serta membeli pelbagai barang yang kita inginkan.

 Mereka juga menggembirakan kita dengan mengajar mengaji ao-quran, menghantar ke sekolah, mengajak bersiar-siar, balik ke kampung dan sebagainya. Mereka berkorban dan bersusah payah untuk memeastikan kita hidup dengan sempurna dan cukup keperluan. Kita gembira bermain, berlari dan berkejaran dengan kawan-kawan sehingga kita semakin membesar dan dewasa. 

 Apakah balasan kita terhadap insan yang terlalu banyak menggembirakan hidup kita itu? Adakah kita turut membahagiakan hidup mereka? Atau hanya membentangkan masalah demi masalah terhadap mereka?

Allah SWT berfirman dalam surah ak-Ankabut ayat 8 :
yang bermaksud:

''Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Aku jua tempat kembali kamu semuanya. Kemudian aku akan menerangkan kepada kamu segala apa yang telah kamu kerjakan.''

Menjaga Adab dengan Ibu Bapa

 Bagi anak-anak, tiada yang lebih penting bagi mereka selain daripada menghormati ibu bapanya. Ibu bapa sememangnya mahu anak-anak menunaikan tanggungjawab dengan memenuhi hak ibu bapa mereka itu. Sebagai anak, kita harus tahu adab sopan dan nilai budi pekerti yang tinggi dengan ibu bapa.

  Hormat bukan sekadar tunduk ketika berjalan dihadapan ibu bapa, tetapi merangkumi segala adab dan perilaku. Antaranya seperti adab memasuki bilik ibu bapa. Ini cukup penting kerana bilik merupakan tempat mereka berehat. Dalam Islam telah digariskan syarat tertentu bagi anak-anak untuk masuk ke dalam bilik ibu bapa seperti minta izin dulu sebelum masuk.....

Tiga waktu yang diwajibkan oleh syariat seorang anak perlu meminta izik jika ingin masik ke dalam bilik ibu bapa:

1. Sebelum Subuh

Merupakan waktu persendirian ibu bapa. Inilah masa peribadi mereka berdua dan kurang bersedia untuk bersama anak.

2. Sebelum Waktu Zuhur

Disebut juga sebagai waktu ''quilulah''.
Waktu ini mungkin ibu bapa sedang berehat dan tidur sebentar atau sedang bersiap-siap untuk solat zuhur. 

3. Selepas Isyak

Biasanya waktu ini ibu bapa sedang bersiap untuk tidur atau sedang bersantai

 Menjadi Anak yang Berperibadi Cemerlang

Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila anaknya berjaya dengan cemerlang? Kecemerlangan dalam sahsiah diri lebih hebat dan kekal berbanding kecemerlangan akademik. Namun alangkah bagusnya bagi seorang anak yang memiliki kedua-duanya sekali .Salah satu cara menggembirakan hati ibu bapa adalah dengan memantapkan diri untuk menjadi seorang yang berperibadi baik dan cemerlang.

Sabda Rasullullah saw, maksudnya :

''Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hambab pada hari kiamat selain daripada akhlak yang mulia.'' (Riwayat Abu Daud)

Anak yang soleh dan solehah tidak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Dia tidak akan lupa untuk menunaikan ibadah tidak kira di mana sahaja dia berada. Dia membuktikan dalam kehidupannya bahawa dia mengenal mana yang halal dan haram. Anak ini juga sentiasa beramal untuk kebaikan dirinya dan ibu bapanya. Hati ibu bapa akan gembira jika anaknya jelas tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba di sisi Allah swt.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-An'am ayat 162 yang bermaksud :

''Sesungguhnya solatku,  dan ibadahku , hudupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara sekalian alam.

Sama-samalah kita menjadi anak yang sentiasa menggembirakan hati kedua ibu bapa kita...
wasalam....  
  






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...