Sabtu, 15 Oktober 2011

Hati-Hati Bila Berbicara

''setumpul-tumpul parang jika di asah tajam juga''
selembut-lembut lidah jika sudah berbicara kadangkala akan terguris hati yang mendengar...oleh itu jaga lah sama-sama lidah agar bile berbicara tidaklah akan menyinggung perasaan orang lain...

ada orang yang mungkin tak perasan kadangkala patah bicara yang terkeluar daripada mulutnya bakal menyinggung perasaan orang yang mendengar, sindiran yang hanya dianggap gurauan semata-mata kadang-kadang boleh menyinggung hati seseorang kalau lah yang mendengar itu cepat terasa hatinya.

bukanlah nak kata diri sendiri sangat menjaga bile berbicara tidak akan singgung perasaan orang lain tapi kadang-kadang pun kita tak perasaan apa yang kita cakap tu betul-betul ke tak akan menyinggung hati orang lain. jadi ambil pendekatan sentiasa berhati-hati bile bercakap dengan ibu ayah,adik-adik,kawan-kawan malah dengan orang yang lebih tua sekalipun, tapi kan kita manusia kadang-kadang terlepas pandang perkara-perkara sebegini,jadi jomlah kita sama-sama jaga madah bicara biar orang yang ada sekeliling tidak le cepat terasa dan selesa nak berkawan dengan kita.

Khamis, 13 Oktober 2011

Kehidupan Anak Perantau Siri 4

Assalamualaikum wth..
Alhamdulillah kupanjat kesyukuran pada Ilahi pada tanggal 11 sept 2011 selamat kakiku melangkah semula ke bumi sabah untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu serta memikul semula amanah-amanah yang telah diberikan ke atas diriku...sesungguhnya keberatan hati & seluruh sanubari untuk sekali lagi meninggalkan keluarga di rasai setelah 4bulan aku bersama mereka...sesungguhnya hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanku ketika itu...kukucup tgn ayahanda & bonda sebelum kaki melangkah pergi meninggalkan bumi johor di airport buat sementara waktu, pelukan & ciuman bonda membuatkan kn hati ku sebak mau meninggalkan bonda,ayahanda serta adinda2ku yang di sayangi...moga mereka semua selamat dalam perlindungan Ilahi sepanjang ketiadaanku di sisi mereka...Amin!!!

perjalanan JB-KBI (9.35-11.55PG) 11 Sept 2011 (AHAD)
perjalanan dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu semakan masa 2 jam 15 minit...perjalanan yang lama buat aku, nasib baiklah dapat kawan yang sama jantina di kerusi sebelah boleh juga bersembang-sembang dengan die...sedang rancak bersembang-sembang dengan rakan baru di flight,kami berdua dikejutkan dengan penguguman dari ketua anak kapal Airasia bahawa penerbangan kita mengalami cuaca yang kurang elok,dalam hati hanya berdoa sahaja moga Allah selamatkan lah perjalanan kami...dalam keadaan masih berasa bimbang dengan penguguman sebentar tadi,kami dikejutkan dengan keadaan kapal yang tidak stabil tetiba je rasa macam kapal tu terturun ke bawah selepas tu naik semula ke atas dalam hati pikir mungkin kapal tu akan terjunam ke bawah,Ya Allah aku hanya pikirkan soal mati & hidup sahaja time tu...3,4kali kejadian itu berlaku sepanjang penerbangan,dalam hati bacaan ayat-ayat suci alquran yang terlintas di baca sepanjang penerbangan....

Perjuangan anak rantau harus diteruskan di bumi Sabah...
setelah lama tidak dapat menjejakkan kaki ke bumi sabah kerana cuti semester yang panjang terasa lain bebenar, perubahan waktu solat yang semakin cepat di negeri ini menyebabkan diri selalu perlu peka dengan waktu solat di sini, jadual waktu solat menjadi peneman 5 kali sehari agar tidak terlepas daripada waktu solat. pertemuan pertama dengan family sisma membuatkan aku terkesima,dah lama tak dengar orang cakap sabah jadi blur-blur nie dengar...dengan lawak-lawak serta menguluk dorang menyebabkan aku berusaha dengan cepat untuk dengar dengan penuh khusyuk unuk cube memahami madah-madah mereka, termuan yang sekian lama tak berjumpa membuatkan semakin banyak cerita di sembangkan...


kehidupan sebagai seorang pelajar tahun 2...
seperti biasa rutin seorang pelajar bermula, bergelumang dengan kepadatan jadual kuliah yang padat & mampat serta tugasan-tugasan yang semakin hari semakin banyak,semuanya harus dilakukan satu persatu..alhamdulillah walaupun jadual sedikit padat dengan pelbagai kuliah tetapi masa untuk membantu kerja-kerja dakwah tetap ada,hujung minggu diperuntukan untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah bersma-sama family SISWAZAH MUDA ABIM SABAH,melalui family inilah aku mula mengerti kehidupan sebenar,mempelajari erti berdikari,mengenali erti amanah sebagai seorang da'i yang harus dilaksanakan sebaik mungkin, pelbagai rangka program berteraskan dakwah melalui usrah,tamrin serta muktamar,kepimpinan jati diri, khidmat komuniti bersama masyarakat membuatkan aku lebih tabah harungi kehidupan dibumi ini,walaupun jalan dakwah itu ada berliku-liku tetapi kemanisan di akhirnya hanya diri yang mengalami akan tahu, kadang kala selalu juga perhatikan orang-orang sekeliling mereka lebih pentingkan urusan dunia daripada akhirat, terlalu mengambil remeh kepentingan solat serta adab sopan berlainan jantina,doa ku moga hati-hati mereka yang mengambil remeh perihal ini akan terbuka untuk menjaga tanggungjawab sebagai seorang hamba yang taat pada perintah-Nya & meninggalkan segala larangan-Nya. Kehidupan ini umpama roda ada kalanya kita diatas adakalanya kita di atas, sebagai hamba-Nya jangan pernah berputus asa,sentiasalah memohon pada Ilahi agar dipermudahkan segala urusan kehidupan ini. Sentiasa tergiang-giang pesanan naqib serta naqibahku, jika kamu membantu agama Allah, Allah akan membantu urusanmu, hanya padanya sahaja tempat meminta pertolongan setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh...permudahkan urusanku selepas ini YaAllah.

Ya Allah hanya padamu aku memohon pertolongan, Engkau permudahkan segala urusanku menjalankan amanah yang tergalas di bahu sebagai seorang anak,pelajar serta masyarakat di samping sebagai seorang da'i yang membantu menjalankan kerja-kerja dakwah di bumi sabah...

Walaupun terasa masa yang ada tidak mencukupi walaupun setiap orang ada 24jam sehari semalam tetapi tetap bersyukur masa serta tenaga yang ada digunakan dengan sebaik-baiknya,tak sempat nak berfoya-foya & membuang masa macam orang lain,Ya Allah ku mohon kesihatan yang baik, kekuatan fizikal & mental serta rohani untuk harungi kehidupan ini di bumi sabah ini,walaupun agak sibuk diri ini dengan berprogram SISMA SABAH untuk bulan-bulan seterusnya...wasalam




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...