Isnin, 25 Julai 2011

Kem Kepimpinan Muda 2011 SM Vokasional,Batu Pahat,Johor

pintu masuk Sek Men Vokasional Batu Pahat,Johor

Assalamualaikum wth...
setelah sekian lama meninggalkan bumi batu pahat dgn xtvt kem motivasi d sekolah-sekolah sebagai fasilitator sukarela akhirnya 23-24 Julai 2011 yang lepas di jemput menjadi salah seorang fasilitator untuk program Kem Kepimpinan Muda 2011 anjuran ABIM cawangan Batu Pahat bekerjasama dgn Majlis Belia Daerah Batu Pahat
sasaran peserta dlm kem nie adalah kepimpinan d peringkat sekolah spt majlis perwakilan pljr,pengawas,ketua dorm,ketua unit-unit beruniform dan sebagainya...

                                                          Albums kenangan di SM Vokasional


penyelaras program : hj mohd azlan mohd sharif

perasmian program

perkenalan fasilitator
ragam fasilitator
peserta perempuan
peserta KKM bergambar kenangan dengan warga rmh org-org tua Rumah Sejahtera Batu Pahat
majlis penyampaian cenderamata
gotong royong di rumah org-org tua
perkongsian pengalaman drpd bekas penagih

menara impian

 Barisan fasilitator & penggerak program berserta pihak sekolah




Pelbagai xtxt telah dijalankan sepanjang kem ini berlangsung dengan latihan dalam kumpulan (LDK), riadah serta klinik fardhu ain....diharapkan program kem sebegini akn berlanjutan pd masa akan dtg dengan objektif program ini adalah untuk 
1.Menjalinkan hubungan ukhuwah di antara pihak SMVBP dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dan persatuan belia tempatan
2.Meningkatkan motivasi kepada pemimpin pelajar di SMVBP agar menjadi contoh dan   
  menyebar maklumat kepada pelajar lain berkenaan aspek akademik, akhlak,
  kerohanian (solat dan wuduk) dan fizikal(riadah).
 3.Para peserta akan didedahkan dengan dunia sebenar sebagai seorang remaja dan fasilitator pula
  dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan sikap yang betul sepanjang Latihan  
  Dinamika Kumpulan(LDK) dan Perbincangan Dalam Kumpulan(PDK)
 4.Bagi membentuk kerjasama jitu dalam kumpulan, kreatif dalam menyelesaikan sesuatu
  masalah, berkomunikasi dengan aktif dalam LDK dan PDK dan mencungkil bakat  
  kepimpinan sepanjang program berlangsung.
5.Dalam slot kerohanian (di antara Maghrib dan Isyak),para  peserta akan didedahkan secara 
  praktikal cara berwuduk dan solat yang betul.
6.Menanam kesedaran untuk berubah secara tidak langsung sepanjang program
  berlangsung .

Diharapkan segala pengalaman yg dpt ditimba sepnjng berada dalam Kem Kepimpinan Muda 2011 ini adalah sedikit sebanyak drpd perkongsian hidup y sedikit yg dpt dikongsi dengan adk-adk utk pengjran masa depan mereka kelak...Wasalam...

Sabtu, 16 Julai 2011

Sweet Memory...:)

Assalamualaikum wth....


Indhkn lau ingt zmn-zmn sekolah...zmn kena bebel dgn cikgu, zmn kne dende sbb xsiap wt homework. 
zmn kne catat nme sbb dtg sek lmbt...
zmn kne halau dgn cikgu displin & mawas (pengawas) time rehat krn mkn dlm kls time rehat...
zmn share2 mknn tapau dgn kwn-kwn....
indhnye saat2 tu bile d kenang balik...
zmn sek zmn y paling best dlm hidup seseorng...
kini slps melepasi semua zmn sek dr tadika sampai le tingkatan 6,sgt2 merindui zmn sek...
umur pun makin lama makin bertmbh,tnggungjwb makin lama cikit-cikit tergalas kt bahu...
itulah rentetan prjlnn sesorng dr kecik pastu masuk sek tadika, sek rndh,sek menengh,zmn u pastu alm pekerjaan...hohoho bila dh dlm alam pekerjaan semestinya mau ke alm berkeluarga kn2....kih3....
so far moga d pertemukan dgn jodoh y soleh y dpt membimbing dri nie....
erk bukan le xnh bercintan-cintun zmn sek ade lalui zmn cinta monyet nie....
ha3 sampai 2kali terputus hbgn dgn depa,tp xpe mybe ade hikmah d sebaliknya,Tuhan tw ak belum bersedia lg wat mse nie....
so renretan perjlnn seseorg mesti le ade y pahit & manis utk d kenang....
utk akn dtg xtw lah umur nie dh 20+ & akn meningkt dr hr ke hr...tp xde calon lg...
nak kata serik mungkin kot serik mau kwn2 serius dgn lelaki lg jdnye takut d kecewakan lg 
wat mse nie my fokus abizkn degree dgn pointer y meletup gitu wat kebnggaan dri & fmly pastu lau ade rezeki mau further stdy d peringkat master pulak & seterusnye laaa....pastu mau terus istiqamah dlm jemaah...byk perkara y dpt d pljri dlm jemaah nie...indahnya hidup berjemaah
mau naik haji d usia y muda & bertenaga byk lagi
mau dptkn kje y dpt jamin mse dpn sampai le ke pencen....
mau wat tabungan utk masa usia tua
mau kumpul hrta sendri beli tnh,rumah,kete & mcm2 le bile dh berduit dh...
sekrng berduit jgk tp tajan FAMA (father & mother) dgn PTPTN....erk taja ke PTPTN tu mne ade bile grade nti kne byr r beb.... kne r ingt HUTANG PTPTN le.....ha3


''Album kenangan bersama kwn-kwn sekolah''

time kat rmh guru besar raya 2010 dgn kwn2 sek rndh

sempat raya kt pawagam sekejap dgn dak2 sek rndh tgk cite ''MADU 4'' time raye thn lepas...he3

with kwn2 5 Bestari (SPM 2007)

kwn2 tingkatan 6 (Batch 2008/2009)

dak2 kls 6 Ats Cemerlang (Batch SPTM 2009)

hr graduasi STPM 2009

raya 2009 d SMK TUN ISMAIL

Graduation Day STPM 2009 SMK TUN ISMAIL...Sweet Memory!!!

time sek rendah..drjh 5 2001...hi3

zmn tadika...1997

kenangan mengusik kalbu...sambut brthdy cikgu norhafizah hashim dlm kls 2009...sweet memory...tq cikgu!!!
selepas masing2 menjejakkan kaki ke alam universiti...masing2 dpt u seluruh malaysia...aku le y paling jauh dpt u....Universiti Malaysia Sabah bg Batch STPM 2009 SMK TUN ISMAL kls 6 Ats Cemerlang (2008/2009)

Reunion STPM Batch 2009~~ 16 Julai 2011 dlm ingtn

antara y hadir kwn2 kls 6AC STPM Batch 2009

lawa2 dh kwn2 ak nie....moga berjye dlm pljrn & hidup korang...miss u always...

''Tautan Hati Mekar Bersemi Ukhuwwah Terbentuk Antara Kami ''

Khamis, 14 Julai 2011

Nisfu Syaaban....

Assalamualaikum wth....

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Amalan kebiasaan Nisfu Syaaban..

Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.
Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!

‘Solat Sunat’ Nisfu Syaaban

Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” [al-Syur.a 42:21]
Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.”

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: “Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya… Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur’an dan hadis yang seumpamanya.
Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik.

Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain.
Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini.
Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai.

Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya.
Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [al-Nisa’ 4:59]

“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31]

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65]
Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat.

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…
Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …”

Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).

Dalam keadaan di mana tidak ada bukti shar’i bahawa apa-apa perkara itu disuruh oleh Islam, tidak dibenarkan bagi Umat Islam untuk mereka-reka perkara baru dalam agama Allah, tidak kiralah ianya amalan perseorangan ataupun berkumpulan, samada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup, berdasarkan maksud umum hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa melakukan apa sahaja amalan yang bukan sebahagian daripada urusan kita ini [Islam], amalan itu akan tertolak.” Banyak lagi dalil yang menegaskan bahawa bid’ah mesti ditegah dan memerintahkan agar menjauhinya.
Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa’l-Bida’: “Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain. Pernah ada orang mengadu kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di Malam Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, “Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.”

Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: ‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ (rekaan semata-mata). Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya).

Di dalam kitab al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah dhaif (lemah).
Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul (tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca al-Ikhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat belas (rakaat), juga adalah maudhu’.

Beberapa orang fuqaha’ telah tertipu oleh hadis palsu ini, antaranya pengarang al-Ihya’ dan lain-lain, dan juga sebahagian ulama mufassirin. Solat khusus di malam ini – di pertengahan bulan Syaaban – telah diterangkan dalam pelbagai bentuk, kesemuanya adalah palsu dan direka-reka.”
Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.”

Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang disebutkan dalam kedua-dua kitab ini. Kesemuanya adalah palsu. Orang ramai juga tidak sepatutnya tertipu disebabkan kerana beberapa imam telah keliru dalam hal ini dan menulis beberapa helaian yang menyebut bahawa sembahyang ini adalah mustahabb (sunat), kerana dalam hal ini mereka tersilap.”

Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il al-Maqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan apa yang telah disebutkan di atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran.
Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum).
Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya):
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..…”[al-Ma’idah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima” dan beberapa hadis yang serupa. 

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan-berterusan.’”

Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu.
Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam Lailatul-Qadr dan malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan bersolat, Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam al-Sahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa bersolat qiyam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” dan “Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadr dengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan kesemua dosanya yang telah lalu.”

Akan tetapi sekiranya disyariatkan untuk mengkhususkan malam pertengahan bulan Syaaban, atau malam Jumaat pertama di bulan Rejab, atau di malam Isra’ dan Mi’raj, dengan meraikannya ataupun dengan melakukan amalan ibadat yang khusus, maka sudah tentu Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya melakukannya, dan Baginda sendiri melakukannya. Jika pernah berlaku sedemikian, para Sahabat Baginda (R.A) pasti akan memperturunkan amalan amalan tersebut kepada umat terkemudian; tidak mungkin mereka menyembunyikan amalan daripada umat terkemudian, kerana mereka adalah generasi yang terbaik dan yang paling amanah selepas Rasulullah, radhiallahu `anhum, dan semoga Allah merahmati kesemua sahabat Rasulullah s.a.w.

Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata ulama yang dipetik di atas bahawa tidak ada riwayat daripada Rasulullah s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela.

Samalah juga dengan sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.”

Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.

Ulasan dan terjemahan fatwa : www.darulkautsar.com
[Dipetik daripada Majmu’ Fatawa Samahat al-Sheikh ‘Abdul-‘Aziz bin Baz, 2/882]
Rujukan :
1 – http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm
2 – http://www.darulkautsar.com

Rabu, 13 Julai 2011

Islam Sebagai Agama Risalah Dalam Konteks Alam Melayu

Ucap Utama ini telah ditulis dan disampaikan oleh Yang Mulia Prof. Emeritus Dato' Dr. Osman Bakar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) dalam Seminar Dakwah: Islam Agama Risalah anjuran bersama Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Sabah Economic Development Corporation (SEDCO), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah, Pertubuhan Seluruh Sabah (USIA), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sabah dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, pada 2 Julai 2011 bersamaan 30 Rejab 1432H bertempat di Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah.

Mukadimah
Jelas sekali bahawa agama Islam adalah agama risalah. Bagi mereka yang memahami isi kandungan Kitab Suci al-Qur’an, kebenaran tentang agama Islam ini jelas kelihatan. Namun demikian, pada zaman sekarang, banyak orang yang mengakui dirinya orang Islam tidak membaca al-Qur’an, maka jauh sekali daripada dapat memahami isi kandungannya. Mereka ini tidak membacanya sama ada kerana mereka tidak tahu berbuat demikian atau pun kerana mereka malas. Biar apa pun sebabnya, mereka ini merupakan sebilangan besar daripada masyarakat Islam yang sama ada jahil sama sekali atau samar-samar terhadap kedudukan dan peranan Islam sebagai agama risalah.
Oleh itu menjadi kewajiban orang Islam yang tahu tentang ajaran al-Qur’an mengenai sifat agama Islam sebagai agama risalah untuk menjelaskannya kepada saudara seIslam yang tidak mengetahuinya. Selain itu, adalah juga tanggungjawab mereka yang tahu untuk menerangkan kebenaran yang sama kepada orang bukan Islam atas nama berkongsi kebaikan dan atas nama memperjuangkan kepentingan bersama yang melampaui perbezaan kumpulan etnik, perbezaan bangsa dan perbezaan agama.
Makna risalah dan agama risalah
Apakah yang dimaksudkan dengan agama Islam sebagai agama risalah? Sebelum kita menjawab soalan ini dengan berpandukan ajaran-ajaran al-Qur’an , perlu diterangkan terlebih dahulu makna perkataan risalah dan makna istilah agama risalah. Perkataan risalah dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan yang sama dalam bahasa Arab. Istilah risalah dalam bahasa Arab membawa beberapa pengertian. Di antara makna-maknanya yang ada banyak kena mengena dengan ciri agama Islam yang sedang dibincangkan di sini termasuklah perutusan atau mesej, dakwah atau seruan, tabligh atau misi, perhubungan atau komunikasi, dan edaran. Makna-makna risalah yang disebutkan ini menepati ciri-ciri tertentu agama Islam yang melayakkannya dipanggil agama risalah.
Risalah Islam sebagai perutusan dan mesej Ilahi kepada umat manusia
Makna teras risalah ialah perutusan atau mesej. Ajaran agama Islam yang terkandung dalam al-Qur’an adalah himpunan perutusan atau mesej daripada Allah kepada manusia. Setiap ayat al-Qur’an merupakan perutusan, pesanan atau mesej Ilahi kepada seluruh umat manusia. Perutusan Ilahi dalam al-Qur’an telah disampaikan kepada manusia pilihan Allah sendiri, iaity Nabi Muhammad s.a.w., melalui Jibra’il a.s. yang merupakan salah satu daripada empat malaikat besar. Bagi setiap perutusan, mesti ada pengutusnya dan juga utusan atau pengantaranya. Bagi perutusan dalam al-Qur’an, pengutusnya ialah Allah s.w.t. manakala utusannya ada dua, iaitu Jibra’il a.s. yang merupakan utusan dalam bentuk malaikat dan Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan utusan dalam bentuk manusia. Dalam bahasa al-Qur’an, kedua-dua mereka ini dipanggil rasul.
Jibra’il a.s. ialah rasul dan utusan khas Allah untuk menyampaikan wahyuNya bukan sahaja kepada Nabi Muhammad s.a.w. tetapi juga kepada manusia-manusia terpilih sebelumnya yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi RasulNya. Walau pun Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah satu-satunya rasulullah, namun Baginda mempunyai kedudukan istimewa sebagai Nabi dan Rasul terakhir kepada bani Adam atau umat manusia seperti yang ditegaskan dalam al-Qur’an sendiri.
Nabi Muhammad itu bukanlah menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang lelaki daripada kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup segala nabi (khatam al-nabiyyin). (Ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui segala sesuatu.[1]
Dengan kata lain juga, al-Qur’an adalah kitab suci terakhir daripada Allah kepada manusia dan agama Islam adalah agama terakhir daripada Allah kepada manusia. Kedudukan Nabi Muhammad sebagai Nabi Allah dan Rasululullah terakhir, kedudukan al-Qur’an sebagai kitab suci Allah terakhir, dan kedudukan agama Islam sebagai agama wahyu Ilahi atau agama samawi yang terakhir, semuanya meninggalkan kesan yang mendalam ke atas kewajiban dan tanggungjawab orang Islam terhadap penyebaran risalah Islam dan penghayatan peranan agama Islam sebagai agama risalah. Oleh kerana perutusan al-Qur’an adalah perutusan terakhir IIahi kepada manusia maka menjadi kewajiban orang Islam untuk menerangkan perutusan ini kepada seluruh umat manusia. 
Sudah tentu akan muncul nabi-nabi atau rasul-rasul palsu dari semasa ke semasa; juga akan muncul agama-agama baru yang palsu, yakni agama bikinan manusia sendiri dan bukannya agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t.; dan juga akan muncul dakwaan-dakwaan palsu oleh individu atau kumpulan tertentu bahawa kononnya mereka mempunyai kitab suci yang diwahyukan oleh Allah. Sebenarnya, dakwaan-dakwaan palsu seperti ini banyak terdapat sesudah wafatnya Nabi Muhammad bukan sahaja di kalangan bukan Islam tetapi juga di kalangan umat Islam. Timbul cabaran untuk membezakan antara kepalsuan dan kebenaran. Tetapi bagaimanakah orang-orang Islam boleh membezakannya kalau mereka tidak mengetahui kebenaran yang terkandung dalam risalah agama Islam seperti yang terdapat dalam al-Qur’an. 
Nabi Muhammad s.a.w. pula ialah rasul dan utusan khas Allah s.w.t. untuk menyampaikan wahyu-Nya yang diterima daripada Jibra’il a.s. kepada umat manusia seluruhnya. Baginda telah menyempurnakan amanah dan tugasnya untuk menyebarkan seluruh perutusan dan mesej al-Qur’an kepada manusia sehingga tertegak agama Islam dalam sanubari setiap sahabatnya dan juga tertegak dalam kehidupan umatnya dan masyarakatnya. Baginda berjaya dengan misinya sebagai rasul dan utusan Allah bukan sahaja kepada bangsa Arab tetapi kepada umat manusia. Hal ini telah ditegaskan oleh al-Qur’an:
Dialah Yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa hidayah dan agama kebenaran (din al-haqq) supaya Dia memenangkannya atas segala agama yang lain walau pun orang musyrik membencinya.[2]
Setelah Baginda wafat untuk kembali ke alam baqa di sisi Allah s.w.t. tugas dan tanggungjawab penyebaran perutusan al-Qur’an telah diteruskan oleh para sahabat yang masih hidup, oleh pengikut-pengikut mereka dan oleh pengikut-pengikut Islam di setiap zaman yang berikutnya hinggalah ke zaman kita sekarang. Mudah-mudahan obor perutusan Ilahi dalam al-Qur’an akan terus menyinari hati-hati manusia di segenap pelusuk alam hingga ke akhir zaman. Kalau tidak ada lagi di muka bumi ini satu pun jiwa manusia yang menyebut nama Allah, maka menurut sebuah hadith Rasulullah s.a.w., tidak ada lagi kewajaran untuk dunia terus wujud.
Buat zaman kita sekarang, dengan berleluasanya penyebaran kepalsuan, kebatilan dan kezaliman, semuanya bertentangan dengan Islam, dan semakin mencabar lagi dengan berleluasanya fenomena mencampur-adukkan kebenaran dengan kepalsuan, maka semakin mendesak tuntutan supaya kita orang Islam beriltizam dan berkeupayaan untuk menjadi penyambung lidah nabi dalam menyampaikan perutusan al-Quran kepada umat manusia zaman ini. Kita berkewajiban untuk menyebarkan risalah al-Quran kepada ahli keluarga kita, kaum kerabat dan saudara mara kita, rakan-rakan dan para kenalan kita dan kepada orang lain pada amnya. Inilah giliran keutamaan sasaran penyebaran risalah Islam yang disarankan oleh al-Quran dan Rasullallah s.a.w. Dan sememangnya giliran keutamaan inilah yang telah dipatuhi oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sunnah dakwahnya. 
Sekiranya kita berjaya menjalankan kewajiban ini dengan berkesan menurut kemampuan kita masing-masing, nescaya kedudukan umat Islam semakin kukuh dan kegemilangan agama Islam semakin terserlah. Tetapi syarat kejayaan ini ialah berlakunya perubahan hakiki pada diri kita sendiri. Perubahan diri yang dimaksudkan ialah perubahan kejiwaan dan keruhanian yang memperlihatkan peningkatan iman, ilmu dan amal, peningkatan akhlak dan peningkatan perjuangan kita untuk memperkasakan umat Islam. Perubahan dalaman seperti inilah yang dimaksudkan oleh al-Quran sebagai perubahan yang kalau diusahakan secara beramai-ramai oleh ahli-ahli sesuatu kaum akan melayakkan kaum itu mendapat pertolongan Allah dalam mengubah nasibnya ke martabat yang lebih baik dan yang lebih dihormati. Al-Quran menegaskan:
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah dahulu keadaan diri mereka sendiri.[3]
Ayat ini perlu direnungkan dengan mendalam kerana sangat besar erti perutusan dan mesej yang terkandung di dalamnya kepada cita-cita umat Melayu-Islam untuk memperkasakan dirinya, untuk memelihara maruah dirinya sebagai umat yang dihormati lagi disegani dan untuk meninggikan martabat dirinya sebagai umat yang maju dan berjaya dalam persaingan hidup di arena antarabangsa. Orang Melayu-Islam harus sedar bahawa bangsa mereka dan umat mereka tidak akan mencapai kemajuan seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. selagi mereka tidak mengikuti cara hidup yang diridhai-Nya. Ini adalah kerana kita tidak akan berjaya di dunia dan di akhirat menurut kriteria kejayaan yang telah ditetapkan di dalam al-Qur’an sekiranya kita tidak mendapat pertolongan Allah s.w.t. Tetapi kita tidak akan mendapat pertolongan Allah sekiranya cara hidup kita, kepercayaan dan amal perbuatan kita tidak direstui dan diredhai-Nya. 
Kejayaan dan kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang Islam adalah kejayaan dan kemenangan yang bersyarat. Oleh itu adalah wajar kita penuhi dan kita tunaikan syarat-syarat wajib yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Syarat-syarat wajib ini merupakan sebahagian daripada hukum-hukum alam keruhanian atau sunatullah yang menurut al-Quran tetap kekal tanpa berubah-ubah. Al-Qur’an menegaskan:
Sunnatullah berkuatkuasa di kalangan mereka yang hidup dahulu sebelum kamu. Tidak sekali-kali kamu dapati perubahan pada sunnatullah.[4]
Risalah atau perutusan al-Quran adalah untuk sesiapa sahaja. Kejayaan dan kemenangan di dunia atau di akhirat atau di kedua-duanya sekali adalah terbuka kepada semua manusia. Syarat-syarat dan kunci kejayaan dan kemenangan telah di maklumkan kepada semua manusia menerusi al-Quran. Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk merebut peluang untuk memperoleh kejayaan dan kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Sebagai golongan manusia yang beriman dengan al-Quran, sepatutnya orang Melayu-Islam tidak berlengah-lengah lagi merebut peluang keemasan ini untuk mencipta sejarah bangsa dan sejarah umat yang gilang-gemilang.
Ada satu lagi perkara khusus tentang risalah dan perutusan al-Qur’an yang perlu dibincangkan jika sekiranya kita ingin berbicara tentang hubungkait antara bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur’an dan bahasa suci agama dan umat Islam dan bahasa Melayu yang merupakan bahasa utama di rantau Asia Tenggara. Isu ini sangat menarik dan ia perlu dibincangkan dengan merujuk langsung kepada sejarah penerimaan perutusan al-Qur’an oleh rumpun bangsa Melayu. Isu ini juga bersangkutpaut dengan peranan agama Islam sebagai pengimbang antara ajaaran yang universal dan ajaran yang khusus, antara prinsip-prinsip syariah yang terakandung dalam al-Quran dan adat resam tempatan, antara tuntutan keagamaan dan tuntutan keetnikan atau tuntutan hak suku bangsa. Semua hal ini wajar diperjelaskan dalam usaha kita menyebarkan risalah al-Qur’an dalam kontek alam Melayu. 

Kunci kekuatan umat yang akan membawa kepada kejayaan dan kemenangan: kekuatan diri individu yang berpunca daripada tazkiah jiwa (tazkiat al-nafs). Tegas al-Qur’an:
Demi jiwa dan kesempurnaan perlembagaan yang diberi kepadanya; dan kesedarannya tentang kesalahannya dan tentang kebaikannya. Sesungguhnya menanglah dia yang membersihkannya; dan gagallah dia yang mengotorinya.[5]
Sesungguhnya menanglah kaum mukminum; iaitu mereka yang khusyuk dalam solat mereka; dan yang mengelakkan daripada percakapan sia-sia; dan yang mengamalkan amalan berzakat; dan yang memelihara kemaluan mereka.....; yang menjaga amanah dan perjanjian mereka; dan yang memelihara solat mereka.[6]
Dakwah dan tabligh: satu lagi kunci kekuatan dan kemenangan umat
Marilah kita renungkan ayat-ayat berikut demi kejayaan aktiviti dakwah dan tabligh kita:
Dan tugas dan tanggungjawab kami hanyalah untuk menyampaikan mesej yang jelas (al-balagh al-mubin).[7]
Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang indah; dan berhujahlah dengan mereka (jadilhum) dengan hujah yang terbaik kerana sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan siapa yang mendapat petunjuk.[8]
Penutup
Umat Islam perlu melipatgandakan usaha dakwah tetapi usaha ini perlu dijalankan secara tersusun, secara hikmah dan perlu mengambil kira jenis cabaran semasa yang dihadapi oleh umat. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha kita. Wabihi nasta’in.



[1] Al-Qur’an, surah 33, ayat 40.
[2] Al-Qur’an, surah 61, ayat 9.
[3] Al-Qur’an, surah 13, ayat 11.
[4] Al-Qur’an, surah 33, ayat 62.
[5] Al-Qur’an, surah 91 (al-Shams), ayat-ayat 7-10.
[6] Al-Qur’an, surah 23 (al-Mu’minum), ayat-ayat 1-9.
[7] Al-Qur’an, surah 36 (Ya Sin), ayat 17
[8] Al-Qur’an, surah 16 (al-nahl, ayat 125.

Rujukan : http://abimsabah.blogspot.com/

Ahad, 3 Julai 2011

Percubaan Pertama!!!

Ala belum try belum tau!!!

selalu kita prnh dgr kan ayt nie??...selalu ayt nie lah y digunakan oleh kwn2 kita apabila mengajak kita melakukan sesuatu perkara y baru @ y belum prnh kita cuba....tu lah y dikatakn percubaan pertama!!!!!!!
zmn bdk2 sekolah biasa bile sebut je percubaan,mesti ingt kat peperiksaan percubaan,yela setiap exam ade kne tempuhi peperiksaan percubaan dr UPSR,PMR,SPM sampai le STPM/STAM,lau gagal peperiksaan percubaan umpama separuh mati rasenya kegagalan tu,mcm dh xde bayangan dh boleh berjaya...dr guru bsr/pengetua sampai cikgu biasa,mak abah termasuk org sekeliling pulak bile tgk ranking trial exam sekolah menurun,mcm2 d wat program motivasi itu & ini,kls tmbhn sampai ke lewat ptg sampai nk muntah kdng2 dgn motivasi & bebelan tp pape pun bile dh bsr nie,bebelan tu le y d rindui krn jd kenangan manis kih3...
tapi kita sedar ke tak sedar bhw setiap perkara y baru kita lakukan adalah satu percubaan???

dan adakah kita sedar bhw setiap percubaan y kita lakukan itu amt memberi kesan kpd hidup kita hari nie & masa depan?
untuk pengetahuan ramai manusia berjaya & gagal adalah hasil drpd percubaan pertama. kita ambil beberapa contoh sbg asas perbincngn.
percaya @ tidak,sebahagian bsr remaja pd hr nie ketagih merokok hnya akibat drpd sikap mau mencuba, apabila toleh kanan nampak kwn merokok, ditoleh ke kiri nampak ayh le pulak y merokok. ''Erm...tentu seronokkn merokok???'' bisik hati kecil si remaja. Maka percubaan pertama pun dilaksanakan dgn jayanya!!!...mula-mula sebatang rokok sehari pastu sekotak sehari,akhirnya 1 karton sehari!!!! hasilnya??? lahirlah seorng lagi perokok tegar

Begitulah,nie menampakkan betapa percubaan pertama itu amt mengesan hidup & masa dpn kita. Hanya dgn sekali cuba,kita mungkin terperangkap selama-lamanya dlm kepompong musibah. Begitu juga dgn percubaan pertama melakukan perkara negatif lain spt merempit,mencuri d pasaraya,mengambil dadah,melakukan hubungan seks bebas,menonton video lucah & seribu satu lagi maksiat!!!!
Namun di sebaliknya, bagi remaja y matang,percubaan pertama adalah 1 perkara y menjurus ke arah kebaikan,dan bakal menikmati kesan baik y berpanjangan.

contohnya berqiamullail. Qiamullail @ bangun pd waktu mlm tuk beribadah merupakan satu perkara y masih asing bg remaja kita masa kini. Mungkin ramai y prnh buat,y dah pernah buat tu syabas le d ucpkan tp time bile korang wat,mesti time ade qiam kt sek y melibatkan ade program motivasi bile dah nak dekat exam kn2??? syabas le pd y dah prnh wat kalau boleh amalkan kat rumah mak abah pasti melihat menangis kegembiraan  lau tgk anaknya berqiam d mlm hari tetapi boleh d katakan masih ramai remaja y belum amalkan..ada remaja y sepertiga malam dihabiskan masa d tepi jalan merempit,ade faedah ke??? fikirlah sendiri...

Bayangkan, pada malam nie kita melakukan percubaan pertama untuk berqiamullail,dgn niat utk bangaun malam,sblm tidur berwuduk siap-siap,kunci jam siap-siap bersama doa agar dipermudahkan oleh Allah utk berqiamullail, kemuadian apabila jam berbunyi.kita lantas bangun mengambil wuduk dan bersiap-siap untuk bersolat. Dalam kesejukan malam,kemudian pipi kita dihangatkan dgn linangan air mata taubat.
Untuk percubaan pertama qiamullail,laksanakan lah dgn penuh khusyuk dan tawaduk,pasti kita dpt merasai kemanisannya & membimbing ke arah kebaikan. Sungguh!!!
Ringkasnya,percubaan pertama tidak salah,cuma kita tidak boleh sebarangan memcuba sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu, Ya berfikir,fikirlah apa baik buruknya sesuatu perkara itu sebelum kita mengambil langkah mencubanya.

Jika tidak mampu berfikir,bertanya dan perhatikanlah org y prnh melakukannya. ingat adalah satu kebodohan y cukup besar utk seseorang manusia apabila dia mengulangi kesilapan org lain y boleh d pelajarinya!!!
Juga sebelum mencuba,fikirkan apa kesan percubaan pertama tersebut kpd minda,emosi,fizikal & spiritual kita. Adakah minda menjadi lebih cerdas?? Perasaan & kasih syg semakin stabil?? jasad semakin sihat & kuat?? hubungan dengan Pencipta semakin rapat?? sekiranya semua aspek ini bakal menikmati manfaat,apa tunggu lagi, cubalah !!! Tetapi jika ia bakal merobekkannya,usah dihirau perkara tersebut,byk benda lain lagi y anda boleh lakukan!!!

Jadi untuk menjd remaja yang hebat,tidak salah untuk mencuba.Cuma berfikirlah sblm mencubaa.Ingat percubaan pertama kesannya lama...sekian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...