Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Aidilfitri 1432 Hijrah

Assalamualaikum wth....



Biar kulit segelap ALMOND LONDON
asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT
Biar iman sekental  DODOL
jangan senipis REMPEYEK
Biar jiwa selembut BAUHULU
asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA
Senyumlah semanis WAJIK agar lebaran yang disambut lebih bermakna

Dalam bergurau ada terkata
Dalam bicara terkasar bahasa
Dalam tindakan terguris rasa
Semoga silaturrahim kekal selamanya

Saya NOOR AMIRA DIANA BINTI JALANI

ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 1432 HIJRAH

khas buat :

ayahanda JALANI BIN HJ NIMIN & bonda SITI RUMILAH BINTI JAMIL

serta adik-beradik saya  

MUHAMAD NABIL FIKRI BIN JALANI
                                    &  
MUHAMMAD AFIQ IKHWAN BIN JALANI

xlupa juga buat seluruh ahli keluarga JAMIL BIN HJ ANUAR serta HJH MASIRAH BINTI JUWAHIR yang berada di sekitar Johor, Negeri Sembilan, Melaka,Selangor. Kuala Lumpur serta Sabah & xlupa juga pada pak cik,mak cik serta kakak sepupu sekeluarga yang menetap di Australia.

Guru-guru serta kawan-kawan sekolah saya di
Sekolah Tadika Pasti An-Nur (1995-1996),
Sekolah Kebangsaan Seri Puleh (1997-2002)
Sekolah Agama Seri Puleh (1999-2004)
Sekolah Agama Parit Raja (2005)
                         &
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat, Johor (2003-2009)
serta  rakan-rakan kuliah  
SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI SOSIAL,UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Batch 2010/2011

Keluarga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM SABAH & ABIM BATU PAHAT, JOHOR)
Skuad Prihatin ABIM SABAH & Skuad Prihatin ABIM JOHOR
Keluarga SEKRETARIAT KHIDMAT MASYARAKAT ABIM CAWANGAN BATU PAHAT
Keluarga KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ)

serta dedikasi teristimewa khas buat keluarga saya di Sabah
Keluarga SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA SABAH)
                                                &
Anak-anak tercinta ANAK-ANAK RUMAH PUTERA HARAPAN, RANAU, SABAH
serta rakan-rakan yang mengenali diri ini secara langsung mahupun tidak langsung

Bahasa di ucap adakala berbisa
Janji dilafaz tidak semua di kota
Tugasan dilaksanakan ada yang tidak sempurna
Dalam pergaulan ada yang terguris jiwa
Dalam bersenda loka ada yang buruk sangka
 Dalam kenangan ada yang dilupa

''DEMIKIANLAH INSAN DINAMAKAN MANUSIA''

Mohon diampun segala yang terlaku & terkata
Agar silaturahim dan persahabatan serta hubungan kekeluargaan berpanjangan jua

Berhati-hati kepada yang memandu, semoga selamat pergi & balik dari kampung halaman masing-masing
kepada rakan-rakan yang masuk ke IPTA & IPTS (samada bakal @ akan kembali masuk ke universiti) didoakan moga berjaya dalam bidang pengajian masing-masing, yang sudah bekerja didokan agar murah rezekinya..Mohon doa semua agar perjalanan hidup saya di Bumi Sabah selepas ini dipermudahkan oleh yang Maha Esa,sehingga berjumpa lagi buat rakan-rakan yang berada di Johor..Jazakillah semua atas perkongsian ilmu & pengalaman serta kenangan manis sepanjang saya pulang ke bumi Johor....Jemput datang rumah di Aidilfitri nanti.
                           ''SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN''

Rabu, 24 Ogos 2011

Abah maafkan Aku !!!

abah!! abah!! tengok nie along dapat 10A SPM...
nie semua atas usaha along belajar sungguh-sungguh seperti pesan abah hari-hari kat along...
terima kasih abah sebab sekolahkan along dengan adik-adik...abah banyak berkorban demi anak-anak...sejak mak dah tak de semua kerja rumah abah yang buat...abah bangun pagi-pagi masak serapan untuk kami sebelum kami pergi sekolah...
abah sanggup ambil cuti demi anak-anak yang terlantar sakit demam kat rumah tapi bile abah yang sakit demam,abah tak bagi kami ponteng sekolah,abah suruh kami pergi sekolah malah hantar kami pergi sekolah dengan naik basikal tua abah...

Suatu pagi...basikal tua abah rosak,
Along oh along!!! ye abah??? isk kenapa abah nie pagi-pagi buta dah memekak,orang nak tidur pun xboleh,bising aje pagi-pagi nie...raut wajah abah bertukar rona,abah kesal dengan kata-kata along lalu abah mendiamkan diri sahaja...


dah kenapa pulak orang tua nie diam,td jerit-jerit panggil aku...(geramnya tak senang betul tengok aku senang...hurmmm)
kenapa tadi abah panggil along ha??? orang tanya diam pulak,dah le sibuk aje orang tua nie tau...dong!! dong!! dong!! (kaki dihentak sekuat hati di lantai papan rumah) along berlalu pergi ke biliknya...

Angah yang melihat drama tadi dengan pantas pergi ke arah abah
abah kenapa abah??...abah tak de pape ngah...abah ok je....bicara abah..
angah terpandang tayar basikal abah yang pancit...eh abah kenapa dengan tayar basikal abah tu,nampak macam pancit je entah-entah bocor kot abah....hurmmm entahlah angah,semalam ok je abah tengok,pepagi nie baru perasan tayar pancit...abiz tu abah nak p kerja dengan apa??...xpelah ngah abah p kerja jalan kaki je nanti...angah mendiamkan diri,dia memahami perasaan abah selepas terkena tengking dengan along tadi..


jam 11.30pagi...
Along masuk ke dapur membuka tudung saji... weh mana makanan,aku lapar gile nie...mana pergi orang tua tu tak masak ke hari nie ha budak bangang.... aku yang sedang membasuh piring di pelantar terkejut dengan jeritan along itu...mau sahaja di lawan tp aku tau bertekak dengan orang yang keras kepala seperti along bukan lawanku pasti aku kalah,lalu aku diamkan diri sahaja dengan tingkah along dan meninggalkannya sendirian di dapur menyambung kerja yang tadi tergendahala

tent!! tent!! tent!!
posmen mampir ke depan pintu rumah... aku bergegas mendekati abang posmen...
dik..tumpang tanya boleh?? boleh tanya lah bang...betul ke nie rumah Irfan bin Ahmad...yup betul tu abag saya,ade ape bang??...nie surat dari pihak universiti untuk abang awak...awak sila tandatangan di ruangan sebelah kiri borang tu ye...ok terima kasih bang posmen...sama-sama

Aku dengan pantas memanggil along yang sedang menonton tv...long nie ada surat daripada pihak universiti untuk ko...bacalah cepat....isk sibuk aje ko nie kan ngah....ko tu dah le lembab sibuk-sibuk je nak tau isi kandungan dalam surat nie,pergi ko sana wat kerja rumah jangan nak sibuk hal aku...angah di herdik serta di maki dengan along tanpa perasaan belas kasihan..angah terus berlalu pergi meninggalkan along sendirian membaca surat yang dihantar oleh bang posmen tadi

tok!! tok!! tok!! bunyi pintu diketuk
Assalamualaikum....sape tu tanya along??
abah nie along...woi angah p sana ko buak pintu,orang tua tu dah balik...cepat le sikit woi bukak pintu ....
angah terkedek-kedek membukakan pintu untuk abah...eh abah baru balik abah,mesti abah penat kan,abah duduk dulu,angah pergi watkan abah air ye...abah merehatkan diri seketika di atas kerusi rotan yang sudah di mamah usia di ruang tamu...along mendekati abah lalu menghulurkan sepucuk surat pada abah..abah mengambil surat itu lalu ditatapnya, sepatah perkataan pun abah tidak memahami kandungan isi surat itu,lalu bertanya kepada along...long surat ape nie long??? nie lah surat tawaran sambung belajar kat universiti oversea...along dapat masuk ke salah sebuah universiti di Amerika ...mendengar berita itu abah mendakap along dengan tangisan kegembiraan kerana anaknya dapat menyambungkan pelajaran ke universiti luar negara...along turut sama mengalirkan airmata dengan rezeki yang tidak disangka-sangka pemberian Ilahi...

abah semakin risau memikirkan soal duit buat along yang ingin menyambung pelajaran ke luar negeri,hari-hari abah pulang lewat dari kerja kerana ingin mencari duit lebih buat biayai perbelanjaan along,abah tidak suka meminta-minta daripada mana-mana pihak untuk memohon bantuan,semuanya di usahakan dengan kudrat tuanya sendirian,tetapi rezeki along murah ramai pihak yang menghulurkan bantuan buat tangungan biaya pelajaran along,along diberikan biasiswa oleh kementerian pengajian tinggi atas pertolongan pihak sekolah yang memohon bagi mewakilkan along..kami sekeluarga bersyukur dengan rezeki yang datang..

hari nie along akan berangkat ke luar negara,abah berat hati mau berpisah dengan along tetapi demi mngejar cita-cita along untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti abah lepaskan juga along pergi selama 5tahun akan datang..janji along pada abah,nanti lau along dah berjaya along akan belikan abah kereta mewah,watkan rumah abah yang baru serta hantar abah pergi naik haji..abah mengaminkan sahaja semua kata along tu moga menjadi kenyataan suatu hari nanti...doa abah agar anaknya selamat pergi dan pulang kepangkuan keluarga nanti....


setelah setahun along di luar negara hanya sekali sahaja along berkirim berita tentang keadaannya di sana, saban petang pula abah akan duduk di hadapan pintu rumah menunggu kalau-kalau ada surat dari along berkirim berita,namun hari demi hari,bulan berganti bulan tiada sebarang berita daripada along,abah setia menjadi penunggu pintu menantikan akan ada bang posmen yang akan datanag ke rumah menghantar surat daripada along,setiap kali duduk di hadapan pintu rumah abah akan sentiasa menggengam sekeping gambar along serta baju melayu warna kegemarannya sebagai pengubat rindu namun along tetap menyepikan diri tanpa sebarang berita sejak pergi ke luar negara.

5tahun berlalu dengan pantas...abah semakin hari semakin lemah badannya kerana sangat merindui along,di tambah pula abah selalu mengadu sakit lutut,tidak boleh berjalan terlalu lama serta duduk terlalu lama,lututnya akan sakit jika di buat begitu,tapi abah tetap degil mahu keluar bekerja kerana kata abah dia mahu kumpul duit buat majlis kesyukuran sambut kepulangan along nanti...tapi along entah ke mana,tiada sebarang berita yang dikirimkan ke kampung...

setelah 5 tahun berlalu,Irfan bangga kerana telah memegang segengam ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan. Malah kini dia bangga menjadi menantu kepada Dato' Razali salah seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia yang juga merupakan salah seorang ahli politik yang terkenal. Irfan bakal menjadi CEO syarikat ayah mentuanya iaitu Razali Holdings menggantikan ayah mentuanya. ''Dah dekat setahun kita balik Malaysia,tapi abang tak pernah bawak sayang p jumpe ayah abang, ujar Salina, meluahkan ape yang terbuka di hatinya selama ini..''Ahh sayang kan dah ade ayah wat pe nak sibuk-sibuk tentang  ayah abang pulak???...entah orang tua itu hidup lagi ke tak'',balas Irfan acuh tidak acuh...Irfan pasti akan melenting apabila Salina sering kali bertanyakan perihal keluarganya lebih-lebih lagi tentang ayah Irfan...''thats why le sayang nak abang bawak  sayang jumpe ayah abang ,kite tengok sama ada ayah abang masih hidup lagi atau tak..abang kena kenalkan sayang nie menantu ayah abang ..getus Salina dengan rasa marah dengan sikap suaminya yang seperti anak tanggang....

''Abah..abah buat apa ni?..abah kan tak sihat lagi lagi..abah kena banyakkan rehatkan diri.''..angah memimpintangan abah yang ingin cuba turun ke bawah rumah...''Abah dah sihat..abah dapat rasakan along kamu balik hari nie,along kamu balik untuk berbuka puasa dengan kita di rumah nie.Abah nak sembelih ayam kampung,abah nak masak sedap-sedap untuk along kamu..''Tapi abah...dah banyak kali abah cakap macam tu cakap benda yang sama,tapi along tak pernah muncul...Abah lupakan jelah...Mari kita naik ke atas rumah..kita berehat....
''Argghhhhh....abah tak nak lah!!! lepaskan abah..Abah nak masak untuk along,abah nak masak ayam kampung masak kari berbuka nanti,abah tau along kamu akan balik hari nie'''...abah menolak sekuat hati tubuh angah sehinggakan angah jatuh terjelepok ke atas tanah....
Sebuah kereta mewah masuk ke perkarangan halaman rumah usang abah..Along tidak bersedia untuk kembali kepada kehidupan lamanya yang serba kemiskinan.Dia tahu abah masih hidup lagi,kerana dia ada mengupah orang untuk menyiasat tentang keluarganya sewaktu dia batu pulang ke Malaysia dahulu...''Along?? Abah tersenyum gembira.Gerak hatinya kali ini ternyata benar...

Along memandang tepat ke arah juadah berbuka yang terhidang di atas tikar mengkuang.Sesekali dia menjeling ke arah isterinya Salina,ternyata isterinya gembira dapat bertemu dengan ayah mentuanya.
'''Uweek..masakan apa ni?? loya tekak aku nak makan!!'' spontan kata-kata iru keluar dari mulut along...''inikan masakan kari ayam kampung kegemaran along.Dulu along selalu suruh arwah mak masakan ayam kampung masak kari setiap kali bulan puasa tapi bila mak kamu dah meninggal dunia along suruh pulak abah yang masak sama seperti mak kamu masak...
''Makanan kegemaran along??...please le...along tak makan bende-bende macam nie semua,tak apalah abah habiskan jela semua lauk yam kampung masak kari nie dengan angah budak si tempang tu..Salina jom kita balik.Dah lewat nie,along menarik tangan isterinya yang sedang terpinga-pinga melihat drama yang berlaku oleh suaminyamkereta mewah yang dinaiki mereka berdua meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah abah.abah merintih dengan hati yang kecewa akan sikap along..''Along...kau lupa nal salam tangan abah,nak'',bisik hati pak Ahmad dengan penuh hiba....

''Kenapa abang buat macam tu kat ayah abang??...tak baik tau...tinggalkan rumah secara tiba-tiba, dah lah abang dah lama tak jenguk ayah abang kat kampung, abang nak jadi anak derhaka ke seperti si tanggang..''sayang boleh tolong senyap tak??...kepala abang tengah berserabut sekarang nie..yang sayang suka sangat kat ayah abang tu kenapa?? abang tahu sayang dah syok dengan adik abang si angah tempang tu kan?? abang nampak sayang,abang nampak cara sayang pandang si tempang tu...bukan main syok lagi,abang sakit hati ,tau tak???!!!!
''Abang...angah tu adik kandung abang,adik ipar Salina,tak baik abang cakap macam tu...''Dia bukan adik abang,faham!!!...Irfan terus melenting terhadap isterinya...Akibat kemarahan yang sedang menguasai diri Irfan,dai gagal mengawal keretanya lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah bas dari arah jalan yang bertentangan..

''Along dah sedar??..'' soal satu suara tatkal Irfan membuka matanya. Diamengerutkan dahinya lalu bertanya...''apa kau buat kat sini??...soal Irfan kepada adiknya...''mana isteri aku Salina??..''Shh..jangan banyak bercakap,along masih belum sembuh lagi.Berehatlah along....
'Aku tanya mana isteri aku Salina??...kau pekak ke ha??''..tengking Irfan
''Along bersabar ye,kak Salina telah dikebumikan 2minggu yang lepas.Dia meninggal di tempat kejadian dalam kemalangan tempoh hari dan along pula sejak kemalangan itu along koma tak sedarkan diri di ICU selama 2minggu''...Angah menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku kepada along...Along terdiam seketika bial mendengar perkhabaran tentang isterinya serta apa yang telah berlaku 2minggu yang lepas,along cuba untuk mengingati apa yang berlaku tetapi gagal...along membisukan diri....

''Aku panggilkan doktor.lepas nie along boleh balik ke rumah kita''...rumah kite??...Buat apa aku nak balik ke siru lagi??...Aku ada rumah banglo yang mewah kat KL..Aku tak perlu kembali ke rumah buruk tu lagi..
''Along...ayah mentua along dah rampas balik semua harta benda along yang pernah dia bagi kat along dahulu termasuk rumah,kereta,syarikat serta duit..Dia tuduh along adalah punca kematian kak Salina puteri tunggalnya...Sekarang along dah tak ada apa-apa...tidak!! tidak!! aku tak percaya,kau menipu!! tipu!! tipu!!

''Along berehat dulu ye kat rumah...oh ya...kalau along nak mandi,baju along semua ada dalam almari nie..Abah belikan baju melayu untuk along setiap kali raya,sejak along berangkat ke Amerika.Abah cakap,bila along balik nanti mesti along akan pakai baju-baju melayu nie.Abah pun tak pernah bagi angah pakai baju-baju nie semua,katanya baju-baju nie semua khas untuk along...Irfan membelek-belek helaian baju melayu yang masih tersusun rapi di dalam almari usang itu. Dia menyesak dengan sikapnya selama nie...
''Abah kat mana angah??. dari tadi tak nampak pun''...''Abah ada dekat hospital, lepas along kemalangan tempoh hari,dia terkejut mendapat berita lalu terkena serangan jantung,sekarang abah masih dirawat di watmkeadaanya semakin kritikal...Malam nie,angah nak jaga abah dekat hospital. Along berehat sahaja kat rumah, makanan semua angah dah sediakan,besok pagi kalau along nak bersahur, along panaskan sahaja lauk-pauk tu, besok pagi angah akan suruh ujang anak jiran sebelah bawak along p jumpa abah kat hospital..

Irfan melangkah perlahan-lahan sambil di papah oleh ujang,anak jiran sebelah rumah abah. Mereka menuju ke wad dimana abah ditempatkan untuk menerima rawatan sejak 2minggu yang lalu. Doktor pial telah mengesahkan kaki Irfan akan cacat buat selam-lamanya akibat kemalangan tempoh hari. Kini dia terpaksa menerima hakikat bahawa dia juga akan sama tempang seperti angah adiknya..

''Abah!!!''...Irfan menerpa ke katil Pak Ahmad seraya terus memeluk tubuh lalaki tua itu lalu mencium tanganya,Pak Ahmad membalas pelukan Irfan dengan erat sambil menangis tanda kesyukuran...
''Abah nie...along ada belikan baju melayu buat abah. Raya nanti kita boleh pakai baju baru sama-sama, Pak Ahmad menitiskan airmata, diikuti semua yang ada di situ...''Abah ckp Alhamdulillah, kau dah berubah nak,sekarang abah boleh pergi dengan tenang''....''Abah...jangan cakap macam tu...abah jangan tinggalkan along..Along belum sempat balas jasa-jasa abah selama nie....ampunkan along abah!!!!

Asyhaduallailahaillahah......waasyhaduannamuhammadarrasulullah....tttttttttttttttttttt.................

Abah maafkan along!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




.























































Selasa, 23 Ogos 2011

"Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia


Abang pada tahun 2007.


9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana
ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sanananti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada limaberadik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)

Isnin, 22 Ogos 2011

Kisah Penjual Ikan....

Seseorang mulai berjualan ikan segar dipasar. Ia memasang papan pengumuman bertuliskan "Disini Jual Ikan Segar"

Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung yang menanyakan tentang tulisannya. "Mengapa kau tuliskan kata :DISINI ? Bukankah semua orang sudah tau kalau kau berjualan DISINI , bukan DISANA?"

"Benar juga!" pikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata "DISINI" dan tinggallah tulisan "JUAL IKAN SEGAR".

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga menanyakan tulisannya.

"Mengapa kau pakai kata SEGAR ? bukankah semua orang sudah tau kalau yang kau jual adalah ikan segar, bukan ikan busuk?"

"Benar juga" pikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata "SEGAR" dantinggallah tulisan "JUAL IKAN"

Sesaat kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga menanyakantulisannya : "Mengapa kau tulis kata JUAL? Bukankah semua orang sudah tau kalau ikan ini untuk dijual, bukan dipamerkan?"

Benar juga pikir si penjual ikan,, lalu dihapusnya kata JUAL dan tinggalahtulisan "IKAN"

Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga menanyakan tulisannya : "Mengapa kau tulis kata IKAN?, bukankah semua orang sudah tau kalau ini Ikan bukan Daging?"

"Benar juga" pikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu.

(Author Unknown)

Sahabat, Bila kita ingin memuaskan semua orang, maka yakinlah itu hal yang mustahil.... atau bahkan kita malah justru merugikan diri sendiri

Sudah menjadi fitrah manusia untuk berbeda pendapat. Terbukti perumahan mungil2 yang dulunya sama semua, dalam hitungan tahun sudah menjadi beda semua...

Jadi utamakan suara hati anda... biarlah orang lain berpendapat..., tapi saringlah, cerna kembali pendapat mereka... apakah sesuai dengan kata hati anda?... jika tidak, maka tegaslah tuk mengatakan... "Tidak!... maaf" :)

Mana Mak????




Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Ahad, 21 Ogos 2011

Belia Dekati Ummat - Sinar Ramadhan 1432 Hijrah (Part 2)

Assalamualaikum wth...
Salam Ramadhan Kareem....
Alhamdulillah di bulan yang mulia ini dapat lagi berpeluang membuat amal jariah dengan meneruskan siri kedua Belia Dekati Ummat-Sinar Ramadhan 1432 Hijrah anjuran  Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor dengan kerjasama Skuad Prihatin ABIM Johor beserta team SAVOC (Proton Savy Owners Club) Region Selatan pada 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432 Hijrah (Sabtu)

 Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad

 Sebelum ini dalam siri pertama Pihak sekretariat Khidmat Masyarakat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Batu Pahat dengan kerjasama skuad Prihatin ABIM Johor telah mengadakan satu program bertajuk “BELIA DEKATI UMMAT 2011 -SINAR RAMADAN 1432H” di 5 sekolah terpilih pada 16 Ogos 2011 / 16 Ramadhan (Selasa). Dalam program ini pihak SKM ABIM BP telah menyerahkan sumbangan dalam bentuk tunai kepada 61 pelajar bagi mewakili keluarga masing-masing di beberapa sekolah di sekitar DUN Parit Raja dan DUN Semarang dengan bertujuan untuk menceriakan anak-anak yang kurang bernasib baik menyambut kedatangan syawal yang bakal menjelma agar mereka dapt membeli sedikit persiapan di hari raya kelak. 

Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat ini dianggotai oleh golongan profesional (kerajaan dan swasta), pelajar sekolah dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta daripada seluruh negara yang berasal daripada Batu Pahat, Johor. SKM ABIM BP giat  melaksanakan pelbagai kerja kemanusiaan & kesukarelawanan seperti gotong royong, membantu mangsa banjir, menziarahi dan membantu asnaf (orang miskin, mualaf, fisabililah dan anak yatim), bersama bekas penagih dadah, program motivasi, ekpedisi menaiki gunung dan bertemu pemimpin masyarakat di sekitar Batu Pahat serta lawatan antarabangsa untuk membina jaringan agar dipermudahkan menjalankan program-program berbentuk kemasyarakatan. Selain itu SKM ABIM BP berperanan sebagai pemudah cara untuk menbantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan sebarang bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab..

Dalam siri kedua SKM ABIM Batu Pahat telah diteruskan dengan mendekati 11 keluarga kurang berkemampuan serta ibu tunggal di Kampung Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor untuk menyelami serba sedikit kehidupan para ibu tunggal di kampung tersebut seterusnya memberikan sedikit sumbangan berbentuk barangan dapur seperti beras (1 keluarga sekampit beras) untuk meringankan sedikit beban keluarga yang kurang bernasib baik menjelang Aidilfitri nanti. Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras adalah salah satu program tahunan Skuad Prihatin ABIM Johor yang masuk tahun ke-6 dijalankan pada 1432 Hijrah ini. Team Sekretariat Khidmat Masyarakat yang bernaung di bawah ABIM Cawangan Batu Pahat telah bekerjasama dengan team Skuad Prihatin ABIM Johor untuk mengenal pasti keluarga yang kurang berkemampuan untuk diberikan sumbangan sempena Ramadhan pada tahun ini. Majlis Penyerahan Sekampit Beras telah dilancarkan oleh Ketua Operasi Skuad Prihatin ABIM Johor Saudara Mohd Azammuddin bin Ahmad Miskam bersama Pengerusi Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor Saudara Mohd Azlan bin Mohd Sharif kepada Pengerusi Jawatankuasa Kampung & Masjid Tuan Haji Jufri sebagai acara simbolik penyerahan sumbangan beras kepada 11 keluarga yang kurang bernasib baik di kampung tersebut. Semoga usaha sebegini dapat di teruskan pada masa akan datang

Sebelum sampai ke Masjid Jamek Kampung Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor team Skuad Prihatin ABIM Johor bersama team SAVOC ( Proton Savy Owners Club) Regoin Selatan telah melakukan misi penyeraham kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras (KSSSB 2011) ke daerah Batu Pahat di 2buah lokasi di Batu Pahat iaitu di Rumah Amal Baitul Hanan serta Maahad Tahfiz Limpon. Diharapkan usaha sebegini akan diteruskan pada masa akan datang, selain dapat turun ke lapangan membantu mereka yang kurang bernasib baik di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini malah dapat juga merapatkan hubungan silaturahim antara sahabat-sahabat seperjuangan dengan sahabat-sahabat baru. Perkongsian pengalaman serta pertukaran idea untuk bekerjasama dalam program-program akan datang dapat dilaksanakan juga dalam masa perkenalan yang singkat. Salam Ukhuwwah Fillah Abadan Abada,syukran atas semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung...Wasalam

Lensa Kamera yang sempat di ambil :












Sabtu, 20 Ogos 2011

My Bro Birthday 17th...20/08/2011

Selamat Hari Lahir yang ke - 17 buat adikku Muhamad Nabil Fikri bin Jalani
semoga menjadi anak yang soleh penyejuk mata mak abah
di beri kesihatan yang baik sentiasa
hope succes untuk SPM 2011 nanti yang start 14 November 2011 - 14 Disember 2011
Kakak sayang ko lah!!! walaupun selalu akak bebel dengan ko, bebel itu tanda kasih & sayang
Moga ceria-ceria selalu....(^_^)



Khamis, 18 Ogos 2011

Belia Dekati Ummat - Sinar Ramadhan 1432 Hijrah

Assalamualaikum wth...
Salam Ramadhan Kareem....
Alhamdulillah di bulan yang mulia ini dapat lagi berpeluang membuat amal jariah dengan mendekati anak-anak yang kurang berkemampuan di 4 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menegah di kawasan tempat kelahiran di parit raja. Program ini diberikan nama Belia Dekati Ummat-Sinar Ramadhan 1432 Hijrah anjuran ABIM Batu Pahat, Johor

 Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

sebenarnya program ini adalah buat julung-julung kalinya di buat pada tahun ini dibawah anjuran Pihak sekretariat Khidmat Masyarakat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Batu Pahat dengan kerjasama skuad Prihatin ABIM Johor telah mengadakan satu program bertajuk “BELIA DEKATI UMMAT 2011 -SINAR RAMADAN 1432H” di 5 sekolah terpilih pada 16 Ogos 2011 / 16 Ramadhan (Selasa). Dalam program ini pihak SKM ABIM BP telah menyerahkan sumbangan dalam bentuk tunai kepada 61 pelajar bagi mewakili keluarga masing-masing di beberapa sekolah di sekitar DUN Parit Raja dan DUN Semarang dengan bertujuan untuk menceriakan anak-anak yang kurang bernasib baik menyambut kedatangan syawal yang bakal menjelma agar mereka dapt membeli sedikit persiapan di hari raya kelak.

 Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat ini dianggotai oleh golongan profesional (kerajaan dan swasta), pelajar sekolah dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta daripada seluruh negara yang berasal daripada Batu Pahat, Johor. SKM ABIM BP giat  melaksanakan pelbagai kerja kemanusiaan & kesukarelawanan seperti gotong royong, membantu mangsa banjir, menziarahi dan membantu asnaf (orang miskin, mualaf, fisabililah dan anak yatim), bersama bekas penagih dadah, program motivasi, ekpedisi menaiki gunung dan bertemu pemimpin masyarakat di sekitar Batu Pahat serta lawatan antarabangsa untuk membina jaringan agar dipermudahkan menjalankan program-program berbentuk kemasyarakatan. Selain itu SKM ABIM BP berperanan sebagai pemudah cara untuk menbantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan sebarang bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab..

Ziarah team SKM ABIM BP ke 5 buah sekolah mendekati 61 orang ank-anak miskin & yatim cukup menyayat hati saya, kerana hasil perbualan ringkas daripada pihak sekolah ada anak-anak ini yang berpotensi untuk mengapai kejayaan dalam peperiksaan kelak tetapi ada juga yang lemah dalam pelajaran seperti lemah dalam penguasaan 3M (menulis, membaca serta mengira). Perhatian yang lebih amat perlu kepada anak-anak ini kerana mereka perlukan sokongan daripada orang-orang yang telah berjaya agar dapat menyuntik semangat mereka untuk turut sama berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang seterusnya dapat mengubah nasib keluarga masing-masing untuk keluar daripada kepompong kemiskinan yang mereka alami. Terdapat juga dalam kalangan ank-ank ini yang mempunyai masalah displin di sekolah serta kerap kali ponteng sekolah kerana kesempitan wang untuk pergi ke sekolah seperti keluarga tiada kenderaan untuk menghantar mereka ke sekolah,nasib anak-anak seperti ini perlu di berikan perhatian oleh masyarakat kerana mereka berpotensi sebagai penerus generasi di masa hadapan untuk memimpin tampok pemerintahan negara.


Sepanjang seharian bersama kawan-kawan mendekati ummat sempat singgah sebentar untuk menziarahi sebuah keluarga yang dhaif kehidupan mereka di air hitam..keluarga ini mempunyai 11 orang isi rumah (9 orang anak ) tetapi anak yang ke-6 difahamkan telah pun diserahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur sewaktu kecil lagi. Menurut cerita,keluarga ini pernah berjumpa dengan anak yang telah diserahkan kepada keluarga angkat setahun yang lepas tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila anak kecil itu yang kini berusia 5 tahun menangis-nangis tidak mahu dekat dengan ibu bapa kandungnya serta abg dan kakaknya,cukup sayu mendengar cerita ini..Keluarga ini tinggal menyewa di sebuah rumah yang pada pemerhatian saya cukup usang dengan dinding sudah terkopak serta bumbung rumah banyak yang bocor serta hanya mempunyai sebuah bilik sahaja dengan kadar sewa RM150 sebulan, pada pandangan saya ketidaksesuaian rumah sebegitu untuk sebuah keluarga besar dengan mempunyai anak bujang serta anak dara yang semakin hari semakin membesar. Apabila menjelajah kesetiap sudut rumah amat tersentuh hati, saya merasakan keluarga ini lena mereka tanpa bertilam hanya tidur diatas lantai sahaja kerana sempat menjengah kebilik mereka tiada sebarang tilam atau pelapik untuk mereka sekeluarga tidur dengan selesa. Ditambah pula dengan si bapa tidak dapat bekerja akibat mengalami kemalangan jalan raya sejak awal tahun 2011 hanya hidup dengan pendapatan ibu menjadi pembantu di gerai kuih & makan dengan kadar pendapatan RM20 sehari tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian malah keluarga ini mempunyai anak kecil seusia 7bulan,sangat menyayat hati melihat kehidupan mereka sekeluarga.


Team SKM ABIM BP sempat menyumbangkan kudrat 4 kerat dengan melaksanakan gotong royong di sekitar rumah berkenaan serta memberikan sedikit kata-kata semangat untuk mereka agar terus tabah mengharungi kehidupan serta menasihati keluarga ini agar tidak mengabaikan pelajaran anak-anak walaupun kehidupan mereka sangat dhaif dan susah, sedikit cenderamata di sampaikan oleh wakil SKM ABIM BP ynag diketuai oleh pengerusi sekretariat khidmat masyarakat ABIM cawangan Batu Pahat, Johor kepada keluarga ini berbentuk tilam serta jam dinding bagi menceriakna keluarga ini. Diharapkan program-program sebegini akan berterusan pada masa akan datang...Sekian


Lensa Kamera yang sempat di ambil


sebahagian team sekretariat khidmat masyarakat ABIM cawangan Batu Pahat, Johor yang terdiri daripada bekas ketua pelajar SMK Tun Ismail, mahasiswa & mahasiswi daripada Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
pemberian sumbangan duit rayadi sampaikan oleh en. Faizul Amin Anuar Setiausaha Perbendaharaan ABIM Batu Pahat, Johor

pemberian sumbangan di sampaikan oleh en. Mohd Azlan bin Mohd Sharif Pengerusi Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor

serahan cenderamata daripada pihak Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM cawangan Batu Pahat, Johor kepada guru besar sekolah

bersama anak-anak kecil di Sek Keb Kota Dalam,Ayer Hitam, Johor
Bersama anak-anak kecil di SK Seri Paya, Pt Raja, Batu Pahat, Johor

mengaminkan bacaan doa di Sek Keb Seri paya
pembersihan di dapur rumah asnaf

pembersihan di hadapan pintu rumah asnaf

pembersihan di ruang tamu rumah asnaf

gotong royong melipat baju di rumah asnaf
pemberian sumbangan kepada pelajar SMK Tun Ismail, Pt Raja, Batu Pahat, Johor

ucapan penghargaan & terima kasih daripada guru penolong kanan sesi petang SMK Tun Ismail (En. Boimin bin Abd Kadir) kepada delegasi Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor ats keprihatinan yang diberikan kepada para pelajar miskin di sekolah ini

pemberian cenderamata daripada pihak sekretariat khidmat masyarakat ABIM cawangan Batu Pahat, Johor kepada pihak sekolah SMK Tun Ismail, Batu Pahat, Johor

ucapan dari tuan pengerusi Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Batu Pahat di SMK Tun Ismail sempena program Belia Dekati Ummat-Sinar Ramadhan 1432 Hijrah

sedang memberikan sepatah dua kata  dihadapan pelajar SMK Tun Ismail bekas sekolah menegah dahulu thn 2003-2009

bersama dengan keluarga asnaf


sebahagian team Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor yang terdiri daripada golongan profesional, mahasiswa & mahasiswi seluruh negara serta pelajar sekolah sekitar Batu Pahat, Johor

liputan daripada Akhbar Sinar Harian edisi Johor 23 Ogos 2011 (selasa) tentang aktiviti Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor berkenaan program BELIA DEKATI UMMAT-SINAR RAMADHAN 1432 HIJRAH
Nukilan : Noor Amira Diana Binti Jalani
Sekretariat Khidmat Masyarakat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Batu Pahat, Johor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...