Sabtu, 7 Julai 2012

Rewang : Budaya Muafakat Orang Jawa

Pulang “Rewang” Ke Kampung
Awal-awal lagi ibu saya sudah berpesan kepada saya supaya pulang ke kampung di Parit Daun, Parit Raja, Batu Pahat, Johor sebelum 7 Julai 2012 setelah abiz final exam di UMS, Sabah. Kebetulan ada cuti semester yang panjang jadi dapatlah balik ke kampung menziarahi serta menyantuni keluarga & sanak saudara di kampung, tambahan pula ramadhan & syawal bakal menjelma tak lama lagi. Majlis kenduri kendara dalam keluraga saya biasanya pada musim cuti sekolah & cuti umum. Ini adalah arahan kebiasaan apabila ada cuti semester panjang akan ada apa-apa majlis kenduri yang akan dibuat dikampung samada kenduri yasin, kenduri kesyukuran atau kenduri kawin sanak saudara di kampung. Majlis kenduri kali ini ialah majlis walimah (kenduri kahwin) di rumah bapa saudara saya yang merangkap abang kepada abah. Walimah Kakak Sepupu saya.

Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan seumpama ini, kami adik-beradik & sepupu sepapat sanak saudara akan dikerah untuk balik dan berkumpul dalam satu keluarga besar untuk sama-sama membantu majlis perkahwinan tersebut. Adat inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang konkrit.

Saya cuba untuk menilai semula nilai-nilai adat yang baik ini kerana saya tidak mahu keterlibatan saya hanya dinilai dari aspek pandangan adat dan budaya yang baik semata-mata. Ini kerana segala-galanya bermula dengan niat yang murni. Saya menyatakan demikian kerana ada anggota keluarga yang hadir kerana seolah-olah terpaksa dan terikat kuat dengan adat. Maka saya terangkan semuanya kepada para pembaca blog ini tentang serba sedikit budaya orang jawa khususnya dalam keluarga saya sendiri yang ibu abah memang orang jawa...hehehe

Misi Amal, Ziarah Dan Ukhwah

Tatacara adab bergaul dengan masyarakat ada disebut dan dibincangkan di dalam kitab Sairu As-Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Palembagi. Beliau membahaskan adab yang bagaimana untuk kita dibolehkan bergaul dengan masyarakat atau tidak.

Pertamanya, tidak dibolehkan sekiranya aktiviti tersebut bercampur dengan perkara-perkara maksiat dan boleh merosakkan akhlak, iman & amal.

Keduanya dibolehkan atas dasar ta’awun iaitu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan.

Maka saya melihat sebenarnya budaya rewang ini merupakan satu medan amal yang besar kerana aktiviti bergotong royong memang menjadi satu amalan masyarakat Melayu umumnya dan budaya rewang ini juga dapat dijadikan satu medan dakwah diperingkat keluarga dan sanak saudara. Maka itulah misi amal, ziarah dan ukhwah menjadi keutamaan kami sebelum mendahulukan nilai adat dan budaya setempat.

Maka, aktiviti selama dua hari tersebut telah dipenuhi dengan aktiviti yang meriah kerana masing-masing akan mencari apa sahaja kerja yang boleh dilakukan. Aktiviti rewang dari kerja-kerja menyediakan bahan masakan, memasak lauk-pauk untuk tetamu sehingga mencuci pinggan mangkuk, periuk belangga hingga ke sebesar-besar kuali & periuk, xlupa juga jadi penanggah.Kalau dahulu, anak-anak muda akan berebut-rebut untuk menjadi “penanggah” yang bermaksud pelayan, tetapi fungsi tersebut kian lama kian terhakis kerana sistem kenduri sekarang lebih kepada sistem layan diri. Selain itu juga, minat belia-belia dan anak muda untuk menghadiri rewang juga kian merosot. Mungkin sebab itulah saya menyarankan agar misi amal ini di terapkan agar mereka dapat melihat semua kerja-kerja ini dengan nilai-nilai pahala amal yang soleh.

Kebiasaanya orang jawa kalau kenduri kendara khususnya dalam keluarga saya sendiri akan menggunakan sistem rewang nie xkira lah dalam kenduri kesyukuran/ kenduri arwah/ kenduri cukur jambul bayi mahupun kenduri walimah (kenduri kawin). kalau kenduri kesyukuran/ kenduri arwah/ kenduri cukur jambul bayi yang akan rewang keluarga tuan rumah (terdiri adik beradik, sepupu,makcik-makcik,pakcik-pakcik) senang kata lau dalam satu kampung tu ramai sedara mara memang mereka akan turun rewang-rewang nie sebelah suami isteri kalau dapat sama-sama keluarga jawa lah & jiran-jiran sebelah rumah. Manakala kalau kenduri walimah (kenduri kawin) yang akan rewang keluarga tuan rumah, jiran-jiran & masyarakat kampung 1 kampung turun rewang utk majlis tersebut

Antara lain yang menjadi tarikan anak muda ialah hiburan. Makanya, mana-mana majlis yang tiada hiburan maka kuranglah anak-anak muda yang hadir. Antara hiburan yang saya maksudkan ialah seperti kumpulan kugiran, kuda kepang, joget lambak,tarian zapin dan sebagainya. Maka disinilah saya melihat peranan dakwah yang sesuai agar hiburan-hiburan yang melalaikan ini dapat diubah konsepnya kepada hiburan yang lebih Islamik.

Bermain-main dengan keletah adik-adik sepupu dan anak-anak buah juga menjadikan misi ukhwah amat bererti buat saya. kalau sepupu-sepupu yang kecil suka sakat dorang sampai menangis,kui3. Kami sesama sepupu berborak-borak panjang bercerita dari hal kerjaya, rumahtangga, politik dan lain-lain lagi. Bagi saya ukhwah inilah sebagai satu jambatan jangka panjang untuk misi dakwah yang lebih jauh pada masa-masa mendatang.

InsyaAllah, selepas ini saya akan mengupas tajuk-tajuk lain yang saya letakkan di bawah kategori Masyarakat Jawa sebagai satu pengenalan untuk anda mengenali budaya Masyarakat Jawa ini dan sejarah telah membuktikan bahawa adat dan budaya setempat merupakan salah satu senjata yang ampuh untuk menguasai medan dakwah setempat. wasalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...