Sabtu, 31 Disember 2011

Cinta Diam-Diam (Bahagian 1)

Seorang sahabat medekatiku,

memandang ke mataku,

memegang tangan kecil ku,

dan akhirnya memelukku.

“Kenapa?” soalku apabila melihat dia diam membisu tapi seakan ada sesuatu yg tidak selesai dr raut wajahnya.

“Sakit.” pendek jawapannya membuat aku perlu berteka teki.

“Sakit? apa yg sakit?”

“Hati.”

“Allah.” helaan nafas ku begitu kedengaran.

“Hati sakit? Kenapa ni sahabatku?” aku paut bahunya dekat di bahuku. Bergesel seketika.

“Nur.. sakit kan kalau kita pendam sesuatu tu.”

“Ermm…” aku angguk tanpa komen. Mahu dia menerus bicara.

“Hati saya sakit. saya suka tapi saya malu.”

“Suka tapi malu?” terangkat keningku.

“Nur, sy suka pd seorg lelaki. Dia lelaki yg baik, hati sy kacau. sy kenal dia biasa2 saja, tp sy suka dia.”

“Owh…sakit sebab tu ke?” aku senyum. Itu rupanya. Buat jiwa ku cuak saja.

“Macammana ni Nur.. sy kena bagitau dia ke? Saya takut, klu sy tak bagitau, tup tup esok hari sy dpt jemputan kahwin dpd dia..” luah sahabatku jujur.

“Hmm.” aku berkira-kira. Tambah, tolak, darab, bahagi.

Soal cinta dan jodoh. Aku bukannya arif. Aku bukannya pakar cinta juga bukan ustazah.

Tapi, aku seorang sahabat, saudara dan cintanya. Jadi, aku perlu membantunya.

“Percaya tentang jodoh?”

Sahabatku angguk.

“Percaya dengan takdir Allah?”

Angguk lagi.

“Kalau percaya, knp risau?” aku senyum. Tapi ada sekelumit sengihan di hujung senyumku.

“Tapi… kita kan kena usaha.” sahabatku cuba bermain jiwa nampaknya.

“Mm, agak-agak,..kalau kamu bagitau lelaki tu yg kamu suka kat dia, boleh kawin terus ke?”

Sahabatku serta-merta geleng. Dalam perkiraan 2 saat gelengan itu laju saja. Ah, agakanku saja.

“Agak-agak, kalau kamu bgitau dia psl kamu suka kat dia, jiwa dia kacau tak?”

Sahabatku senyap..kemudian angkat bahu.

Aku senyum dan meraih tubuh sahabatku, memegang tangannya kejap dan erat.

“Umur baru 22 kan?”

“Sahabatku, yakinlah pd Allah. Soal cinta dan jodoh ni, Nur pun tak berapa nak reti. Apa yang Nur ingat dan pernah baca, kalau kita pendam perasaan kita, kita simpan baik2, itu dikira jihad.”

“Bersabar dan berdoalah. Jangan sempitkan skop ‘usaha’ itu. Menjadi wanita mahupun muslimah yg solehah itu juga usaha. Kita usaha tambah ilmu, ilmu sbgi muslimah, isteri dan ibu.”

“Ingat, Allah sudah menetapkan jodoh kita. Buat lah macamana pun, andai dia jodoh kita, Allah pasti akan pertemukan jua.’

“Sahabatku, suka dan cinta itu fitrah. Fitrah yg perlu kita jaga dan pelihara dgn baik. Jangan biarkan fitrah itu melulu tanpa pedoman.”

Sahabatku tampak seperti bersemangat kini. Dia memandang aku penuh pengertian. Seakan mahu disuap dengan kata-kata semangat sebanyak yang mungkin.

Aku menyambung lagi.

“Salurkan rasa cinta kamu kpd Allah. Perasaan cinta itu dtg dri Allah. Jd, kembalikan ia pd Allah.” cukup dengan kata-kata itu, ku kira sahabatku ini InshaAllah pasti akan faham.

Akhir pertemuan, ada titisan air mata dihujung pipi sahabatku.

Berdetak hatiku.

Terakhir kalinya, aku dipeluk dgn penuh rasa kecintaan.

Perlahan aku bisikkan, “serahkan urusan ini kpd Allah, inshaallah, Allah punya jalan yg terbaik."

Allahuakbar.


bersambung...

~semoga ada manfaat~

~semoga Allah meredhai~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...