Ahad, 29 Januari 2012

IQRA Di Desa Permai Kg Pandiwan,Nabawan, Sabah...

ASSALAMUALAIKUM WTH...

pada 20-22 januari 2012 telah berlangsung program Iqra di Kg Pandiwan, Nabawan, Sabah...perjalanan memakan masa 4 jam menggunakan bas ums. program nie hasil kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA). objektif program ini adalah :
1.  Membantu masyarakat setempat dari aspek pendidikan anak-anak dan keluarga dalam Program Iqra terutamanya dalam hal-hal fardhu ain.
2.  Membina potensi setiap siswazah dalam khidmat sosial.
3 Membina ikatan silaturrahim dikalangan peserta dan masyarakat setempat.

kampung ini mempunyai 27 keluarga islam & 130 orang yang beragama islam,saya merasakan atas tanggungjawab sesama saudara islam seharusnya anak-anak muda perlu sama-sama kami turun kelapangan untuk mentarbiah diri sendiri dari segi fizikal & mental, kawasan kampung nie walau pun nampak sudah membangun tetapi masih menggunakan sumber air daripada gunung dan sungai yang di pam menggunakan saluran yang diperbuat daripada hasil kerjasama oleh penduduk kampung. tiada talian telekomunikasi kecuali maxis sahaja yang dapat dihubungkan ke kampung ini. kebanyakan daripada penduduk kampung bekerja sendiri bagi kaum bapa serta kaun ibu menjadi suri rumah tangga sahaja. Menyelami jiwa masyarakat di sini melalui perbualan singkat daripada beberapa penduduk kampung, mereka ada yang menganut islam sejak remaja lagi tetapi masih belum faham ape itu islam yang sebenarnya, ada yang menganut agama islam kerana perkahwinan. Saya tersentuh apabila ada kalangan pakcik & makcik mereka belum mahir lagi tentang solat daripada pergerakan hinggalah bacaan solat. Apatah lagi membaca Al-Quran, mereka masih lagi buta huruf alif, ba & ta..

melihat wajah2 anak kecil & remaja mereka beruntung kerana mendapat pendidikan agama di sekolah semasa sesi P & P dalam subjek agama islam. serba sedikit mereka tahu tentang perihal solat. saya tersentuh sepanjang program ada kanak-kanak yang memakai bju yang sama sepanjang program berlangsung 3 hari 2 malam, bila di tanya mereka tidak bawak baju,sangat kasihan melihat keadaan mereka, hatiku berdetik syukur alhamdulillah walaupun aku berada dalam keluarga yang kurang mampu tetapi masih ada lagi persalinan untuk bertukar ganti setiap hari

kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang program adalah menjadi bendahari program & ketua masak untuk peserta & ajk seramai lebih kurang 100 org dalam masa 3 hari 2 malam. dari awal pembelian barang-barang kering untuk masakan hingga ke kenduri cara islam dimulakan dengan beli barang-barang di sekitar di kota kinabalu, sabah. penbelian barang-barang basah seperti sayur,iakan dan ayam di beli di pekan berdekatan, berpeluang juga ke pasar tempat baru, walaupun sangat pening bila berbelanja barang-barang nie 3hari berturut-turut sebelum & semasa program. tetapi penat & lelah tidak diambil peduli,aku gagahkan juga tdengan tenaga yag ada...walaupun ada makcik-makcik yang ringan tangan untuk membantu masak di dapur tetapi aku katakan tidak mengapa makcik,insyaAllah saya & kawan akan masak nanti, makcik pergilah belajar nanti dah masak saya panggil makcik & pakcik makan serta adik-adik sekali, nasib baik makcik tu sporting dan memang nampak riak wajah dia mahu belajar sesuatu...(dalam hati moga-moga dapat masak dengan baik & dapat dimakan bersama-sama kalau tak malunya lah...hehehe)

Alhamdulillah hari ketiga 22 januari 2012 diadakan majlis kenduri cara Islam sebagai majlis penutupan program iqra, gotong royong memasak bersama penduduk kampung di adakan untuk menjamu lebih daripada 130 orang tetamu, dengan pertolongan makcik-makcik di dapur dapat juga pelbagai juadah makanan di sediakan seperti  ayam masak kari,sup ayam,sayur betik tumis, sayur terung masak sambal,sayur kampung(...dah lupa namanya..hehehe) di masak lemak serta pencuci mulut buah tembikai. Majlis penutupan program dihadiri oleh pegawai pendidikan daerah nabawan, pengerusi surau Kg Pandiwan, YDP ABIM Sabah Dr. Abdullah Bade serta panglima & Srikandi SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA) bersama penduduk kampung.

Harapan seluruh keluarga Islam di Kg Pandiwan, Nabawan, Sabah agr kami dapat turut semula selepas ini....(^_^)
                                                 
                                                ALBUM KENANGAN
                                                       
praktikal sembelihan ayam kepada penduduk kampung
sesi riadah ank-anak kecil di kampung pandiwan,nabawan sabah...mereka sangat teruja dengan sesi riadah ini...dari yang kecil sampai yang dewasa turut serta untuk terlibat sama...macam-macam gaya adik-adik-adik nie wat riadah ikut abang-abang & kakak-kakak fasi yang ada di depan...
pengisian rohani & perbincangan kepada golongan dewasa @ bapa yang diketuai oleh pengarah program IQRA Sdr. Ahmad Ramzy Mohd Rathi
pengisian golongan remaja & wanita
praktikal solat  remaja lelaki
sebahagian penduduk kampung yang menghadiri program IQRA
gotong royong mencabut bulu ayam kampung setelah selesai praktikal sembelihan dilakukan
wajah-wajah ceria tukang masak sepanjang program

tetamu jemputan dalam majlis penutupan program IQRA dari kiri cikgu Abi (pengerusi surau kampung pandiwan), pegawai pelajaran daerah nabawan serta YDP ABIM Sabah (Dr. Abdullah Bade)
penyerahan sumbangan ikhlas kepada penduduk islam kampung pandiwan, berupa beras,gula,garam dan kopi
gambar kenangan sebelum bersurai

Sabtu, 7 Januari 2012

Solat Qasar & Jama'

Islam itu memudahkan umatnya...
Kita sebagai umat isla digalakkan untuk berjalan-jalan melihat alam ciptaan Ilahi tetapi dalam keseronokkan berjalan @ bercuti jangan sampai leka menunaikan solat fardu..di sini saya ingin kongsikan cara-cara menunaikan solat Qasar & Jama...

Jom sama-sama kita pelajari!!!


Panduan Solat Qasar Dan Jama'
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعال

 Sahaja aku solat fardu zohor 2 rakaat qasar kerana Allah Taala )
2.0 Solat Jama
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(
Sahaja aku solat fardu zohor 4 rakaat dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
            Sahaja aku solat fardu zohor 2 rakaat dihimpunkan dalam waktu asar tunai kerana Allah Taala.
)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
  Sahaja aku solat fardu zohor 4 rakaat dihimpunkan kepada asat tunai kerana Allah Taala
)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
          Sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala.
)








Jumaat, 6 Januari 2012

Petua Imam Syafie

ASSALAMUALAIKUM WTH...
sedikit perkongsian tentang petua-petua yang ingin dikongsikan...

jom baca!!!

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
... 3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥

Rabu, 4 Januari 2012

CUKUP CINTAI DIA DALAM DIAM

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam...
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalinkan hubungan yang terlarang,
Kau tidak mau merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya..

Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu...

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya..
Mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah....

Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan... Kekuatan harapan...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...

Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tidak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam...

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

Cintailah dia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui
Saat sececah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta

Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...
Mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...
Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah..Maka ia berhilir pun hanya kepada Allah..

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata di mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)


Cukup cintai dia dalam diam...
Bukan kerana membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya..
Bukan kerana menghindari dunia... tapi meraih syurga-Nya..
Bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..


Cukup cintai dia dari kejauhan...
Kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkannya dari cobaan..
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
Keranaa hadirmu mungkin saja akan membawa keresahan hati-hati yang terjaga...


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan...
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
Menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan
Mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...

Maka cintailah dia dengan keikhlasan...
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Keranaa tiada yang tahu rencana Tuhan... Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan...
Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..
Biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)

Ahad, 1 Januari 2012

Cinta Diam-Diam (Bahagian Akhir)

Tubuhku masih hangat di pelukannya. Tidak berenggang sedikit pun. Bahuku basah dengan tangisan halusnya. Perlahan-lahan ku renggangkan pelukan sahabatku itu, ku kalih wajahnya.

“Apa pula masalahmu kini sahabat?” Ku kesat air matanya yang masih bersisa.

Beberapa ketika dulu, dia pernah mendatangi aku juga dengan tangisan, tangisan yang ku rasai ada duka di dalamnya. Namun kini, ada kelainan pada alunan tangisannya.

“Solehah.. ? Kenapa? ” tangisannya sudah mereda tanpa senduan. Soalanku dibiar sepi seperti dulu juga.

Tanpa jawapan, diriku ditarik untuk duduk di kerusi berdekatan kami berdiri. Kerusi yang menghadap tasik itu hanya muat-muat untuk kami berdua.

Masih menanti bicara, ku biar sahabatku itu mencari kata untuk memulakan. Hanya helaan nafasnya kedengaran dan sesekali ada kocakan halus kedengaran dari tasik, ikan sedang bermain-main gembira barangkali. Subhanallah. Aku tersenyum bahagia melihat indahnya ciptaan Allah di hadapanku, semua serba sempurna.

Ah. Terlupa pula, mari kita kembali ke kisah sahabat ‘emo’ ku ini. Sahabatku memandang aku kini. Huh. Cuak seketika aku.

“Nur, ingat lagi kisah yang pernah saya ceritakan dulu?”

Aku senyum. Kisah dulu? Masakan aku lupa, kisah itu yang membuatkan banyak merenung dan berfikir.

“Ingat, ingat.. kenapa?” Tiba-tiba dia senyum. Manis sekali.

“Kenapa? Kenapa?” aku bagai tidak sabar-sabar dengan kisahnya.

“Hehe…Nur ni.. sabarlah. ” Solehah ketawa kecil melihat keletah ku bagai anak kecil yang tidak sabar.

“Allah.. maaf-maaf. Hehe.. ” Aku tersipu kemaluan.

“Hmmm..! Alhamdulillah. Nur, tengok ni… ” Sahabatku itu menghulur tangan kanannya kepada ku. Aku menggapai jari-jemarinya, dan aku perasan sesuatu.

Cincin! Cincin belah rotan! Aku kembali pandang wajah sahabatku itu. Allah, berserinya wajahnya!

“Cincin… mm, sampai hati Solehah tak bagitahu saya, Solehah dah kahwin.. ” aku cebik merajuk.

“Nur… saya tak kahwin lagi lah. Ni baru tunang. ” Sahabatku itu menarik tanganku tanda pujuk.

“Tunang?? Dengan siapa? ” aku lupakan rajukanku, ada sesuatu yang lebih menarik minatku.

“Hmm. Inilah yang mahu saya ceritakan cik Nur.. ” Sahabatku senyum. Allah, manisnya! Aku menanti lagi bicaranya.

“Nur, doa yang kamu ajar saya dulu, alhamdulillah saya amal setiap hari. Saya baca pagi dan petang, siang dan malam.” Aku mengingat kembali doa itu dalam hati,

“Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”

Sahabatku menyambung lagi, “Ingat lagi pada pemuda yang saya minat itu? ”

Aku cuba mengoyak cerita dulu, memanggil memori tentang pemuda itu. Alhamdulillah, ingat!

“Ye, ingat, ingat.. Solehah tunang dengan dia ke?” Huh. Laju saja aku menyimpulkan kisah.

Sahabatku gelak. Manis-manis wajahnya kelihatan pabila lesung pipi kanannya terserlah. Ah, aku jadi jatuh cinta dengan keindahan ciptaan Allah ini.

“Nur ni..saya tak habis cerita lagi. Comel lah Nur ni. ” Heh. Aku kemaluan lagi. Senyum.

“Alhamdulillah, setelah kisah saya dulu, setelah tangisan dan senduan saya kamu dengari, dengan izin Allah, saya jadi makin kuat. Syukur. Saya redha atas apa yang telah, sedang mahupun akan saya lalui. Allah berikan kekuatan yang sangat hebat. ”

Sahabatku memandangku dengan cinta. Aku senyum lega.

“Sebulan selepas kisah itu, saya terima kad undangan. Kamu tahu? Kad itu dari pemuda yang saya minati. ”

Sepi seketika.

“Saya tidak sedih. Malah saya cukup gembira. ” Kegembiraan sahabatku memang kelihatan tidak menipu. Aku turut gembira.

“Kemudian?” Aku memecah keheningan kisah sahabatku. Terlalu beremosi aku kira.

“Kemudian? Sebulan selepas itu, keluarga saya menerima rombongan. ” Ku lihat sahabatku mengusap-usap cincin di jari manisnya. Ada garis bahagia diwajahnya. Subhanallah.

“Rombongan? Meminang? Siapa?” laju lagi pertanyaan ku. Bertubi-tubi sungguh.

“Yup. Rombongan meminang. Hmm. inilah cerita yang mahu saya kisahkan pada kamu. Inilah kisah yang membuat saya memeluk kamu dengan tangisan.. ” akhirnya sahabatku membongkar tembok kebingungan ku. Aku menghela nafas panjang.

Alahai. Lama kami bermain kata, baru kini sahabatku mahu berkisah? Solehah, Solehah..

“Saya benar-benar terkejut dengan kehadiran rombongan itu. Sungguh, saya tidak tahu siapa dan dari mana datangnya rombongan itu. ”

Aku menjadi teruja dengan kisah sahabatku.

“Ayah dan mama saya juga tidak tahu. Mereka juga tercengang-cengang. ” Solehah menambah kesuspenan cerita hidupnya.

“Kamu tahu Nur… saya tak sangka. Cinta diam-diam saya pada pemuda itu yang menemui kesedihan dan saya pernah kecewa hanyalah sekadar setahun dua. Padahal, pada masa yang sama, saya tak sedar, rupa-rupanya, saya juga sedang dicintai diam-diam oleh seorang pemuda selama bertahun-tahun lamanya. Subhanallah.”

Kelu lidahku. Allah!

Sahabatku menyambung ceritera lagi,

“Rupa-rupanya, rombongan meminang itu daripada sahabat sekolah saya suatu ketika dulu. Pemuda itu adalah senior di sekolah saya, dan saya kurang mengenali dia pada zaman persekolahan. Cumanya, kami dalam persatuan yang sama dan dia mengenali saya. Sejak daripada sekolah, dia meminati saya diam-diam.”

Allah. Aku makin teruja.

“Alhamdulillah. Dia begitu bersungguh, dia berusaha mencari saya dan terus meminang saya. Syukur, Allah membuka hati saya, mengizinkan saya untuk melangkah ke bahtera perkahwinan bersama dia. Saya terima pinangannya, dan inshaAllah, minggu depan saya bergelar isterinya. ” serentak dengan itu, Solehah menghulurkan kad undangan perkahwinannya kepadaku.

Allahuakbar. Huluran kad itu aku sambut dengan segenap kesyukuran.

“Alhamdulillah. Maha Hebat dan telitiNya Allah dalam percaturan hidup ini. SesungguhNya Allah mendengar rintihan hamba-hambaNya. ”

“Betul tu Nur.. Allah terlalu teliti. Saya ingatkan saya akan kecewa dan dulu saya seakan berputus harap.. tapi Allah tak biarkan saya, Allah kejutkan saya daripada kesedihan berpanjangan. Allah mengirimkan seorang pemuda yang InshaAllah lebih baik daripada pemuda yang saya minati itu. Allah. Allah terlalu sayang kepada hamba-hambaNya. ”

Aku gembira mendengar luahan sahabatku. Aku terlalu gembira. Aku terlalu gembira untuk sahabatku. Aku peluk dia dengan penuh kasih.

“Semoga Allah menjadikan kamu isteri yang benar-benar solehah sahabatku. ” aku kucup pipinya dalam-dalam. Ah, cinta benar aku padanya.

“InshaAllah Nur. Terima kasih kerana mendukungi saya di saat saya memerlukan teman. Semoga Allah juga mengirimkan suami yang soleh buat dirimu. ”

Allah.. tidak cukup rasanya ungkapan kecintaan buatMu. Engkau terlalu baik ya Allah. Engkau kirimkan ujian buat sahabatku kerana pada akhirnya Engkau mahu menghadiahkan keindahan buat dirinya.

Allah. Kisah cinta diam-diam punya ajaib di sebaliknya.

Sungguh. Aku terus dengan keterujaanku.

Kerana itu, kami kekal milik Allah.

Senyum. ^^

Dari meja penulis:
~ kisah ini adalah rekaan realiti yang mungkin akan terjadi dalam kehidupan kita sendiri mahupun sahabat-sahabat disekeliling , ada yang menyamai kisah benar kehidupan sahabat-sahabat saya sendiri, ada juga yang ditambah untuk mengindahkan cerita.
~ kisah ini adalah untuk pengajaran, teladan dan hiburan untuk semua yang membaca.

~ sedikit perkongsian untuk sahabat:

:: maniskanlah wajah dan selalu memberikan senyuman kepada sesama saudara :

Wasiat Imam al-Bukhari: “Senyum adalah sedekah yang paling mudah tetapi mempunyai timbangan yang berat, sehinggakan ianya menjadi salah satu sifat Rasulullah SAW.”

:: muliakanlah sahabat, muliakan tetamu yang mendatangi kita :

Imam al-Ghazali mewasiatkan: “Islam mendidik kita agar memuliakan dan menghormati tetamu. Ini kerana tetamu datang membawa rezeki dan apabila pulang menghapuskan dosa-dosa kita.”

:: bersabarlah dengan hidup yang penuh perjuangan ini :

“Nilai sebuah perjuangan itu ialah apabila engkau memilih sesuatu yang kau inginkan, kau harus menuju kepadanya walau sesukar manapun langkahmu, walau di hadapan ada onak duri yg tajam kuatkanlah langkah, pasakkan azam tanpa menoleh ke belakang hingga kau berjaya mendapatkan hajatmu itu meski nyawamu melayang sebelum berada tepat pada impian itu" ^^

:: jadilah hamba Allah yang syakur kerana ramai manusia mudah menjadi manusia yang ‘syakir’ ( pandai berterima kasih ), namun sangat sukar untuk menjadi manusia yang ‘syakur’ ( benar-benar bersyukur ) :

“Dan sedikit sekali dari hamba-hamba KU yang benar-benar bersyukur.” ( Saba’ ayat 13 )

:: Doa Nabi ALLAH Sulaiman a.s ini patut kita amalkan agar ALLAH SWT terus mengurniakan kita kemampuan untuk bersyukur, juga dikurniakan hikmah dan kebijaksanaan untuk menjadi hamba-hambaNYA yang benar-benar bersyukur :

Maksudnya : “Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “”Ya TUHANku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-MU yang telah ENGKAU anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang ENGKAU redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam golongan hamba-hamba-MU yang soleh.” ( An Nahl ayat 19 )

:: Akhir entri:

Teruskan cari ilmu ya..ilmu itu dinamik sifatnya, ia seharusnya mendekatkan diri kita pada Allah dan kebenaran. Dan jangan kita taasub dengan sesuatu ilmu, ia mungkin salah, mungkin betul atau mungkin ada huraian dan penambahan lain. Maka, semakin berilmu, semakin merendah hati..bukan semakin meremehkan orang. ^^

nota cinta diam-diam: Saya juga ada memendam rasa cinta saya. Anda bagaimana? (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...