Rabu, 11 Julai 2012

Tomyam Campur



BAHAN-BAHAN :

BAHAN A:

500 gm sotong
500 gm udang
500 gm ayam
1 peket cendawan
2 peket pucuk jagung
1 batang carrot
sedikit sawi bunga
sedikit kubis bunga
3 biji tomata


BAHAN B:
2 kiub stok tomyam / 8 sudu pes tomyam
8 biji cili api- dititik
2 biji limau nipis- ambil jus saja
1 biji bawang besar
3 inci halia
1 biji bawang putih
3 biji bawang merah
2 batang serai- dititik
6 helai daun limau purut
3 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

* Kalau guna kiub tomyam Maggi selalunya kuah akan jadi masam so tak payah guna jus limau nipis .

 
CARA MEMASAK :
1) Bersihkan semua bahan A dan potong ikut cita rasa sendiri.
 
2) tumbuk bawang merah,bawang putih,halia bersama
 
3) panaskan minyak sedikit didalam periuk, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama tadi untuk ditumis sehingga naik bau wangi bersama pes tom yam.
 
4) Masukkan air dalam periuk biar sampai kuah mendidih. Kemudian rasa kuah sedikit dan masukkan jus limau nipis , garam dan kacau sehingga sebati.

5) Apabila sudah mendidih masukkan semua bahan B kecuali udang /sotong dan kacau , biar sampai kuah mendidih dan semua bahan masak baru la last sekali di masukkan udang dan sotong , kacau sekejap sampai udang masak dan boleh la ditutup api.
 
6) Sedia untuk dihidang

Isnin, 9 Julai 2012

Sayur Bayam Masak Lemak




BAHAN-BAHAN :

1 ikat bayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
2 cawan santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :

1) Bersihkan sayur bayam dan potong , kupas semua bawang merah, bawang putih serta ikan bilis
2) Bawang merah,bawang putih serta ikan bilis ditumbuk atau dimayang halus .
3) Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis dan bawang yang telah ditumbuk @ di mayang halus tadi . Gunakan api yang sederhana besar untuk masak kuah ini ,bila kuah dah masak dan mendidih boleh la di masuk kan sayur bayam serta garam . Kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan bila bayam sudah layu serta masak boleh la ditutup api dapur.
4) Sedia untuk dihidang

Ahad, 8 Julai 2012

3K (Kekuatan, Ketabahan & Kesabaran)




✿ SETABAH HATI macam mana pun, walaupun dilukai banyak kali pasti akan merasai keperitan itu...

✿ SEKUAT JIWA macam mana pun,
walaupun ditindasi banyak kali pasti akan terjatuh...

... ✿ KESABARAN yang tinggi macam mana pun, pasti suatu saat nanti bila kesabaran berkurangan akan marah juga...

✿ Jadi, kumpullah KETABAHAN, KEKUATAN & KESABARAN Yang Banyak Agar Boleh Membawa Bekal Dalam Perjalanan Kehidupan.

I Miss U



✿~ Allah memberikan PERTEMUAN agar TAKDIR DICIPTA..
✿~ Allah mewujudkan SAYANG agar kita BOLEH MENGENALI..
✿~ Allah menitipkan RINDU untuk kita SALING MENGINGATI..

Bukan hanya DEKAT DI MATA, bukan jua yang DEKAT BICARANYA..tetapi yang sentiasa DI HATI dan DIINGATI dalam setiap BISIKAN DOA..♥♥
...
♥(Hamba Allah)♥

:: Terima Kasih atas INGATAN

Sabtu, 7 Julai 2012

Rewang : Budaya Muafakat Orang Jawa

Pulang “Rewang” Ke Kampung
Awal-awal lagi ibu saya sudah berpesan kepada saya supaya pulang ke kampung di Parit Daun, Parit Raja, Batu Pahat, Johor sebelum 7 Julai 2012 setelah abiz final exam di UMS, Sabah. Kebetulan ada cuti semester yang panjang jadi dapatlah balik ke kampung menziarahi serta menyantuni keluarga & sanak saudara di kampung, tambahan pula ramadhan & syawal bakal menjelma tak lama lagi. Majlis kenduri kendara dalam keluraga saya biasanya pada musim cuti sekolah & cuti umum. Ini adalah arahan kebiasaan apabila ada cuti semester panjang akan ada apa-apa majlis kenduri yang akan dibuat dikampung samada kenduri yasin, kenduri kesyukuran atau kenduri kawin sanak saudara di kampung. Majlis kenduri kali ini ialah majlis walimah (kenduri kahwin) di rumah bapa saudara saya yang merangkap abang kepada abah. Walimah Kakak Sepupu saya.

Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan seumpama ini, kami adik-beradik & sepupu sepapat sanak saudara akan dikerah untuk balik dan berkumpul dalam satu keluarga besar untuk sama-sama membantu majlis perkahwinan tersebut. Adat inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang konkrit.

Saya cuba untuk menilai semula nilai-nilai adat yang baik ini kerana saya tidak mahu keterlibatan saya hanya dinilai dari aspek pandangan adat dan budaya yang baik semata-mata. Ini kerana segala-galanya bermula dengan niat yang murni. Saya menyatakan demikian kerana ada anggota keluarga yang hadir kerana seolah-olah terpaksa dan terikat kuat dengan adat. Maka saya terangkan semuanya kepada para pembaca blog ini tentang serba sedikit budaya orang jawa khususnya dalam keluarga saya sendiri yang ibu abah memang orang jawa...hehehe

Misi Amal, Ziarah Dan Ukhwah

Tatacara adab bergaul dengan masyarakat ada disebut dan dibincangkan di dalam kitab Sairu As-Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Palembagi. Beliau membahaskan adab yang bagaimana untuk kita dibolehkan bergaul dengan masyarakat atau tidak.

Pertamanya, tidak dibolehkan sekiranya aktiviti tersebut bercampur dengan perkara-perkara maksiat dan boleh merosakkan akhlak, iman & amal.

Keduanya dibolehkan atas dasar ta’awun iaitu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan.

Maka saya melihat sebenarnya budaya rewang ini merupakan satu medan amal yang besar kerana aktiviti bergotong royong memang menjadi satu amalan masyarakat Melayu umumnya dan budaya rewang ini juga dapat dijadikan satu medan dakwah diperingkat keluarga dan sanak saudara. Maka itulah misi amal, ziarah dan ukhwah menjadi keutamaan kami sebelum mendahulukan nilai adat dan budaya setempat.

Maka, aktiviti selama dua hari tersebut telah dipenuhi dengan aktiviti yang meriah kerana masing-masing akan mencari apa sahaja kerja yang boleh dilakukan. Aktiviti rewang dari kerja-kerja menyediakan bahan masakan, memasak lauk-pauk untuk tetamu sehingga mencuci pinggan mangkuk, periuk belangga hingga ke sebesar-besar kuali & periuk, xlupa juga jadi penanggah.Kalau dahulu, anak-anak muda akan berebut-rebut untuk menjadi “penanggah” yang bermaksud pelayan, tetapi fungsi tersebut kian lama kian terhakis kerana sistem kenduri sekarang lebih kepada sistem layan diri. Selain itu juga, minat belia-belia dan anak muda untuk menghadiri rewang juga kian merosot. Mungkin sebab itulah saya menyarankan agar misi amal ini di terapkan agar mereka dapat melihat semua kerja-kerja ini dengan nilai-nilai pahala amal yang soleh.

Kebiasaanya orang jawa kalau kenduri kendara khususnya dalam keluarga saya sendiri akan menggunakan sistem rewang nie xkira lah dalam kenduri kesyukuran/ kenduri arwah/ kenduri cukur jambul bayi mahupun kenduri walimah (kenduri kawin). kalau kenduri kesyukuran/ kenduri arwah/ kenduri cukur jambul bayi yang akan rewang keluarga tuan rumah (terdiri adik beradik, sepupu,makcik-makcik,pakcik-pakcik) senang kata lau dalam satu kampung tu ramai sedara mara memang mereka akan turun rewang-rewang nie sebelah suami isteri kalau dapat sama-sama keluarga jawa lah & jiran-jiran sebelah rumah. Manakala kalau kenduri walimah (kenduri kawin) yang akan rewang keluarga tuan rumah, jiran-jiran & masyarakat kampung 1 kampung turun rewang utk majlis tersebut

Antara lain yang menjadi tarikan anak muda ialah hiburan. Makanya, mana-mana majlis yang tiada hiburan maka kuranglah anak-anak muda yang hadir. Antara hiburan yang saya maksudkan ialah seperti kumpulan kugiran, kuda kepang, joget lambak,tarian zapin dan sebagainya. Maka disinilah saya melihat peranan dakwah yang sesuai agar hiburan-hiburan yang melalaikan ini dapat diubah konsepnya kepada hiburan yang lebih Islamik.

Bermain-main dengan keletah adik-adik sepupu dan anak-anak buah juga menjadikan misi ukhwah amat bererti buat saya. kalau sepupu-sepupu yang kecil suka sakat dorang sampai menangis,kui3. Kami sesama sepupu berborak-borak panjang bercerita dari hal kerjaya, rumahtangga, politik dan lain-lain lagi. Bagi saya ukhwah inilah sebagai satu jambatan jangka panjang untuk misi dakwah yang lebih jauh pada masa-masa mendatang.

InsyaAllah, selepas ini saya akan mengupas tajuk-tajuk lain yang saya letakkan di bawah kategori Masyarakat Jawa sebagai satu pengenalan untuk anda mengenali budaya Masyarakat Jawa ini dan sejarah telah membuktikan bahawa adat dan budaya setempat merupakan salah satu senjata yang ampuh untuk menguasai medan dakwah setempat. wasalam

Rabu, 4 Julai 2012

Usrah (Keluarga) WADAH-ABIM-SISMA

Assalamualaikum wth...

Definisi Usrah

Usrah bermaksud keluarga
keluarga yang wujud oleh pertalian aqidah, idealisme, perjuangan, kesedaran tentang persamaan hasil serta keazaman untuk mengorak langkah yang selaras menumpaskan halangan-halangan dari dalam mahupun luaran untuk meningkatkan jiwa insan ke arah memahami & menghayati ISLAM.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Hendaklah kamu nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran & nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran"

3 Rukun Usrah

1. Ta'aruf (berkenal-kenalan)
  •  berkenal-kenalan di antara satu sama lain untuk mengeratkan hubungan persaudaraan
  • hendaklah berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama Allah, menyedari serta memahami pengertian hakikat ukhuwwah (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara-saudara sendiri
2. Tafahum (bersefahaman)
  • menimbulkan sefahaman sesama anggota di dalam beramal & bertindak
3. Takaful (saling bantu-membantu)
  • memelihara nasib rakan seperjuangan supaya tiada yang terbiar & terlantar
Keluarga besar WADAH-ABIM-SISMA

- semuanya bermula di sini, penghijrahan sebagai anak perantau ke negeri sabah di bawah bayu pada julai 2010 sehingga kini Allah temukan diri dengan keluarga besar ABIM Sabah. Syukur Alhamdulillah bertambah ikatan keluarga yg diberikan.

Muktamar SISMA SABAH kali pertama
20 November 2011


Multaqo' 3 GENERASI (WADAH-ABIM-SISMA)
&
Pelancaran Pengkisahan Sejarah 30thn ABIM SABAH
11 Mac 2012
'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

Selasa, 3 Julai 2012

Salam Nisfu Syaaban 1433 Hijrah

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1433 Hijrah) Jatuh ketika Masuknya Waktu Maghrib Pada Hari Rabu (mlm Khamis) 4 Julai 2012.

Pada mlm Nisfu Syaaban,amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Pengertian am Nisfu Syaaban dlm bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Mlm Nisfu Syaaban adalah mlm 15 Syaaban i...aitu siangnya 14hb Syaaban.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu sebagaimana yg tersebut dlm sebuah Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & berSolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda selesai solat, Baginda berkata kpd Aisyah r.a.

"Mlm ini adalah mlm Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pd mlm Nisfu Syaaban & memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat (membuat amal makhruf & nafi munkar) & melambatkan rahmat & keampunan terhadap org2 yg dengki."

Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dgn buku catatan yg baru. Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi s.a.w. menggalakkan umatnya utk bangun mlm & berjaga serta beriktikaf sepanjang mlm kerana tidak mahu amalan diangkat dlm keadaan tidur atau lalai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...