Jumaat, 24 Jun 2011

Gunung Banang Menjadi Saksi~~

Assalamualaikum....
bersyukur kpd Allah SWT... d berikn lg aku usia utk hirup udara y segar ini...kalaulah kne byr udara nie xtw lah bape harganya...tanda kasih syg Allah kpd semua makhluk d limpahkan semua kasih sygnya pada setiap mahkluk y hidup d muka bumi ini...ape pulak tanda kasih syg kita pd Ilahi renung2kn bersama...
pernah mengikuti kursus fasilitator anjuran ABIM Sabah pd bln 2 lepas y bertajuk ''Anda Org Kepercayaan Allah Di Sini!!!''...terkesan dgn kursus itu y membuatkn dri sentiasa muhasabah dri balik sesungguhkan setiap usia y d beri nie adalah pertnggungjwpan dri kita ats setiap amnh y wajib ditunaikan pd Ilahi...

Ramai org selalu berkata xsyg pakwe @ makwe patut ke tak patut?? mesti jwb xpatut,die y syg kite je kt dunia nie...eleh tu mulut je ckp syg pdhl kt dlm hti belum tentu syg tu...
kalau xsyg ibu bapa patut ke xpatut...mesti jwb xpatut sbb ibu bapa dh besarkan kita dr kecil sampai besar...kite syg tak kat mak??, kite jwb mestilah syg mak kite kn...rase2nya lah mak syg tak kat kite??.. mesti kite pun jwb mak mne y xsyg kat ank kn...kalau xsyg ibu bapa mmg jd ank derhaka...nauzubilllah jauhkan dri dr menjd ank-anak derhaka, ank derhaka xkn selamat hidup d dunia & d akhirat....
satu persoalan ingin d wujudkan... patut tak kite lupakn kasih syg ibu bapa??...mesti kite jwb hish xpatut betul ank tu xsedar d untung dh kasi mkn dr kecil sampai besar xtw nk ckp terima kasih kt ibu ayh....tp...kalau xsyg Allah patut ke xpatut,kalau lupa kasih syg Allah patut ke xpatut???....jawab2...
tu lg xpatut kalau kite lupakan kasih syg Allah...sebab terlalu bnyk tanda kasih syg Allah pd diri kite nie...xternilai sgt2...Allahuakbar!!!

Bagaimana kite menghargai kasih syg Allah??
dgn mengabdikan diri kpd Allah....tp bagaimana?? dgn cara tersebut dlm
al-Fatihah ayt 5
( Hanya kpd Engkaulah kami sembah dan hanya kpd Engkaulah kami mohon pertolongan)...
bila masa kite sembah Allah?? ramai y akn jwb time sembhyang...betul tu tp jd persoalan bile time xsembhyang bg pmpn y uzur tu maknanya kite xsembh Allah ke? tuntasnya setiap masa kita perlu perhambakan diri kpd Allah tanda kasih syg kite kpd Allah...

Manusia adalah penerima amanah Allah bermakna manusia merupakan org kepercayaan Allah...ingat kite adalah org Kepercayaan Allah di Sini!!...

Kepercayaan bhw seluruh alam ini adalah semuanya harta kepunyaan Allah, kite y perlu menjaganya dgn sebaik mungkin, jgn sesekali merosakkn alm ciptaan Ilahi... di dlm htn terdpt khazanah alam y tersimpan y mempunyai nilai2 komersial utk d gunakan dlm bidng perubatan jgn jdkn htn sbg tmpt meminta nombor ekor semua tu khurafat menjdkn pokok bsr dlm htn sbg tmpt melakukan kerja2 khurafat,knp tidak memohon rezeki hnya kpd Allah sjh d samping berusaha mendptkn pekerjaan bg menampung diri serta keluarga...mari sama2 memikirkan terlalu byk tanda kasih syg Allah kpd hambanya spt y tertulis dlm al-Quran surah Ar-Ra'd ayt 3 bermaksud  :

Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Pendakian ke puncak gunung Banang sgt2 mencbr diri melalui trek y betul2 byk lumpur krn pendakian d iringi gerimis y sblm itu hjn lebat...d gagahkan juga kudrat y ada utk sampai ke puncak melihat keindahan Alam Ciptaan Ilahi... sungguh tenang bile sesekali memasuki htn belantara melihat pepohon hijau d kanan kiri, teriakan unggas2 mendamaikan diri y kdng kala selalu berada dlm kekusutan kesibukan sbg seorang pljr... xku sangka Allah itu maha kasih syg memberi aku kekuatan dri utk sama2 juga meneruskan misi pendakian sampai ke puncak bersama teman2 y lain biarkan kalau ikutkn bdn n hti xleh thn sakitnya n penatnya...tp xkn ku biarkan dri lemah kne kuatkn dri krn ats sbb kekuatan y ada,dgn sendri dpt bg kekuatan pd akak n shbtku...biarpun kami puteri2 iras y mendpt tmpt d belakang tp dgn smngt dr team2 pengawal y follow kami dr blkng berjaya jgk kami sampai ke puncak biarpun lewat dr org lain...he3...byk pnglmn y boleh di titip bersama...d ajr bagaimana utk detect mknn spt buah2 htn y boleh d mkn sekiranya darurat...mencri jln keluar sekiranya tersesat...serta d titipkan nilai ukhuwwah dgn senda gurau bg menghilngkan keletihan diri...tp sesungguhnya aku mmg xdpt thn utk gelak pd hr tu,krn senior2 wat lawak y enth pape je,mmg mulut byk kecah rasenya pd hr tu krn geram dgn usikan2 y d beri tp pape pun byk cerita,pnglmn y dpt d kongsi bersama2 team mendaki,merapatkn ukhuwwah dgn shbt2 lama,dgn senior2 lama,dgn adk2 baru...tp y mmg xleh nk belah tu sempat lg mengolok(memperli) gunung kat sabah xmcm gunung banang nie treknya....ok2 jela abg2 tu nti lah suatu hr nti akn ku tawan jua gunung kinabalu tu jika d beri keizinan Ilahi....Gunung Banang Menjadi Saksi utk diri ku telah menawan dirimu,sesungguhnya aku teruja dgn keindahan Gunung ini...terpahat memori gunung Banang bersama kalian team Banang Hiking 11 JUN 2011 dlm ingtn~~ wasalam..
                                                  
                                                   Album kenangan gunung Banang~~












Khamis, 23 Jun 2011

Untukmu Ratuku~~


Ratuku...
ingin kuluahkan
apa yang sudah lama ingin kuluahkan
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan ganas
lagi bernafsu serakah..

Ratuku...
kebimbanganku ini masih menebal
apabila ku mendengar
dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walaupaun tanpa relamu..

ratuku...
kebimbanganku bertambah lagi
bile ku melihat bunga
yang tidak segan silu melampiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya..

ratuku...
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku,
kerana apa yang ku lihat hari ini
semakain banyak bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh..

Ratuku..
bukanlah ku harap
kau segigih Siti Hawa
yang berlari-lari antara Safa dan Marwah
bukan juga setia Ainul Mardiah
menanti kekasih di pintu syurga.

Ratuku,
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah Siti Khdijah mahupun Siti Fatimah
engkau bukan A'ishah
bukan juga Rabiatul Adawiyyah
wanita suci terpuji
kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar
kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melewati pintu-pinti syurga.

jangan kau risau ratuku
tatkala musim berganti sehingga berbunga
tak dapat berkembang mekar
tapi...
itu hanya ujian buatmu..

Ratuku..
esok musim bunga
pasti akan tiba
dan kau akan mampu
berkembang lagi
cuma yang ku harapkan ketika itu
jangan sampai ada tangan-tangan kasar memetikmu lagi

jangan goda kumbang-kumbang ganas
menghisab madumu
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerana kau ratu idaman kalbu..
Rratuku...
aku bukanlah
memandang kecantikanmu
walaupun kadangkala
aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang ku harapkan
aku yakin ratuku
masih ada lagi sinar harapan
yang bisa membuatku tersenyum mekar
kerana akan ku temui ratuku...

Isnin, 20 Jun 2011

GEMBIRAKAN HATI IBU & AYAH BAHAGIAN 2

 

GEMBIRAKAN HATI IBU & AYAH BAHAGIAN 2

Peribadi yang hebat dan cemerlang sering dinilai oleh orang lain melalui penampilan diri. Jadi gembirakan hati ibu bapa dengan mementingkan etika Islam dalam berpakaian. Pakai pakaian yang menutup aurat dan boleh memelihara maruah diri.
Hati ibu bapa akan tenang dan gembira untuk melepaskan anak ke mana sahaja apabila mereka bijak menjaga penampilan dan kehormatan diri dan keluarganya.

TUTUR KATA LAMBANG KESANTUNAN

Selain itu, cara bercakap juga melambangkan peribadi seseorang. Maksudnya, anak-anak perlu memeastikan dia berkomunikasi dengan bahasa yang sopan dan menunjukkan bahawa dia hormati orang lain. Hibungan yang hebat terjaga antara si anak dengan Allah SWT akan terlahir dalam halus dan sopannyaa dalam hubungan dia dengan orang lain.

BENTUK-BENTUK AKHLAK

Akhlak dengan Allah

·         Mengenal Allah dengan yakin
·         Merasakan kebesaran Allah
·         Berasa takut dengan seksaan Allah
·         Berasa sentiasa diawasi Allah
·         Berasa rendah diri terhadap Allah
·         Redha dengan setiap takdir dan ketentuan-Nya
·         Sabar dengan ijian Allah
·         Mencintai Allah lebih daripada yang lain dan selalu mengharapkan rahmat-Nya
·         Tawakal dengan Allah dan mengharapkan rahmat-Nya
·         Rindu kepada syurga dan pertemuannya dengan Allah

Akhlak sesama Manusia

·         Mencintai manusia sebagaimana mencintai dirinya sendiri
·         Berasa gembira dengan kegembiraannya begitu pula apabila bersedih
·         Mengharap kebaikan buatnya dan berdoa agar dijauhkan daripada bencana
·         Benci terhadap kejahatannya tetapi kasihan terhadapnya dam menasihatinya
·         Kebaikannya ditiru, kejelikannya diperbaiki dan dirahsiakan
·         Mengenang jasa dam membalasnya kerana Allah
·         Memaafkannya dan sanggup meminta maaf
·         Berlapang dada dan bersangka baik dengan manusia


ANDAI MEREKA SUDAH TIADA

                Doa anak yang soleh dan solehah akan menjadi teman yang paling menggembirakan ibu bapa di alam barzakh selain sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Setiap ketika ibu bapa ternanti-nanti hadirnya doa anak soleh dan anak solehah. Bukannya harta kebendaan dan kemewahan yang diharapkan oleh ibu bapa.
                Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

                ‘’Apabila telah mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya’’ (Riwayat Muslim)

GEMBIRAKAN IBU BAPA DI ALAM KUBUR

                Jika ibu bapa sudah tiada, mungkin ada anak-nak yang berfikir, tiada lagi runag dan peluang untuk menggembirakan ibu bapa. Jangan kecilkan dan hadkan skop menggembirakan ibu bapa hanya semasa mereka masih hidup. Anak-anak boleh:
·         Memperbanyakkan istighfar dan berdoa untuk mereka
·         Bersedekah
·         Membayar segala hutang piutang
·         Melaksanakan semua wasiat yang mereka tinggalkan selagi wasiat tersebut tidak bercanggah dengan hokum syarak
·         Menghubungkan silaturrahim dengan teman-teman dan kaum kerabat serta orang kesayangan ibu bapa.

RINGKASAN TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

·         Apabila ibu bapa memanggil, anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
·         Anak di larang memanggil ibu bapanya dengan panggilan nama.
·         Bercakap dengan ibu bapa dengan gelaran yang mulia.
·         Anak-anak perlu berbicara dengan lemah lembut terhadap ibu bapa, jangan sesekali mengasarinya tau berlaku biadab.
·         Sentiasa merendahkan diri suara apabila bercakap dengan mereka.
·         Apabila ibu bapa menyuruh melakukan sesuatu, maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selagi suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.
·         Apabila berjalan bersama mereka, anak harus berada di belakangnya.
·         Apabila ibu bapa memerlukan layanan, maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat, walaupun kadang-kadang ibu bapa tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya.
·         Sentiasa merendah diri apabila berada di hadapan ibu bapa dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
·         Apabila hendak keluar rumah atau ke mana sahaja, beritahu ibu bapa dan mintak izin terlebih dahulu
·         Jangan masuk ke dalam bilik ibu bapa sebelum meminta izin terlebih dahulu.
·         Apabila mereka memarahi atau memukul kita , terimalah sebagai hukuman dan jangan menunjukkan sikap kebencian atau marah kita kepada mereka.
·         Apabila  ibu bapa memerlukan makanan dan pakaian, maka anak harus menyediakan sekadar kemampuan.
·         Setiap kali kita telah membuatkan mereka berasa sedih tau dukacita, segera menyesal atas ketelanjuran tersebut serta segera memohon maaf.
·         Jika kita sedang solat sunat, tiba-tiba ibu atau bapa memanggil, berhenti solat dan sahut seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
·         Jangan terlalu melebihkan isteri atau anak-anak daripada kedua-dua org tua.
Anak-anak mestilah rela terhadap ibu bapa sebagaimana dia rela terhadap dirinya sendiri. Setiap kali berdoa, doakan keampunan Allah untuk ibu bapa dan berusaha dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan diri sendiri.
Jika ibu bapa telah meninggal dunia, maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka. Bayar hutang piutang yang masih ada dan sambung silaturrahim serta hormati sahabat-sahabat kedua-dua ibu bapa. Jika mereka ada meninggalkan wasiat, tunaikan wasiat mengikut kemampuan kita…wasalam

Sumber asal : solusi isu 32
               



Jumaat, 17 Jun 2011

Gembirakan Hati Ibu dan Ayah

Gembirakan Hati Ibu dan Ayah 

Sesuatu perkara itu mungkin dianggap remeh. Namun jika ia menggembirakan hati ibu bapa, apa salahnya ia dilakukan. Ketahuilah besarnya penghargaan Allah SWT terhadap orag yang menyenangkan hati ibu bapanya.
Ibu Bapa Sudah Banyak Menggembirakan Hidup Kita

  Saat kita dilahirkan, ibu dan ayah merupakan orang pertama yang bergembira dengan kelahiran kita. Ibu tersenyum bahagia walaupun sakit dan luka masih dirasainya. Wajah ayah berseri-seri mengkhabarkan kepada keluarga dan sanak saudara serta kaum kerabat tentang kegembiraannya menerima ahli keluarga baru dalam keluarganya. Semua orang tumpang gembira dengan rezeki berharga yang melimpah dalam hidupnya berupa seorang anak.

 Setiap hari ibu bapa mengacah kita dengan mesra dan manja. Usikan dan perhatian mereka amat bermakna dan menggembirakan kita saat itu. Mereka menggembirakan lagi kita dengan mengajar berjalan, membelikan pakaian dan permainan baru serta membeli pelbagai barang yang kita inginkan.

 Mereka juga menggembirakan kita dengan mengajar mengaji ao-quran, menghantar ke sekolah, mengajak bersiar-siar, balik ke kampung dan sebagainya. Mereka berkorban dan bersusah payah untuk memeastikan kita hidup dengan sempurna dan cukup keperluan. Kita gembira bermain, berlari dan berkejaran dengan kawan-kawan sehingga kita semakin membesar dan dewasa. 

 Apakah balasan kita terhadap insan yang terlalu banyak menggembirakan hidup kita itu? Adakah kita turut membahagiakan hidup mereka? Atau hanya membentangkan masalah demi masalah terhadap mereka?

Allah SWT berfirman dalam surah ak-Ankabut ayat 8 :
yang bermaksud:

''Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Aku jua tempat kembali kamu semuanya. Kemudian aku akan menerangkan kepada kamu segala apa yang telah kamu kerjakan.''

Menjaga Adab dengan Ibu Bapa

 Bagi anak-anak, tiada yang lebih penting bagi mereka selain daripada menghormati ibu bapanya. Ibu bapa sememangnya mahu anak-anak menunaikan tanggungjawab dengan memenuhi hak ibu bapa mereka itu. Sebagai anak, kita harus tahu adab sopan dan nilai budi pekerti yang tinggi dengan ibu bapa.

  Hormat bukan sekadar tunduk ketika berjalan dihadapan ibu bapa, tetapi merangkumi segala adab dan perilaku. Antaranya seperti adab memasuki bilik ibu bapa. Ini cukup penting kerana bilik merupakan tempat mereka berehat. Dalam Islam telah digariskan syarat tertentu bagi anak-anak untuk masuk ke dalam bilik ibu bapa seperti minta izin dulu sebelum masuk.....

Tiga waktu yang diwajibkan oleh syariat seorang anak perlu meminta izik jika ingin masik ke dalam bilik ibu bapa:

1. Sebelum Subuh

Merupakan waktu persendirian ibu bapa. Inilah masa peribadi mereka berdua dan kurang bersedia untuk bersama anak.

2. Sebelum Waktu Zuhur

Disebut juga sebagai waktu ''quilulah''.
Waktu ini mungkin ibu bapa sedang berehat dan tidur sebentar atau sedang bersiap-siap untuk solat zuhur. 

3. Selepas Isyak

Biasanya waktu ini ibu bapa sedang bersiap untuk tidur atau sedang bersantai

 Menjadi Anak yang Berperibadi Cemerlang

Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila anaknya berjaya dengan cemerlang? Kecemerlangan dalam sahsiah diri lebih hebat dan kekal berbanding kecemerlangan akademik. Namun alangkah bagusnya bagi seorang anak yang memiliki kedua-duanya sekali .Salah satu cara menggembirakan hati ibu bapa adalah dengan memantapkan diri untuk menjadi seorang yang berperibadi baik dan cemerlang.

Sabda Rasullullah saw, maksudnya :

''Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hambab pada hari kiamat selain daripada akhlak yang mulia.'' (Riwayat Abu Daud)

Anak yang soleh dan solehah tidak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Dia tidak akan lupa untuk menunaikan ibadah tidak kira di mana sahaja dia berada. Dia membuktikan dalam kehidupannya bahawa dia mengenal mana yang halal dan haram. Anak ini juga sentiasa beramal untuk kebaikan dirinya dan ibu bapanya. Hati ibu bapa akan gembira jika anaknya jelas tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba di sisi Allah swt.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-An'am ayat 162 yang bermaksud :

''Sesungguhnya solatku,  dan ibadahku , hudupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara sekalian alam.

Sama-samalah kita menjadi anak yang sentiasa menggembirakan hati kedua ibu bapa kita...
wasalam....  
  






Rabu, 15 Jun 2011

Alangkah Manisnya....

ALANGKAH MANISNYA
Alangkah manisnya…..
Ibu dan abah tak sabar menanti,
Kandungan yang sarat di jaga rapi,
Makan dam minum di cari resepi,
Supaya lahirku cantik berseri,
Ibu biasanya cuma goyang kaki,
Semua yang diminta abah bagi,
Nenek pula tak henti-henti,
Beri petua itu dan ini.

Alangkah manisnya…..
Di hospital mewah bertingkat-tingkat
Turut berkumpul kaum kerabat
Beri tunjuk ajar dan kata nasihat
Pada abah yang tidak berhenti berkawad
Aku menjerit abah melompat
Seronok anaknya serba cukup sifat.

Alangkah manisnya…
Aku dibelai bagai permata,
Emak dan abah bercekang mata,
Membuat susu malam-malam buta,
Buaian di henjut sepanjang masa,
Apatah lagi time aku mengada,
Emak pula semuanya main oder.

Alangkah manisnya…..
Bila di bangku sekolah rendah,
Pergi balik dengan kereta mewah,
Bekalan ku bawa dari rumah,
Duit saku pula memang tak kalah,
Di kantin makanan melimpah  ruah,
Dari yang kering sampai yang basah,
Bersih tak bersih tak jadi masalah.

Alangkah manisnya…..
Setelah masuk alam remaja,
Pergi sekolah tapi tuisyen tetaplah ada,
Begitu juga peluang untuk bercinta-cinta,
Eleh…bukan susah nak mengorat anak dara,
Asalkan kita pandai buat cerita.

Alangkah manisnya…..
Kerja menunggu merata-rata,
Belum habis study dah dapat offer,
Gaji semuanya main empat angka,
Elaun dan bonus belum di kira,
Diberi pula secretary jelita,
Pendeknya lebih tengok dia,
Dari tengok kerja.

Alangkah manisnya….
Makanan segera brmacam-macam jenama,
Jenis biasa sampai makanan istimewa,
Iklan tv dari pagi sampai malam buta,
Tak henti-henti ajak kita merasa,
Tepuk dada tanyalah selera,
Tak makan di rumah di luar semata,
Anak bini punyalah suka,
Tak ada tunai…kad kredit ada!!!

Alangkah manisnya….
Sesekali pergi berjumpa pakar,
Lulusan tempatan bukannya luar,
Layanan di terima tak pernah hampar,
Jururawat sentiasa tersemyum lebar,
Doktoe memerikasa cermat dan sabar,
Mencari-cari sendi-sendi yang dah longgor,
Selalunya masa tu hatiku berdebar,
Nafasku pula selalunya kasar.

Alangkah tak manisnya …
Umur dua puluhan belum pun habis,
Dah di bagi ubat berjenis-jenis,
Doktor berkata dengan senyum manis,
Semua ubat itu aku tak boleh miss,
Kena pantang benda bertumis,
Dari kentang hingga ke ikan bilis,
Last sekali doktor bagi list :
Glukos                  29.7
Karbohidrat        4200
Kolesterol           35liter
Tekana darah     450-580 !!

Sahlah aku dah kena penyakit kencing manis !!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...