Selasa, 24 Mei 2011

Betul Ke Wahai Wanita???



siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini
...

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai


cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkanlelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramaiperempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nakjaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramaikat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya denganjanji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sangguprosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak dibawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebihutama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang katperempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelakitu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorangperempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikankita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuandikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuandi belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelakidi belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang limawaktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dantaat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melaluimana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatifyg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasankan?

Ahad, 22 Mei 2011

10 Pesanan Imam Shafie

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara: 
>Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
>Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
>Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
>Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
>Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
>Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
>Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
>Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
>Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
>Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

HIJAB ITU INDAH



PENGENALAN
Skop isu yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan isu hijab, kerana isu ini masih relevan untuk diperkatakan. Islam menjaga kehormatan wanita dengan mewujudkan satu sistem hijab yang merangkumi antara lain garis panduan pakaian menutup aurat dan menjaga pandangan dan batas-batas pergaulan untuk mengatur interaksi antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat. Hijab dari segi bahasa ialah benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia adalah kata terbitan daripada kata akar ''ha-ja-ba'' yang bermakna untuk tudung, untuk tutup, untuk tadbir dan untk melindungi. Hijab dari segi istilah @ syarak ialah seluruh pakaian sopan bagi wanita Islam, hijab juga boleh diertikan sebagai skarft kepala atau sejenis tutup kepala yang mana kain berbentuk segi empat segi dilipat menjadi tiga segi, kemudian diletakkan diatas kepala dan diketatkan di bawah dagu,ini adalah cara terkini yang paling biasa digunakan oleh wanita masa kini. Pepatah melayu ada menyebut ''wanita yabg berpakaian sopan umpama mutiara di dalam cengkerang''

Perihal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah dalam surah An Nur ayat 31 bermaksud:

“ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka…..”


Dalam ayat yang terkandung dalam Surah An-Nur ini, diperintahkan kepada wanita Islam untuk menutup aurat. Di dalam ayat di atas juga terkandung tatasusila pemakaian hijab bagi muslimah iaitu hendaklah menutup kepala dengan tudung. Perintah hijab juga terkandung di dalam Surah al-Ahzab ayat 53. Berhijab merupakan tuntutan Islam yang wajib disempurnakan oleh setiap umat islam sebagai tanda kepatuhan kita kepada segala arahan Allah S.W.T. Selain ditakrifkan sebagai tudung, hijab ialah berpakaian menutup tubuh sepenuhnya kecuali muka dan tangan dengan pakaian yang longgar, tidak jarang atau nipis. Hijab juga merupakan peringatan terhadap perhambaan diri kepada Allah yang Maha Esa serta memakai pakaian secara sopan sebagai perisai bagi menjaga kehormatan diri.

PENINDASAN KEPADA WANITA BERHIJAB


Tahukah wanita Islam, bahawa di Barat, tudung atau hijab dianggap sebagai simbol penindasan dan merendahkan martabat wanita? Wanita Islam dilihat sebagai tertindas dan tidak bebas dengan mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat. Tetapi, Barat tidak tahu bahawa Islam tidak pernah menindas mana-mana gender, baik lelaki mahupun wanita. Wanita Islam sebenarnya tidak ditindas oleh agama dan masyarakat Islam tetapi tertindas dan dipinggirkan oleh masyarakat Barat sendiri.


REALITI DI MALAYSIA


Negara Malaysia tidak terlepas daripada penindasan terhadap golongan wanita berhijab ini. Realiti yang berlaku ialah golongan ini didiskriminasikan di dalam sektor pekerjaan. Kita boleh lihat apabila wanita bertudung memohon kerja di bidang perhotelan, penyiaran dan di sektor-sektor swasta seringkali ditolak permohonannya dengan alasan mereka bertudung. Situasi ini berlaku apabila seorang guru di sebuah sekolah agama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang di Pahang yang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka (Utusan Malaysia, 25 Februari 2006).

Begitu juga nasib seorang wanita, Habsah Jaafar yang telah dibuang kerja oleh majikannya, Hotel Renaissance. Alasannya kerana wanita itu tidak dibenarkan bertudung semasa bekerja (Utusan Malaysia 27 Februari 2006).


Kita boleh lihat dalam konteks Malaysia, sesetengah masyarakat kita lebih mementingkan wanita yang berpakaian seksi berbanding mereka yang menutup aurat seperti yang berlaku kepada pramugari dan lain-lain lagi. Namun yang musykilnya ialah mengapa mereka meletakkan kaum lelaki (pramugara) dengan pakaian menutup aurat. Mengapa tidak sahaja diwajibkan dengan memakai seluar pendek?! Jelaslah bahawa manusia sudah tidak tahu erti batasan aurat yang perlu diperjuangkan. Hal ini perlu dikaji dan diteliti, pihak-pihak bukan kerajaan pula perlu menggesa pihak berkuasa untuk merubah etika pemakaian di samping menghapuskan diskriminasi terhadap wanita di dalam sektor pekerjaan. Hal ini bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Exco Peguam Syarie Malaysia, Nur Hidayah Muhd Hashim di dalam rencananya di Berita Harian bulan Februari 2008. Beliau menyatakan bahawa Malaysia berdepan dengan beberapa permasalahan membabitkan kod berpakaian tidak membenarkan wanita Islam memakai pakaian sopan menutup aurat seperti dilaksanakan beberapa syarikat besar di negara ini. Contohnya, syarikat penerbangan tambang murah yang terkenal mensyaratkan pakaian yang sopan untuk pekerja lelaki, tetapi sangat terdedah, sendat dengan skirt pendek yang tidak bersesuaian nilai ketimuran bagi pekerja wanitanya.


MASALAH DAN CABARAN TERHADAP WANITA BERHIJAB


Apabila melihat isu wanita berhijab ini, mereka seringkali dikaitkan dengan keganasan. Adakah perkara ini benar? Barat seringkali dengan sewenang-wenangnya melabelkan seseorang itu tanpa hujah dan hanya berlandaskan emosi dan hawa nafsu. Kita boleh lihat juga contoh yang lain di mana Barat menggelarkan Islam sebagai terroris sedangkan Islam menganjurkan umatnya keamanan dan kasih sayang. Bagaimanakah dengan berhijab boleh melakukan keganasan? Tudung bukan simbol penindasan kepada wanita. Walaupun dari segi rasionalnya, pemakaian tudung melambangkan nilai kemuliaan dan kehormatan, Islam memandang dan meletakkan nilai tudung lebih daripada yang disarankan oleh agama lain.


Ini kerana tudung dalam konteks Islam telah terkandung di dalam al-Quran dan pemakaiannya bukan sekadar sebagai hiasan kepala.Apa yang boleh kita perhatikan ialah mereka yang memakai hijab ini dikurniakan hidayah Allah dan bagaimana mungkin mereka boleh bertindak di luat batasan. Namun tidak dinafikan bahawa wanita berhijab ini juga seringkali memaparkan akhlak yang kurang menyenangkan. Ini adalah cabaran kepada mereka yang berhijab.

 SALAH FAHAM TENTANG HIJAB

Situasi di Malaysia pada zaman sekarang melibatkan kesalahfahaman yang terjadi akibat ceteknya ilmu pengetahuan dalam masalah hijab atau aurat wanita Islam. Mereka telah menyempitkan konsep hijab kepada sehelai kain semata-mata, sedangkan konsep hijab itu sangat luas merangkumi dalaman dan luaran. Mereka menyangka dengan berhijab mereka sudah menutup aurat sedangkan pakaian mereka masih ketat dan pendek, seluar singkat dan sebagainya. Mereka harus sedar akan konsep menutup aurat bukan sahaja terletak hanya menutup kepala sahaja malah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kesedaran ini perlu diberikan kepada wanita – wanita Islam di luar sana supaya mereka jelas tentang konsep menutup aurat di dalam Islam. Seharusnya mereka tidak patut memalukan golongan yang bertudung dengan melakukan perkara sebegini! Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 

Jika kita mahu memperincikan salah faham tersebut, kita boleh bahagikan kepada 14jenis salah faham dan ia adalah pemandangan yang biasa kita lihat di tempat awam atau kenderaan awam :

1. Mengenakan tudung atau baju kebarung atau baju kebaya yang kainnya terbelah malah sendat.
2. Mengenakan tudung tetapi memakai baju t-shirt atau kemeja lengan pendek
3. Mengenakan tudung, memakai baju t-shirt atau kemeja lengan panjang tetapi lengan bajunya dilipat
4.Mengenakan tudung tetapi menddedahkan jambul atau hujung rambutnya
5. Mengenakan tudung tetapi hujung tudungnya dilempar atau dipinkan ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya daripada ditutup oleh tudung
6. Mengenakan tudung tetapi kain tudungnya singkat, atas paras dada menampakkan benjolan buah dada
7. Mengenakan tudung tetapi kain tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya
8.Berseluar sama ada seluar slack atau jean tetapi seluarnya ketat dan menampakkan bentuk dan potongan kaki, terutamanya pinggang, pinggul dan peha
9. Berbaju kemeja, tetapi kemeja yang dipakai singkat dan ketat. Kain kemeja itu tidak menutup atau melabuhkan sehingga menutup bahagian kemaluan depan atau belakang
10. Berbaju t-shirt dan berlengan pendek serta menampakkan lengan dan siku
11.Memakai baju kurung yang sangat ketat, menampakkan bentuk badan, menampakkan pinggangnyang langsing, bahagian dada yang dipersempitkan dan warna warni yang cukup menarik perhatian
12. Memakai skirt singkat menampakkan betis dan sesetengahnya suka memakai skirt terbelah yang boleh kelihatan bahagian dalaman apabila duduk didalam bas @ komuter misalnya.
13.Menutup aurat dengan lengkapm tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
14.Menutup aurat dengan lengkap tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasar raya dan tempat-tempat lain.

Pemandangan-pemandangan di atas menunjukkan pelakunya tidak memahami apa makna Islam yang di anuti. Apa makna suruhan menutup aurat tang merangkumi luaran dan dalaman. Kita mempunyai pengetahuan agama sahaja tetapi tidak faham berlandaskan tatatertib agama, tidak membawa apa-apa erti sebenarnya. Jika tidak, tidaklah berlaku dan didedahkan di mana-mana ada wanita bertudung litup tetapi mulutnya jahat dan hatinya juga jahat.
Syaitan yang nampak atau tidak nampak, dalam usaha menggoda manusia memiliki pelbagai cara dan strategi. Strategi yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita. Dia terus berusaha agr manusia keluar daripada landasan yang ditentukan oleh syarak, termasuk melepaskan hijab atau pakaian Muslimah

Masyarakat hari ini kebanyakkannya melihat wanita yang berhijab ini tidak mampu ke hadapan dan tidak boleh menempatkan diri di dalam perkara-perkara tertentu. Contohnya masyarakat memandang wanita berhijab tidak boleh aktif bersukan. Andaian ini adalah tidak benar sama sekali kerana wanita Islam mampu bersaing di persada antarabangsa. Ruqaya al-Ghasara, pemenang Pingat Emas 200m Sukan Asia Doha 2006 menyatakan bahawa memakai hijab tidak menghalang beliau di dalam bidang sukan malah ia telah menggalakkannya. Oleh itu, kita perlu mengubah persepsi masyarakat yang melihat bahawa wanita berhijab tidak mampu menceburi dan menguasai bidang sukan.


Penghayatan pemakaian tudung mengikut syarak oleh wanita Islam di Malaysia amat kurang. Sudah menjadi trend di Malaysia bahawa mereka melihat pemakaian hijab sebagai satu fesyen, bukan lagi satu tuntutan.Teliti dan hayati suruhan Allah dalam surah An-Nur, ayat 31:
“....dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada..”


KESIMPULAN


Umat Islam perlu mengubah mentalitinya yang memandang bahawa Islam tidak mampu mencapai kemajuan dengan berhijab. Menurut Khalif Muammar (2007) di dalam artikelnya “ Pembangunan Semula Tamadun Islam: Halangan dan Cabarannya Dalam Konteks Alam Melayu” menyatakan bahawa mentaliti hamba adalah halangan yang besar dalam usaha memajukan suatu bangsa. Adalah suatu yang lumrah suatu bangsa yang terjajah memiliki kepercayaan terhadap diri yang rendah.


Pembangunan semula tamadun Islam menuntut wanita Islam yang berhijab supaya merubah watak mereka, daripada watak yang pasrah, takut dan berjiwa hamba kepada watak yang kritis, bebas dan berani melakukan perubahan.


Kita perlu menghalang ilmuan diabolik ( perwatakan ala iblis/ jahat) ini daripada melakukan penindasan terhadap golongan wanita Islam. Cadangan Khalif Muammar (2007) agar projek pencerahan dan pemerkasaan minda dan jiwa umat Islam perlu dilakukan secara besar-besaran. Bermula dengan ilmu dan diiukuti dengan amal, semua pihak perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing; tanggungjawab ilmuawan yang tercerahkan ( enlightened scholars ) untuk menyedarkan dan membimbing masyarakat ; tanggungjawab masyarakat untuk mengikuti dan mendukung; dan tanggungjawab pemerintah untuk pemerintah untuk mendengar dan melaksakan. Besarlah harapan semoga wanita Islam terus terbela daripada penindasan.


Justeru, usaha yang berterusan diperlukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam yang kurang pengetahuan tentang konsep hijab dan pemakaian menurut Islam. Dalam kes sebegini, kita mendesak pihak kerajaan dapat memberi teguran dan NGO yang mengetengahkan isu hak asasi manusia wajib berlaku adil dengan memberi bantuan serta sokongan kepada isu beramal dengan ajaran Islam termasuk memberi sokongan moral terhadap isu wanita mualaf, juga isu tudung di negara Turki.

Sabtu, 21 Mei 2011

Tautan Hati Mekar Bersemi Ukhuwwah Terbentuk Antara Kami...

sayang semua...

my sibling's..love u forever

tautan hati mekar bersemi antara kami...

love u always...kak dyll, kak tiqa & myzra

love u all...

sebahagian my family di sana

my sibling's at sabah...love u forever

kami 1 fmly...we take care me always..tq

srikandi-srikandi sisma...my sibling's

me & adik-adik comel

 bersama belia-belia abim sabah


Assalamualaikum wth...
 ku panjat kan kesyukuran yang tidak terhingga kepada anugerah Ilahi yang telah diberikan buat diriku serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabat baginda.
Alhamdulillah masih di pnjgkan usiaku utk menghirup angin segar d pagi hari ini, terima kasih Ilahi kerana masih memanjangkan usiaku.
Masa berlalu dgn pantas tanpa sedar rupa-rupanya sudah sethn jgk aku merantau ke bumi sbh.

Banyak pengalaman pahit, manis yang ku alami di sana
suasana panorama menghijau di kanan kiriku apabila duduk di jendela di hostel di UMS saban pagi melihat lukisan alam ciptaan Allah...sgt-sgt indah tidak tergambar dgn kata-kata...Subhanaallah..Allahuakbar.

Permulaan tautan hati mekar bersemi ukhuwwah terbentuk antaraku dgn mereka
siapa mereka tu? mereka adalah insan-insan yang ku sygi semakin hari semakin syg, mereka mengajar aku erti kehidupan ini y sebenarnya. Hidup di bumi asing y tidak pernah d jejaki adalah cbrn buat diriku sendiri, akan tetapi kuasa Allah y mempertemukan diriku dgn mereka membuatkn diriku sentiasa gembira bersama-sama mereka.
Terima kasih ats segala-galanya kpd fmlyku di sana terutamanya....
Sosiologi & Antropologi Sosial fmly y berbilng etnik dtg drpd pelbagai ngri yg ada d bumi Malaysia ini, pelbagai bhs ada d dlm keluarga ini
Ansos Family

terima kasih ats segala-galanya...

terutamanya abim sabah family serta sisma sabah family atas segala tunjuk ajar yang diberikan selama ini, pengalaman bersama-sama tidak akan pernah dilupakan, tunjuk ajar terutama dlm perkongsian usrah, kem kepimpinan, rehlah bersama-sama, gurau senda @ mengolok, bhs-bhs meraputisme yang selalu di pakai menjadi pengikat hadiah ukhuwwah yang telah diberikan...
semoga di doakan semua sentiasa sihat walafiat untuk meneruskan perjuangan pada hari-hari seterusnya.
utk sisma sabah...slmt menjlnkan tugas masing-masing, walaupun kita tahu yang
" Selangkah ke dalam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan. Biarlah terluka kecewa ditinggalkan kerana ALLAH, daripada mati terkambus tanpa MUJAHADAH... kita tak sanggup selamanya terluka tapi ingatlah...Setiap titisan DARAH dari luka dan airmata itulah mahar kita ke SYURGA... Bila di tanya kenapa berjuang itu pahit?.. jawapannya adalah kerana SYURGA itu manis.. Tabahlah dalam perjuangan di jalannya."...^__^
tetapi kita perlu menjadi seperti ini
♥♫♥♫♥♫♥♥q✿r♫m♥❤❤ SEINDAH PERJUANGAN ❤❤♥q✿r♫m♥♥♫♥♫♥♫♥
Seandainya ada 1000 orang pejuang Islam, biarlah salah seorangnya KITA.
Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, jadikan diantaranya adalah KITA.
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, jua jadikan ada KITA.
Seandainya ada 1 orang pejuang Islam, pastikan itu KITA.
♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥q✿r♫m♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥

Buat kak Khairun Nisaa' terima kasih kak ats segala tunjuk ajr serta nasihatnya...hope akak bahagia di samping keluarga di Terengganu...Jemput-jemput dtg Sbh lagi...
Buat Kak Jihan selamat berulang alik dr KL ke Sbh krn ada permata hatinya di Sbh nie...slmt berkursus di KL & cpt-cpt pulang ke Sbh semula...
Buat Kak Ayuz...terima kasih semuanya selalu blnje mkn, bg tunjuk ajr, bg nasihat...& thnks jgk kak sbb tu hr sambut my birthday secara mengejut...
Buat Jubaidah, Siti, Farah, Ain, & Kasmayana,  terima kasih sbb selalu bg mira ceria bile dtg pjbt selalu
Myzra, Najwa, Zima, Seha, Nisaa terima kasih krn sentiasa bersama-sama walau di mana shj,semua adik-adik kak mira yang best & sporting...syg semua sekali...
Buat Hilmie & Zuhdi, tidak akan berhenti gelak ketawa semua org kalau kamu ckp bhs-bhs yg meraputisme
Yasir, Wahid, Firdaus, Razmi, Hamsa, Shafee @ Apeng...semua kaki mengusik...semoga semua sihat sentiasa & gembira selalu
Buat Dr. Abdullah, Pak cik Manap, Pak Cik Zikri, Abg Basri, Abg Najal, Abg Salim, Abg Mizpal serta semua fmly besar abim sabah terima kasih ats perkongsian ilmu y tlh diberikan kpd kami semua yang muda-muda nie..
Buat shbt-shbt dr Team KYS & MASTER SKILL slmt dtg ke dlm fmly nie...
Buat semua warga Surau Nur E-man, Kolej Kediaman E,UMS terima kasih jgk segala tunjuk ajrnya
Buat semua kakak-kakak senior y dikenali terima kasih juga ats segala tunjuk ajar y di berikan sama ada secara langsung @ tidak langsung
Buat roomate  A1-1-6-3 (Kak Jenifer,Kak Patrecia & Kak Masnah terima kasih juga)
Buat semua shbt-shbt terima kasih juga kpd Su'aidah,Norhalijah,Siti Adibah. Norizan, Naimah, Azmira, Mawiyah, Atiqah, serta lain-lain... Syg semua...terima kasih ats hadiah Ukhuwwah yg di berikan...Wasalam











Ahad, 15 Mei 2011

Pemergianmu di Rasai....

Tidak dapatku menahan sebak ketika diri nie hampir-hampir rebah apabila di khabarkan dirimu telah pergi 

selama-lamanya menyahut panggilan Ilahi

Arwah selalu dtg memberikan nasihat

setiap patah bicaramu menjadi kekuatan diriku agr bertahan d perantauan

demi mencari ilmu serta mengejar cita-cita untuk memenuhi tuntutan masa kini.

walaupun ku tidak selalu dapat menelefon mu bertanya khabar akan kesihatanmu

ketika hayatmu di kandung badan tapi aku tetap 

sentiasa

mendoakan kesihatanmu sentiasa baik walau ku tahu kadang-kadang sakit peningmu yang diriku d khbarkan

oleh mak long,ibu serta ibu2 saudaraku yang lain tetap merunsingkan hatiku.

Jika sebelum ini kepulangan serta keberangkatan diriku ke bumi sabah untuk menuntut ilmu akan menerima 

kucupan serta peluk cium darimu tapi kepulanganku selepas ini tidak akan ada lagi lambaian,ungkapan 

kata-kata semangat kerana dirimu telah kembali ke pangkuan Ilahi sebelum aku sempat menatap wajahmu 

buat kali terakhir...

Ku mendoakan agar arwahyarhamah moyangku (HAJAH JURIAH BINTI SALI) tenang serta di 

tempatkan di kalangan orang-orang yang 

solehah...amin...al-Fatihah...

arwah moyangku di papah oleh mak long

kenangan terakhir bersama arwah ketika majlis perkahwinan pakcikku disember 2010 lepas bersama adik beradik perempuan ibuku

arwah moyangku

kenangan terakhir

 

arwah bersama my uncle

arwah bersama my aunty

dalam ingatan
kenangan muhaimin bersama arwah buyut,ibu abh serta nenek...hari nie 16 mei 2011 genap setahun usia muhaimin,moga jd ank y soleh muhaimin

kenangan kami sekeluarga

Jumaat, 13 Mei 2011

Bakal Pemilik Cintaku...

Bakal Pemilik Cintaku

Bakal Pemilik Cintaku
Ya Allah andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua Namun andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Dikau berikan kepadaku..
 

HADIAH UKHUWWAH

hadiah teristimewa untuk semua yang mengenali diriku...
nikmat ukhwah yang lazat berkrim(^_^)

saudaraku,ukhuwwah itu menjana bahagia...
biarpun dengan linangan airmata
kerana ukhuwwah itu dibina atas asas iman kepada Allah Yang Maha Esa
(Pencipta kita,sumber kebahagiaan kita, tempat pergantungan kita lebih daripada kita menyayangi diri sendiri)

Dengan ukhuwwah kita diikat erat dengan aqidah yang sama,
Disegarkan dengan kefahaman siapa hamba, siapa Pencipta
Disuburkan dengan perjuangan untuk hidup dan mati dengan penuh makna,

saudaraku,serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada
dan setinggi-tinggi ukhuwwah adalah ithar-mengutamakan orang lain dari diri sendiri

Justeru bukan semua kemesraan adalah ukhuwwah kerana bukan semua kemesraan dibina atas dasar iman
Hanya jiwa yang disegarkan dengan iman bisa membentuk manusia yang sanggup berlapang dada
dan mengutamakan orang lain
Bersyukurlah saudaraku dengan hadiah ukhuwwah ini (^_^)
sesungguhnya ia anugerah!

"'segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati-hati kami,
maka dengan nikmatNya jadilah kami bersaudara" (^_^)

Semoga kita selalu mengigati hadith 13 :

''seseorang di antara kamu tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai
saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"
(Bukhari & Muslim)
Bukankah nikmat yang paling kita harapkan untuk diri kita ialah redhaNya?
Maka itu jualah yang diharapkan untukmu saudaraku(^_^)
Saudaraku(^_^)

''Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, di bawa bersama hati saudaranya, justeru setiap pahala yang di dapat sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya'

kerana nikmat yang paling kita harapkan untuk diri kita sendiri ialah nikmat hidup dan mati dalam iman kepadaNya 
Maka itu jualah yang kita harapkan untuk sahabat-sahabat kita (^_^)ana
Saudaraku, orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhwah kerana Allah...
akan merasakan kebahagiaan dan ketenangan yang tak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan duniawi...kerana asasnya indah, justeru hadiahnya juga indah!

Allah malah telah menjanjikan bahawa syurga dan naungannya untuk mereka yang bertemu dan berpisah keranaNya!!!
Ya...hanya kerananya
Justeru saudaraku,
Jika kita tidak bertemu lagi selepas ini,semoga Allah pertemukan kita lagi di syurga nanti(^_^)



~ Wanita idaman lelaki ~

♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Wanita idaman lelaki ialah,
yang hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,
yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,

Wanita idaman lelaki ialah,
wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak pernah membazirkan waktu,
matanya kepenatan kerana penat menimba ilmu,
suaranya lesu kerana lidahnya tak henti memuji dan mengingatiMU,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunnya Subuh penuh penghayatan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh keinsafan,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang sempurna,
meneruskan perjuangan Islam sebelum tibanya Kiamat,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah mahligai impiannya,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya....



♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Ahad, 1 Mei 2011

Dakwah Solat

Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.


Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.
“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.
“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.
Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.
“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.
Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.
Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.
Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.
Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.
Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.
“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.
“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”
“Permintaan apa itu wahai tuan?”
“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.
“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.
“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.
“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“Benar Tuan Syeikh”
"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.
Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.
“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.
“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.
Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.
Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”
“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”
“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.
“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.
“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”
“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”
“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.
“Ya benar Tuan.”
“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.
Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.
Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.
Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.
Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.
Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.
“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.
“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”
“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.
“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”
Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.
“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.
“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.
“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.
“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.
Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.
Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.
Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.

nukilan asal : Syazwani Abd Rahim (www.iluvislam.com)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...