Selasa, 1 Januari 2013

Pulau Banggi, Kudat, Sabah

Assalamualaikum wth....

berfikir sejenak tentang kehidupan... kadang-kadang kita dah selesa hidup yang serba serbi mudah, ke destinasi ke destinasi yang lain senang sebab banyak kenderaan ada motor, kereta, bas, monorel dan macam-macam. Tapi bagaimana mereka yang tinggal jauh di pedalaman? hanya mampu di kunjungi dengan feri sahaja...

sedikit penjelajahan saya ke Pulau Banggi, Kudat Sabah Oktober 2012 selama 3 hari 2 malam di bulan raya haji, pegi pulau nie pun sebab nak wat servay tentang penduduk islam yang berada di pulau ini kerana sy  & sahabat mahu buat program mendekati penduduk kampung pedalaman dengan program IQRA (pengenalan kpd islam) melalui program Islamic Information Centre ABIM Sabah.. sebelum buat program terpaksa buat tinjauan dahulu keadaan kampung serta kemudahan yang ada di kampung ini bagi memudahkan kelancaran program. Semoga masyarakat islam di Pulau ini akan memahami kehidupan islam yang sebenar bukan hanya pada nama sahaja. insyaallah program follow up akan diteruskan daripada semasa ke semasa. Pulau nie bukan pulau peranginan yang popular macam pulau 3 seperti yang terkenal di sabah tapi pulau yang didiami oleh penduduk, panorama yang indah lautan yang membiru mempesonakan mata yang memandang.

sedikit tatapan gambar tentang penjelajahan kami membuat servay tentang Pulau Banggi... jauh perjalanan luas pemandangan. Wasalam....

terminal feri Kudat utk berlepas ke Pulau Banggi

di dalam feri dari Terminal  Feri Kudat ke Pulau Banggi

Panorama sekitar jeti Pulau Banggi

Projek pembanggunan perumahan yang sdg di jalankan

keadaan kampung

Dengar taklimat tentang khasiat air bawah tanah drpd shbt kami ahli geologi

jalan utama yang perlu di redah

singgah sebentar melihat panorama pantai

kenderaan kami berbenam dalam lopak air

merasai kesejukan air sungai

berunding harga tambang nak ke kampung sebelah, boleh guna perahu je nak sampai

temuramah ketua kampung tentang keadaan kampung

jeti pulau Banggi

ringan tulang gotong-royong cuci pinggan selepas majlis korban

pengangkutan utama untuk cepat sampai dari 1 kampung ke 1 kampung di Pulau Banggi, lalu jalan darat boleh jgk tp mengambil masa yang agak lama daripada bot

Keadaan surau yang daif

kami terpaksa jalan kaki ikut jalan pantai utk ke jeti

temuramah bersama ketua kampung

bersama keluarga angkat yang sudi terima kunjungan kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...