Ahad, 1 Januari 2012

Cinta Diam-Diam (Bahagian Akhir)

Tubuhku masih hangat di pelukannya. Tidak berenggang sedikit pun. Bahuku basah dengan tangisan halusnya. Perlahan-lahan ku renggangkan pelukan sahabatku itu, ku kalih wajahnya.

“Apa pula masalahmu kini sahabat?” Ku kesat air matanya yang masih bersisa.

Beberapa ketika dulu, dia pernah mendatangi aku juga dengan tangisan, tangisan yang ku rasai ada duka di dalamnya. Namun kini, ada kelainan pada alunan tangisannya.

“Solehah.. ? Kenapa? ” tangisannya sudah mereda tanpa senduan. Soalanku dibiar sepi seperti dulu juga.

Tanpa jawapan, diriku ditarik untuk duduk di kerusi berdekatan kami berdiri. Kerusi yang menghadap tasik itu hanya muat-muat untuk kami berdua.

Masih menanti bicara, ku biar sahabatku itu mencari kata untuk memulakan. Hanya helaan nafasnya kedengaran dan sesekali ada kocakan halus kedengaran dari tasik, ikan sedang bermain-main gembira barangkali. Subhanallah. Aku tersenyum bahagia melihat indahnya ciptaan Allah di hadapanku, semua serba sempurna.

Ah. Terlupa pula, mari kita kembali ke kisah sahabat ‘emo’ ku ini. Sahabatku memandang aku kini. Huh. Cuak seketika aku.

“Nur, ingat lagi kisah yang pernah saya ceritakan dulu?”

Aku senyum. Kisah dulu? Masakan aku lupa, kisah itu yang membuatkan banyak merenung dan berfikir.

“Ingat, ingat.. kenapa?” Tiba-tiba dia senyum. Manis sekali.

“Kenapa? Kenapa?” aku bagai tidak sabar-sabar dengan kisahnya.

“Hehe…Nur ni.. sabarlah. ” Solehah ketawa kecil melihat keletah ku bagai anak kecil yang tidak sabar.

“Allah.. maaf-maaf. Hehe.. ” Aku tersipu kemaluan.

“Hmmm..! Alhamdulillah. Nur, tengok ni… ” Sahabatku itu menghulur tangan kanannya kepada ku. Aku menggapai jari-jemarinya, dan aku perasan sesuatu.

Cincin! Cincin belah rotan! Aku kembali pandang wajah sahabatku itu. Allah, berserinya wajahnya!

“Cincin… mm, sampai hati Solehah tak bagitahu saya, Solehah dah kahwin.. ” aku cebik merajuk.

“Nur… saya tak kahwin lagi lah. Ni baru tunang. ” Sahabatku itu menarik tanganku tanda pujuk.

“Tunang?? Dengan siapa? ” aku lupakan rajukanku, ada sesuatu yang lebih menarik minatku.

“Hmm. Inilah yang mahu saya ceritakan cik Nur.. ” Sahabatku senyum. Allah, manisnya! Aku menanti lagi bicaranya.

“Nur, doa yang kamu ajar saya dulu, alhamdulillah saya amal setiap hari. Saya baca pagi dan petang, siang dan malam.” Aku mengingat kembali doa itu dalam hati,

“Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”

Sahabatku menyambung lagi, “Ingat lagi pada pemuda yang saya minat itu? ”

Aku cuba mengoyak cerita dulu, memanggil memori tentang pemuda itu. Alhamdulillah, ingat!

“Ye, ingat, ingat.. Solehah tunang dengan dia ke?” Huh. Laju saja aku menyimpulkan kisah.

Sahabatku gelak. Manis-manis wajahnya kelihatan pabila lesung pipi kanannya terserlah. Ah, aku jadi jatuh cinta dengan keindahan ciptaan Allah ini.

“Nur ni..saya tak habis cerita lagi. Comel lah Nur ni. ” Heh. Aku kemaluan lagi. Senyum.

“Alhamdulillah, setelah kisah saya dulu, setelah tangisan dan senduan saya kamu dengari, dengan izin Allah, saya jadi makin kuat. Syukur. Saya redha atas apa yang telah, sedang mahupun akan saya lalui. Allah berikan kekuatan yang sangat hebat. ”

Sahabatku memandangku dengan cinta. Aku senyum lega.

“Sebulan selepas kisah itu, saya terima kad undangan. Kamu tahu? Kad itu dari pemuda yang saya minati. ”

Sepi seketika.

“Saya tidak sedih. Malah saya cukup gembira. ” Kegembiraan sahabatku memang kelihatan tidak menipu. Aku turut gembira.

“Kemudian?” Aku memecah keheningan kisah sahabatku. Terlalu beremosi aku kira.

“Kemudian? Sebulan selepas itu, keluarga saya menerima rombongan. ” Ku lihat sahabatku mengusap-usap cincin di jari manisnya. Ada garis bahagia diwajahnya. Subhanallah.

“Rombongan? Meminang? Siapa?” laju lagi pertanyaan ku. Bertubi-tubi sungguh.

“Yup. Rombongan meminang. Hmm. inilah cerita yang mahu saya kisahkan pada kamu. Inilah kisah yang membuat saya memeluk kamu dengan tangisan.. ” akhirnya sahabatku membongkar tembok kebingungan ku. Aku menghela nafas panjang.

Alahai. Lama kami bermain kata, baru kini sahabatku mahu berkisah? Solehah, Solehah..

“Saya benar-benar terkejut dengan kehadiran rombongan itu. Sungguh, saya tidak tahu siapa dan dari mana datangnya rombongan itu. ”

Aku menjadi teruja dengan kisah sahabatku.

“Ayah dan mama saya juga tidak tahu. Mereka juga tercengang-cengang. ” Solehah menambah kesuspenan cerita hidupnya.

“Kamu tahu Nur… saya tak sangka. Cinta diam-diam saya pada pemuda itu yang menemui kesedihan dan saya pernah kecewa hanyalah sekadar setahun dua. Padahal, pada masa yang sama, saya tak sedar, rupa-rupanya, saya juga sedang dicintai diam-diam oleh seorang pemuda selama bertahun-tahun lamanya. Subhanallah.”

Kelu lidahku. Allah!

Sahabatku menyambung ceritera lagi,

“Rupa-rupanya, rombongan meminang itu daripada sahabat sekolah saya suatu ketika dulu. Pemuda itu adalah senior di sekolah saya, dan saya kurang mengenali dia pada zaman persekolahan. Cumanya, kami dalam persatuan yang sama dan dia mengenali saya. Sejak daripada sekolah, dia meminati saya diam-diam.”

Allah. Aku makin teruja.

“Alhamdulillah. Dia begitu bersungguh, dia berusaha mencari saya dan terus meminang saya. Syukur, Allah membuka hati saya, mengizinkan saya untuk melangkah ke bahtera perkahwinan bersama dia. Saya terima pinangannya, dan inshaAllah, minggu depan saya bergelar isterinya. ” serentak dengan itu, Solehah menghulurkan kad undangan perkahwinannya kepadaku.

Allahuakbar. Huluran kad itu aku sambut dengan segenap kesyukuran.

“Alhamdulillah. Maha Hebat dan telitiNya Allah dalam percaturan hidup ini. SesungguhNya Allah mendengar rintihan hamba-hambaNya. ”

“Betul tu Nur.. Allah terlalu teliti. Saya ingatkan saya akan kecewa dan dulu saya seakan berputus harap.. tapi Allah tak biarkan saya, Allah kejutkan saya daripada kesedihan berpanjangan. Allah mengirimkan seorang pemuda yang InshaAllah lebih baik daripada pemuda yang saya minati itu. Allah. Allah terlalu sayang kepada hamba-hambaNya. ”

Aku gembira mendengar luahan sahabatku. Aku terlalu gembira. Aku terlalu gembira untuk sahabatku. Aku peluk dia dengan penuh kasih.

“Semoga Allah menjadikan kamu isteri yang benar-benar solehah sahabatku. ” aku kucup pipinya dalam-dalam. Ah, cinta benar aku padanya.

“InshaAllah Nur. Terima kasih kerana mendukungi saya di saat saya memerlukan teman. Semoga Allah juga mengirimkan suami yang soleh buat dirimu. ”

Allah.. tidak cukup rasanya ungkapan kecintaan buatMu. Engkau terlalu baik ya Allah. Engkau kirimkan ujian buat sahabatku kerana pada akhirnya Engkau mahu menghadiahkan keindahan buat dirinya.

Allah. Kisah cinta diam-diam punya ajaib di sebaliknya.

Sungguh. Aku terus dengan keterujaanku.

Kerana itu, kami kekal milik Allah.

Senyum. ^^

Dari meja penulis:
~ kisah ini adalah rekaan realiti yang mungkin akan terjadi dalam kehidupan kita sendiri mahupun sahabat-sahabat disekeliling , ada yang menyamai kisah benar kehidupan sahabat-sahabat saya sendiri, ada juga yang ditambah untuk mengindahkan cerita.
~ kisah ini adalah untuk pengajaran, teladan dan hiburan untuk semua yang membaca.

~ sedikit perkongsian untuk sahabat:

:: maniskanlah wajah dan selalu memberikan senyuman kepada sesama saudara :

Wasiat Imam al-Bukhari: “Senyum adalah sedekah yang paling mudah tetapi mempunyai timbangan yang berat, sehinggakan ianya menjadi salah satu sifat Rasulullah SAW.”

:: muliakanlah sahabat, muliakan tetamu yang mendatangi kita :

Imam al-Ghazali mewasiatkan: “Islam mendidik kita agar memuliakan dan menghormati tetamu. Ini kerana tetamu datang membawa rezeki dan apabila pulang menghapuskan dosa-dosa kita.”

:: bersabarlah dengan hidup yang penuh perjuangan ini :

“Nilai sebuah perjuangan itu ialah apabila engkau memilih sesuatu yang kau inginkan, kau harus menuju kepadanya walau sesukar manapun langkahmu, walau di hadapan ada onak duri yg tajam kuatkanlah langkah, pasakkan azam tanpa menoleh ke belakang hingga kau berjaya mendapatkan hajatmu itu meski nyawamu melayang sebelum berada tepat pada impian itu" ^^

:: jadilah hamba Allah yang syakur kerana ramai manusia mudah menjadi manusia yang ‘syakir’ ( pandai berterima kasih ), namun sangat sukar untuk menjadi manusia yang ‘syakur’ ( benar-benar bersyukur ) :

“Dan sedikit sekali dari hamba-hamba KU yang benar-benar bersyukur.” ( Saba’ ayat 13 )

:: Doa Nabi ALLAH Sulaiman a.s ini patut kita amalkan agar ALLAH SWT terus mengurniakan kita kemampuan untuk bersyukur, juga dikurniakan hikmah dan kebijaksanaan untuk menjadi hamba-hambaNYA yang benar-benar bersyukur :

Maksudnya : “Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “”Ya TUHANku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-MU yang telah ENGKAU anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang ENGKAU redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam golongan hamba-hamba-MU yang soleh.” ( An Nahl ayat 19 )

:: Akhir entri:

Teruskan cari ilmu ya..ilmu itu dinamik sifatnya, ia seharusnya mendekatkan diri kita pada Allah dan kebenaran. Dan jangan kita taasub dengan sesuatu ilmu, ia mungkin salah, mungkin betul atau mungkin ada huraian dan penambahan lain. Maka, semakin berilmu, semakin merendah hati..bukan semakin meremehkan orang. ^^

nota cinta diam-diam: Saya juga ada memendam rasa cinta saya. Anda bagaimana? (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...