Ahad, 21 Ogos 2011

Belia Dekati Ummat - Sinar Ramadhan 1432 Hijrah (Part 2)

Assalamualaikum wth...
Salam Ramadhan Kareem....
Alhamdulillah di bulan yang mulia ini dapat lagi berpeluang membuat amal jariah dengan meneruskan siri kedua Belia Dekati Ummat-Sinar Ramadhan 1432 Hijrah anjuran  Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor dengan kerjasama Skuad Prihatin ABIM Johor beserta team SAVOC (Proton Savy Owners Club) Region Selatan pada 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432 Hijrah (Sabtu)

 Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad

 Sebelum ini dalam siri pertama Pihak sekretariat Khidmat Masyarakat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Batu Pahat dengan kerjasama skuad Prihatin ABIM Johor telah mengadakan satu program bertajuk “BELIA DEKATI UMMAT 2011 -SINAR RAMADAN 1432H” di 5 sekolah terpilih pada 16 Ogos 2011 / 16 Ramadhan (Selasa). Dalam program ini pihak SKM ABIM BP telah menyerahkan sumbangan dalam bentuk tunai kepada 61 pelajar bagi mewakili keluarga masing-masing di beberapa sekolah di sekitar DUN Parit Raja dan DUN Semarang dengan bertujuan untuk menceriakan anak-anak yang kurang bernasib baik menyambut kedatangan syawal yang bakal menjelma agar mereka dapt membeli sedikit persiapan di hari raya kelak. 

Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat ini dianggotai oleh golongan profesional (kerajaan dan swasta), pelajar sekolah dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta daripada seluruh negara yang berasal daripada Batu Pahat, Johor. SKM ABIM BP giat  melaksanakan pelbagai kerja kemanusiaan & kesukarelawanan seperti gotong royong, membantu mangsa banjir, menziarahi dan membantu asnaf (orang miskin, mualaf, fisabililah dan anak yatim), bersama bekas penagih dadah, program motivasi, ekpedisi menaiki gunung dan bertemu pemimpin masyarakat di sekitar Batu Pahat serta lawatan antarabangsa untuk membina jaringan agar dipermudahkan menjalankan program-program berbentuk kemasyarakatan. Selain itu SKM ABIM BP berperanan sebagai pemudah cara untuk menbantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan sebarang bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab..

Dalam siri kedua SKM ABIM Batu Pahat telah diteruskan dengan mendekati 11 keluarga kurang berkemampuan serta ibu tunggal di Kampung Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor untuk menyelami serba sedikit kehidupan para ibu tunggal di kampung tersebut seterusnya memberikan sedikit sumbangan berbentuk barangan dapur seperti beras (1 keluarga sekampit beras) untuk meringankan sedikit beban keluarga yang kurang bernasib baik menjelang Aidilfitri nanti. Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras adalah salah satu program tahunan Skuad Prihatin ABIM Johor yang masuk tahun ke-6 dijalankan pada 1432 Hijrah ini. Team Sekretariat Khidmat Masyarakat yang bernaung di bawah ABIM Cawangan Batu Pahat telah bekerjasama dengan team Skuad Prihatin ABIM Johor untuk mengenal pasti keluarga yang kurang berkemampuan untuk diberikan sumbangan sempena Ramadhan pada tahun ini. Majlis Penyerahan Sekampit Beras telah dilancarkan oleh Ketua Operasi Skuad Prihatin ABIM Johor Saudara Mohd Azammuddin bin Ahmad Miskam bersama Pengerusi Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor Saudara Mohd Azlan bin Mohd Sharif kepada Pengerusi Jawatankuasa Kampung & Masjid Tuan Haji Jufri sebagai acara simbolik penyerahan sumbangan beras kepada 11 keluarga yang kurang bernasib baik di kampung tersebut. Semoga usaha sebegini dapat di teruskan pada masa akan datang

Sebelum sampai ke Masjid Jamek Kampung Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor team Skuad Prihatin ABIM Johor bersama team SAVOC ( Proton Savy Owners Club) Regoin Selatan telah melakukan misi penyeraham kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras (KSSSB 2011) ke daerah Batu Pahat di 2buah lokasi di Batu Pahat iaitu di Rumah Amal Baitul Hanan serta Maahad Tahfiz Limpon. Diharapkan usaha sebegini akan diteruskan pada masa akan datang, selain dapat turun ke lapangan membantu mereka yang kurang bernasib baik di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini malah dapat juga merapatkan hubungan silaturahim antara sahabat-sahabat seperjuangan dengan sahabat-sahabat baru. Perkongsian pengalaman serta pertukaran idea untuk bekerjasama dalam program-program akan datang dapat dilaksanakan juga dalam masa perkenalan yang singkat. Salam Ukhuwwah Fillah Abadan Abada,syukran atas semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung...Wasalam

Lensa Kamera yang sempat di ambil :












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...