Rabu, 10 Ogos 2011

Anak-Anak RPH Permata Hatiku....Hulurkan Tangan Ringankan Beban...

Assalamualaikum wth...
http://rph-wadah.blogspot.com/

Ahlan Wah Sahlan Ramadhan Kareem....

Kegembiraan kita ketika mula belajar berpuasa sewaktu kecil sehingga hari ini pasti gembira apabila masih berpeluang menyambut Ramadhan serta Aidilfitri yang bakal menjelang bersama keluarga. Tetapi diluar sana masih ada insan-insan kecil yang tidak mempunyai keluarga, mereka menyambut Ramadhan serta Aidilfitri sekadar yang ada. kita yang masih mempunyai ibu ayah serta keluarga pasti meriah apabila dapat berkumpul seisi keluarga ketika makan sahur serta bersungkai (berbuka dlm bahasa sabah). Pertama kali diriku dipertemukan dengan anak-anak yatim Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau, Sabah Februari 2011 yang lepas membuatkan naluri seorang wanita menangis sendirian jauh dilubuk hati melihat keadaan anak-ank kecil ini hidup tanpa keluarga seawal usia 4tahun sehingga 13tahun yang terdiri semuanya lelaki. Apa yang mereka faham tentang erti kehidupan yang penuh dengan liku-liku kehidupan ini. Ya Allah,ku bermohon kepadamu Ya Rabb agar suatu hari nanti ank-anak kecil ini bakal menjadi seorang mujahid yang taat terhadap perintahmu serta menjaga keharmonian Islam di Bumi Sabah di bawah bayu. 

Anak-Anak Rumah Putera Harapan (RPH) Permata Hatiku....

Serba sedikit tentang rumah ini :

Rumah Putera Harapan (RPH) merupakan sebuah rumah perlindungan kanak-kanak terbiar di negeri Sabah khususnya di daerah Ranau. RPH diasaskan oleh NGO Islam dan telah dibuka pada 12 Julai 2008. Kanak-kanak yang membesar tanpa ibu bapa (yatim piatu), kematian salah satu daripanya (yatim), mangsa penceraian dan kemiskinan serta ank-anak mualaf (saudara baru) yang cenderung untuk tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Atas kesedaran ini, badan-badan NGO Islam khususnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah yang terdiri daripada WADAH/ABIM/SISMA Negeri Sabah merasakan betapa nasib kanak-kanak ini perlu dibela dengan menyediakan tempat perlindungan dan menyiapkan pendidikan untuk mereka.
Objektif Penubuhan RPH
  • Memberi perlindungan dan peluang pendidikan kepada kanak-kanak terbiar dan terpinggir dalam pendidikan kerana dibelenggu masalah kemiskinan agar dapat meneruskan pembelajaran dengan sempurna.
  • Memberi pilihan kepada ibu, bapa atau penjaga yang ingin menempatkan anak-anak mereka di tempat tinggal yang lebih selamat dan terjamin di bawah pengurusan yang baik.
  • Memberi bantuan pendidikan dengan mengadakan kelas-kelas tuisyen dan bimbingan yang akan dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah.
Sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini, kami di Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau ingin mengajak saudara saudari yang diberkati Allah sekalian untuk beramal jariah. Anak-anak RPH kini memerlukan beberapa keperluan asas untuk menjalani kehidupan seharian di rumah perlindungan RPH. Bagi memudahkan saudara saudari menderma untuk anak-anak RPH, kami melancarkan dua kempen jariah iaitu:
  1. Ku Damba Kasihmu
  2. Taja Buku Titipkan Ilmu
Kempen Ku Damba Kasihmu adalah untuk mendapatkan dana bagi membeli beberpa keperluan seperti
  1. Tikar getah 
  2. Kerusi
  3. Kain sarong
  4. Bantal 
  5. Juadah berbuka puasa 
  6. Baju raya
Sumbangan ikhlas tuan puan akan diuruskan oleh pihak pengurusan RPH untuk membeli yang lebih penting terlebih dahulu. Sumbangan boleh dimasukkan terus ke akaun RPH

Bank Islam Malaysia Berhad  
Penama: Rumah Putera Harapan, ABIM Negeri Sabah
No Akaun: 10016010066811

atau hubungi Ustaz Sabri (Pengurus RPH Ranau) untuk menghulurkan bantuan wang tunai atau barangan yang tersenarai diatas. +60198993315 | +60198833197 | +6088876296

 

Kempen  Taja Buku Titipkan Ilmu pula adalah untuk mendapatkan sumbangan orang ramai mendermakan buku-buku ilmiah sesuai untuk bacaan remaja dan kanak-kanak. Anak-anak RPH mempunyai banyak masa senggang untuk diisi dengan membaca. Namun buku yang terhad tidak membantu pembesaran minda mereka. Mereka memerlukan lebih banyak bahan bacaan.


Buku-buku yang ingin didermakan boleh lah dihantar ke

Sekretariat ABIM Sabah (Diatas Restoran Sutera Bayu)

No. 28, Tingkat 1
Lorong Grace Square Jalan Pantai Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah  
Tel: 088 212080 
Faks: 088 232237 / 212080

Atau hantar terus ke RPH Ranau;

Rumah Putera Harapan Ranau (Bersebelahan Masjid Daerah Ranau)
Lot No 3, Bangunan Serbaguna Koperasi Bakti
Peti Surat 960,
89308 Ranau Sabah,
Malaysia.
+60198993315 | +60198833197 | +6088876296

                                              Wajah-wajah ceria Anak-Anak RPH









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...