Khamis, 18 Ogos 2011

Belia Dekati Ummat - Sinar Ramadhan 1432 Hijrah

Assalamualaikum wth...
Salam Ramadhan Kareem....
Alhamdulillah di bulan yang mulia ini dapat lagi berpeluang membuat amal jariah dengan mendekati anak-anak yang kurang berkemampuan di 4 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menegah di kawasan tempat kelahiran di parit raja. Program ini diberikan nama Belia Dekati Ummat-Sinar Ramadhan 1432 Hijrah anjuran ABIM Batu Pahat, Johor

 Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

sebenarnya program ini adalah buat julung-julung kalinya di buat pada tahun ini dibawah anjuran Pihak sekretariat Khidmat Masyarakat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Batu Pahat dengan kerjasama skuad Prihatin ABIM Johor telah mengadakan satu program bertajuk “BELIA DEKATI UMMAT 2011 -SINAR RAMADAN 1432H” di 5 sekolah terpilih pada 16 Ogos 2011 / 16 Ramadhan (Selasa). Dalam program ini pihak SKM ABIM BP telah menyerahkan sumbangan dalam bentuk tunai kepada 61 pelajar bagi mewakili keluarga masing-masing di beberapa sekolah di sekitar DUN Parit Raja dan DUN Semarang dengan bertujuan untuk menceriakan anak-anak yang kurang bernasib baik menyambut kedatangan syawal yang bakal menjelma agar mereka dapt membeli sedikit persiapan di hari raya kelak.

 Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat ini dianggotai oleh golongan profesional (kerajaan dan swasta), pelajar sekolah dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta daripada seluruh negara yang berasal daripada Batu Pahat, Johor. SKM ABIM BP giat  melaksanakan pelbagai kerja kemanusiaan & kesukarelawanan seperti gotong royong, membantu mangsa banjir, menziarahi dan membantu asnaf (orang miskin, mualaf, fisabililah dan anak yatim), bersama bekas penagih dadah, program motivasi, ekpedisi menaiki gunung dan bertemu pemimpin masyarakat di sekitar Batu Pahat serta lawatan antarabangsa untuk membina jaringan agar dipermudahkan menjalankan program-program berbentuk kemasyarakatan. Selain itu SKM ABIM BP berperanan sebagai pemudah cara untuk menbantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan sebarang bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab..

Ziarah team SKM ABIM BP ke 5 buah sekolah mendekati 61 orang ank-anak miskin & yatim cukup menyayat hati saya, kerana hasil perbualan ringkas daripada pihak sekolah ada anak-anak ini yang berpotensi untuk mengapai kejayaan dalam peperiksaan kelak tetapi ada juga yang lemah dalam pelajaran seperti lemah dalam penguasaan 3M (menulis, membaca serta mengira). Perhatian yang lebih amat perlu kepada anak-anak ini kerana mereka perlukan sokongan daripada orang-orang yang telah berjaya agar dapat menyuntik semangat mereka untuk turut sama berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang seterusnya dapat mengubah nasib keluarga masing-masing untuk keluar daripada kepompong kemiskinan yang mereka alami. Terdapat juga dalam kalangan ank-ank ini yang mempunyai masalah displin di sekolah serta kerap kali ponteng sekolah kerana kesempitan wang untuk pergi ke sekolah seperti keluarga tiada kenderaan untuk menghantar mereka ke sekolah,nasib anak-anak seperti ini perlu di berikan perhatian oleh masyarakat kerana mereka berpotensi sebagai penerus generasi di masa hadapan untuk memimpin tampok pemerintahan negara.


Sepanjang seharian bersama kawan-kawan mendekati ummat sempat singgah sebentar untuk menziarahi sebuah keluarga yang dhaif kehidupan mereka di air hitam..keluarga ini mempunyai 11 orang isi rumah (9 orang anak ) tetapi anak yang ke-6 difahamkan telah pun diserahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur sewaktu kecil lagi. Menurut cerita,keluarga ini pernah berjumpa dengan anak yang telah diserahkan kepada keluarga angkat setahun yang lepas tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila anak kecil itu yang kini berusia 5 tahun menangis-nangis tidak mahu dekat dengan ibu bapa kandungnya serta abg dan kakaknya,cukup sayu mendengar cerita ini..Keluarga ini tinggal menyewa di sebuah rumah yang pada pemerhatian saya cukup usang dengan dinding sudah terkopak serta bumbung rumah banyak yang bocor serta hanya mempunyai sebuah bilik sahaja dengan kadar sewa RM150 sebulan, pada pandangan saya ketidaksesuaian rumah sebegitu untuk sebuah keluarga besar dengan mempunyai anak bujang serta anak dara yang semakin hari semakin membesar. Apabila menjelajah kesetiap sudut rumah amat tersentuh hati, saya merasakan keluarga ini lena mereka tanpa bertilam hanya tidur diatas lantai sahaja kerana sempat menjengah kebilik mereka tiada sebarang tilam atau pelapik untuk mereka sekeluarga tidur dengan selesa. Ditambah pula dengan si bapa tidak dapat bekerja akibat mengalami kemalangan jalan raya sejak awal tahun 2011 hanya hidup dengan pendapatan ibu menjadi pembantu di gerai kuih & makan dengan kadar pendapatan RM20 sehari tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian malah keluarga ini mempunyai anak kecil seusia 7bulan,sangat menyayat hati melihat kehidupan mereka sekeluarga.


Team SKM ABIM BP sempat menyumbangkan kudrat 4 kerat dengan melaksanakan gotong royong di sekitar rumah berkenaan serta memberikan sedikit kata-kata semangat untuk mereka agar terus tabah mengharungi kehidupan serta menasihati keluarga ini agar tidak mengabaikan pelajaran anak-anak walaupun kehidupan mereka sangat dhaif dan susah, sedikit cenderamata di sampaikan oleh wakil SKM ABIM BP ynag diketuai oleh pengerusi sekretariat khidmat masyarakat ABIM cawangan Batu Pahat, Johor kepada keluarga ini berbentuk tilam serta jam dinding bagi menceriakna keluarga ini. Diharapkan program-program sebegini akan berterusan pada masa akan datang...Sekian


Lensa Kamera yang sempat di ambil


sebahagian team sekretariat khidmat masyarakat ABIM cawangan Batu Pahat, Johor yang terdiri daripada bekas ketua pelajar SMK Tun Ismail, mahasiswa & mahasiswi daripada Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
pemberian sumbangan duit rayadi sampaikan oleh en. Faizul Amin Anuar Setiausaha Perbendaharaan ABIM Batu Pahat, Johor

pemberian sumbangan di sampaikan oleh en. Mohd Azlan bin Mohd Sharif Pengerusi Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor

serahan cenderamata daripada pihak Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM cawangan Batu Pahat, Johor kepada guru besar sekolah

bersama anak-anak kecil di Sek Keb Kota Dalam,Ayer Hitam, Johor
Bersama anak-anak kecil di SK Seri Paya, Pt Raja, Batu Pahat, Johor

mengaminkan bacaan doa di Sek Keb Seri paya
pembersihan di dapur rumah asnaf

pembersihan di hadapan pintu rumah asnaf

pembersihan di ruang tamu rumah asnaf

gotong royong melipat baju di rumah asnaf
pemberian sumbangan kepada pelajar SMK Tun Ismail, Pt Raja, Batu Pahat, Johor

ucapan penghargaan & terima kasih daripada guru penolong kanan sesi petang SMK Tun Ismail (En. Boimin bin Abd Kadir) kepada delegasi Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor ats keprihatinan yang diberikan kepada para pelajar miskin di sekolah ini

pemberian cenderamata daripada pihak sekretariat khidmat masyarakat ABIM cawangan Batu Pahat, Johor kepada pihak sekolah SMK Tun Ismail, Batu Pahat, Johor

ucapan dari tuan pengerusi Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Batu Pahat di SMK Tun Ismail sempena program Belia Dekati Ummat-Sinar Ramadhan 1432 Hijrah

sedang memberikan sepatah dua kata  dihadapan pelajar SMK Tun Ismail bekas sekolah menegah dahulu thn 2003-2009

bersama dengan keluarga asnaf


sebahagian team Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor yang terdiri daripada golongan profesional, mahasiswa & mahasiswi seluruh negara serta pelajar sekolah sekitar Batu Pahat, Johor

liputan daripada Akhbar Sinar Harian edisi Johor 23 Ogos 2011 (selasa) tentang aktiviti Sekretariat Khidmat Masyarakat ABIM Cawangan Batu Pahat, Johor berkenaan program BELIA DEKATI UMMAT-SINAR RAMADHAN 1432 HIJRAH
Nukilan : Noor Amira Diana Binti Jalani
Sekretariat Khidmat Masyarakat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Batu Pahat, Johor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...