Selasa, 5 April 2011

Hidup Umpama Bunga Sakura

bunga sakura,
waktu hidupmu hanya sementara,
namun tetap mengindah semekar-mekarnya,

kerana kau tahu jangka waktumu,
terlalu singkat ianya sementara,
waktu diberi tidak dibunag sia-sia,

manusia tidakkah kau sedar,
bahawa hidupmu laksana bunga sakura,
yang hanya tumbuh pada musim semi,
yang hanya hidup dengan waktu yang singkat?

namun ingin aku bertanya pada dirimu,
tidakkah kau ambil pelajaran daripadanya,
dari kemekaran bunga sakura,
menjadikan masa hidupnya semekar-mekarnya,
bagaimana pula dengan kita?

tidakkah kau memikirkan,
sesungguhnya pada penciptaan langit & bumi.
ada tanda peringatan untuk kita.
laksana bunga sakura pada hidupnya,
agar kita mengambil pelajaran.
bahawa hidup ini ada waktunya,
waktu yang ditentukan oleh Yang Maha Kuasa,
mekarkanlah waktu itu semekar-mekarnya,
agar tetap mekar di akhirat sana.
(idea asal: fakhrullah ibn mawardi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...