Jumaat, 22 Jun 2012

Muktamar Sanawi Kali ke-2 SISMA SABAH

Assalamualaikum wth...

Hari hari penting buat fmly sisma sabah...21 Jun 2012 bersamaan 1 Syaaban 1433 Hijrah... Kami bermuktamar utk perlantikan kepimpinan qiyaadah sisma bagi sesi 2012/2013 perlantikan berdasarkan syura telah dibuat sebelum muktamar melalui pra-syura, barisan kepimpinaan dgn rasa rendah diri menerima keputusan mutlak syura ats beberapa pelantikan yg telah ditaklifkan kepada diri. Sabah The Real Battle Zone...Allahuakbar!!!

Ucapan dasar dari Pengerusi SISMA SABAH SESI 2011/2012 oleh saudara Mohd Kamaluyasir Mansor meruntun hati-hati barisan kepimpinan serta ahli-ahli keluarga sisma sendiri yg tertajuk
"PEMUDA DAN KEPEMUDAAN-TONGGAK PEMERKASAAN AL-MUFLIHUN"

sedikit petikan daripada ucapan dasar

Dalam tradisi Islam perkataan tarbiyah, ta’alim dan ta’adib yang bererti pendidikan, pembelajaran dan pembentukan budi pekerti, telah digunakan sejak awal lagi. Sebenarnya penggunaan ketiga-tiga istilah bahasa Arab tersebut sekali gus menggambarkan bahawa pendidikan Islam merangkumi ketiga-tiga dimensi penting dalam kehidupan manusia iaitu pembentukan jasmani, pembentukan intelektual dan pembentukan rohani. Hai ini ditentukan oleh pandangan hidup Islam atau Islamic World-View. Namun demikian, dasar-dasar umum tersebut perlu dikembang dan dianalisis untuk menjadikannya suatu sistem yang konkrit dan nyata. Usaha pengembangan dan penganalisian itu sesungguhnya memerlukan kemampuan intelek yang tinggi di mana ia adalah ciri penting kepemudaan yang perlu ada pada kader SISMA. Kepentingan kefahaman terhadap agama itu menjadi kunci keberdayaan penggerak SISMA dalam mendepani hari-hari sebagai seorang daie. Hal ini berkait terus antara hubungan kita dengan Rabbul Jalil, hubungan sesama manusia dan hubungan antara alam.

Tanpa ilmu pengetahuan manusia tidak dapat membangunkan tamadun, ilmu adalah rukun utama membangunkan tamadun insaniah yang sihat. Jatuh bangunnya sesuatu tamadun banyak berpunca darpada faktor ilmu yang terdapat dalam tamadun tersebut. SISMA yang menekankan budaya ilmu haruslah menjadi pemangkin dan pendorong terhadap usaha dan idealisme perjuangan hakiki demi menegakkan agama Allah di bumi Sabah ini. Rata-rata masyarakat pendalaman yang kehausan asas-asas ilmu agama mengharapkan kita bagi mengisi sedikit kekosongan di dadanya. Biar ramai antara kita yang bukan berlatar belakangkan pendidikan khususnya agama, ahli SISMA sepatutnya menjadi daie multi-knowledge iaitu pendakwah yang menguasai segenap aspek bidang tertentu.


Usrah adalah medan yang hidup untuk ahli-ahli SISMA bekerjasama untuk melaksanakan dan menghayati Islam. Ia mengikat diantara satu sama lain dengan ukhuwwah dam saling tolong-menolong dan boleh dipimpin melalui usrah ini. Melalui 3 rukun usrah iaitu ta’aruf, tafahum dan tajaful, sepatutnya ia menjadi panduan dalam menjaga ukhuwwah fillah antara ahli dan bukan hanya omongan kosong tanpa hasil. Rasa rendah hati, berjiwa besar serta meraikan kelainan dan telatah sahabat adalah sifat yang perlu ada pada setiap ahli bagi menjaga hubungan demi Allah. Sifat pentingkan diri sendiri mesti dikikis sebelum ia terus merenggangkan jurang antara ahli SISMA. Saudara-saudari mestilah berusaha bersungguh-sungguh supaya tidak ada apa-apa yang boleh mengeruhkan perhubungan ukhuwwah itu. Firman Allah :
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. “ Al-Hujurat (49:10)
Semangat bertindak secara berjamaah juga menjadi tuntutan. Tanpa tindakan secara jama’i, gerakan Islam menjadi huru-hara dan tidak dapat menjalankan peranannya dengan baik. Amal jama’i hendaklah diamalkan disetiap peringkat tugasan bertepatan dengan budaya kepimpinan ABIM A to Z Leadership. Perancangan kerja boleh dibuat kalangan ahli dalam pertemuan-pertemuan usrah dan musyawarah. Allah SWT berfirman :
“ Sesungguhnya Allah menyukai orang0orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. “ Ash-Shaff (61:4)

Islam yang melambangkan keindahan adab, budi pekerti dan akhlak islami mestilah menjadi amalan penganutnya terutama ahli harakah yang sering menjadi tumpuan dan rujukan tidak kurang menjadi bahan fitnah oleh musuh Islam. Ikhtilat dalam pergerakan Islam adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap orang yang terlibat secara langsung dalam pergerakan Islam tidak kira siapa dan apa pun jawatan dia. Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam dan sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. SISMA juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam harakah adalah taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan adalah perhubungan yang dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi dan bukan perkongsian ilmu serta kepakaran, maka tenggelamlah konsep “ kerja tetap kerja, peribadi adalah peribadi ”. ada juga, kononya beralasan hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah “ cinta “ walaupun pada zahirnya seakan-akan kita melihat mereka saling mengambil berat. Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan Allah, sedangkan mereka sudah terjerumus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah kita perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah dan batas pergaulan dalam bekerja seperti menjaga pandangan, mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sentiasa menundukkan hati. Firman Allah :
“ Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman. Hendaklah mereka menahan pandangannya & memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat, Katakanlah kepada wanita yang beriman. Hendaklah mereka menahan pandangannya & kemaluannya. “ An-Nuur (24:30-31)
Sabda Ar-Rasul
“ Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat & menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga & tidak akan mencium baunya “ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Barisan Kepimpinan Qiyadah Siswazah Muda Abim (SISMA) Sabah sesi 2012/2013

Pengerusi                                    : Nurazimah binti Bongoh
Timbalan Pengerusi 1                : Mohd Falah bin Zahri
Timbalan Pengerusi 2 (HEWI) : Noor Amira Diana binti Jalani
Setiausaha                                  : Nurhamiezrah binti Midin
Bendahari                                   : Farawahida binti Mohd Abdul Hakim

Exco-exco

Dakwah & Tarbiyah : Nor Diana binti Murni
Latihan & Pembangunan : Siti Nursazwani binti Roslan
Keusahawanan : Anisa Syuhaila binti Rasman
Perhubungan & Antarabangsa : Nazmi bin Alias
Tugas-tugas Khas : Najwa binti Haris
Penerangan & dokumentasi : Nor Liyana binti Damanhuri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...