Isnin, 20 Jun 2011

GEMBIRAKAN HATI IBU & AYAH BAHAGIAN 2

 

GEMBIRAKAN HATI IBU & AYAH BAHAGIAN 2

Peribadi yang hebat dan cemerlang sering dinilai oleh orang lain melalui penampilan diri. Jadi gembirakan hati ibu bapa dengan mementingkan etika Islam dalam berpakaian. Pakai pakaian yang menutup aurat dan boleh memelihara maruah diri.
Hati ibu bapa akan tenang dan gembira untuk melepaskan anak ke mana sahaja apabila mereka bijak menjaga penampilan dan kehormatan diri dan keluarganya.

TUTUR KATA LAMBANG KESANTUNAN

Selain itu, cara bercakap juga melambangkan peribadi seseorang. Maksudnya, anak-anak perlu memeastikan dia berkomunikasi dengan bahasa yang sopan dan menunjukkan bahawa dia hormati orang lain. Hibungan yang hebat terjaga antara si anak dengan Allah SWT akan terlahir dalam halus dan sopannyaa dalam hubungan dia dengan orang lain.

BENTUK-BENTUK AKHLAK

Akhlak dengan Allah

·         Mengenal Allah dengan yakin
·         Merasakan kebesaran Allah
·         Berasa takut dengan seksaan Allah
·         Berasa sentiasa diawasi Allah
·         Berasa rendah diri terhadap Allah
·         Redha dengan setiap takdir dan ketentuan-Nya
·         Sabar dengan ijian Allah
·         Mencintai Allah lebih daripada yang lain dan selalu mengharapkan rahmat-Nya
·         Tawakal dengan Allah dan mengharapkan rahmat-Nya
·         Rindu kepada syurga dan pertemuannya dengan Allah

Akhlak sesama Manusia

·         Mencintai manusia sebagaimana mencintai dirinya sendiri
·         Berasa gembira dengan kegembiraannya begitu pula apabila bersedih
·         Mengharap kebaikan buatnya dan berdoa agar dijauhkan daripada bencana
·         Benci terhadap kejahatannya tetapi kasihan terhadapnya dam menasihatinya
·         Kebaikannya ditiru, kejelikannya diperbaiki dan dirahsiakan
·         Mengenang jasa dam membalasnya kerana Allah
·         Memaafkannya dan sanggup meminta maaf
·         Berlapang dada dan bersangka baik dengan manusia


ANDAI MEREKA SUDAH TIADA

                Doa anak yang soleh dan solehah akan menjadi teman yang paling menggembirakan ibu bapa di alam barzakh selain sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Setiap ketika ibu bapa ternanti-nanti hadirnya doa anak soleh dan anak solehah. Bukannya harta kebendaan dan kemewahan yang diharapkan oleh ibu bapa.
                Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

                ‘’Apabila telah mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya’’ (Riwayat Muslim)

GEMBIRAKAN IBU BAPA DI ALAM KUBUR

                Jika ibu bapa sudah tiada, mungkin ada anak-nak yang berfikir, tiada lagi runag dan peluang untuk menggembirakan ibu bapa. Jangan kecilkan dan hadkan skop menggembirakan ibu bapa hanya semasa mereka masih hidup. Anak-anak boleh:
·         Memperbanyakkan istighfar dan berdoa untuk mereka
·         Bersedekah
·         Membayar segala hutang piutang
·         Melaksanakan semua wasiat yang mereka tinggalkan selagi wasiat tersebut tidak bercanggah dengan hokum syarak
·         Menghubungkan silaturrahim dengan teman-teman dan kaum kerabat serta orang kesayangan ibu bapa.

RINGKASAN TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

·         Apabila ibu bapa memanggil, anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
·         Anak di larang memanggil ibu bapanya dengan panggilan nama.
·         Bercakap dengan ibu bapa dengan gelaran yang mulia.
·         Anak-anak perlu berbicara dengan lemah lembut terhadap ibu bapa, jangan sesekali mengasarinya tau berlaku biadab.
·         Sentiasa merendahkan diri suara apabila bercakap dengan mereka.
·         Apabila ibu bapa menyuruh melakukan sesuatu, maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selagi suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.
·         Apabila berjalan bersama mereka, anak harus berada di belakangnya.
·         Apabila ibu bapa memerlukan layanan, maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat, walaupun kadang-kadang ibu bapa tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya.
·         Sentiasa merendah diri apabila berada di hadapan ibu bapa dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
·         Apabila hendak keluar rumah atau ke mana sahaja, beritahu ibu bapa dan mintak izin terlebih dahulu
·         Jangan masuk ke dalam bilik ibu bapa sebelum meminta izin terlebih dahulu.
·         Apabila mereka memarahi atau memukul kita , terimalah sebagai hukuman dan jangan menunjukkan sikap kebencian atau marah kita kepada mereka.
·         Apabila  ibu bapa memerlukan makanan dan pakaian, maka anak harus menyediakan sekadar kemampuan.
·         Setiap kali kita telah membuatkan mereka berasa sedih tau dukacita, segera menyesal atas ketelanjuran tersebut serta segera memohon maaf.
·         Jika kita sedang solat sunat, tiba-tiba ibu atau bapa memanggil, berhenti solat dan sahut seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
·         Jangan terlalu melebihkan isteri atau anak-anak daripada kedua-dua org tua.
Anak-anak mestilah rela terhadap ibu bapa sebagaimana dia rela terhadap dirinya sendiri. Setiap kali berdoa, doakan keampunan Allah untuk ibu bapa dan berusaha dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan diri sendiri.
Jika ibu bapa telah meninggal dunia, maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka. Bayar hutang piutang yang masih ada dan sambung silaturrahim serta hormati sahabat-sahabat kedua-dua ibu bapa. Jika mereka ada meninggalkan wasiat, tunaikan wasiat mengikut kemampuan kita…wasalam

Sumber asal : solusi isu 32
               



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...