Definisi Usrah
Usrah bermaksud keluarga
keluarga yang wujud oleh pertalian aqidah, idealisme, perjuangan, kesedaran tentang persamaan hasil serta keazaman untuk mengorak langkah yang selaras menumpaskan halangan-halangan dari dalam mahupun luaran untuk meningkatkan jiwa insan ke arah memahami & menghayati ISLAM.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Hendaklah kamu nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran & nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran"
3 Rukun Usrah
1. Ta'aruf (berkenal-kenalan)
- berkenal-kenalan di antara satu sama lain untuk mengeratkan hubungan persaudaraan
- hendaklah berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama Allah, menyedari serta memahami pengertian hakikat ukhuwwah (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara-saudara sendiri
- menimbulkan sefahaman sesama anggota di dalam beramal & bertindak
- memelihara nasib rakan seperjuangan supaya tiada yang terbiar & terlantar
Keluarga besar WADAH-ABIM-SISMA
Muktamar SISMA SABAH kali pertama 20 November 2011 |
Multaqo' 3 GENERASI (WADAH-ABIM-SISMA) & Pelancaran Pengkisahan Sejarah 30thn ABIM SABAH 11 Mac 2012 |
'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.
Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan