NASI AMBENG
Bahan Utama
1. Nasi putih- masak mcm biasa
ya!
Urap kacang panjang + pucuk
ubi
Segenggam pucuk ubi-rebus dan toskan
secekak kacang
panjang
segenggam taugeh
kelapa parut muda
bawang merah
bawang
putih
ikan bilis
lada basah & cili padi
Daun cekur
garam
Cara-cara
1.tumbuk lada basah,cili padi,bwg merah,bwg putih,ikan
bilis hingga lumat.
2.tumiskan bhn2 yg tlh ditumbuk hingga naik
bau.
4.masukkan kelapa parut muda.Tambah garam & gaul rata hingga
kelapa masak.
5.masukkan kacang panjang,pucuk ubi & taugeh serta
hirisan daun cekur.
SERUNDING
KELAPA
Bahan-bahannya:
1 biji kelapa diparut -ambil yang putih
sahaja
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 batang
serai
sedikit udang kering @ikan bilis
1 sudu jintan manis
1 sudu
ketumbar
sedikit air asam jawa
garam
gula merah
Sedikit serbuk
kunyit
Cara-caranya:
Kisar bawang putih,bawang merah, serai, udang
kering, jintan manis dan ketumbar
gaulkan bahan kisar, air asam garam dan
gula serta serbuk kunyit dengan kelapa.
Panaskan minyak..goreng kelapa tadi
hingga kering.
SAMBAL GORENG
JAWA
2 bungkus tempe dipotong dadu. kemudian digoreng.
asingkan
2 ketul tahu dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
2 biji
kentang dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
kacang panjang dipotong
serong
soo hoon dan tauhu kering direndam
3 biji bawang besar. dihiris
halus
4 ulas bawang putih. dihiris halus
3 biji lada besar dihiris. boleh
tambah cili padi sukakan pedas
Ikan bilis (nak tambah udang segar pun boleh
jugak)
serbuk lada sulah
Cara-cara
1.goreng bawang besar,
bawang putih,ikan bilis, lada besar yg sudah dihiris. dan garam secukup
rase
2.kacau hingga naik bau & agak layu bawang2 tadi dan kemudian
masukkan udang
tabur serbuk lada sulah dan kacau
3.kemudian masukkan
kacang panjang.
pastikan sayur tidak terlalu masak. masukkan tempe, kentang,
tauhu yg sudah digoreng. kacau lagi.
4.last skali masukkan soh hoon dan
tahu kering.
jika ingin rasa yg berlemak boleh masukkan santan. gaul hingga
kering.
boleh juga ditambah sayur lain spt carrot, kobis. boleh juga dicampur
kicap. sambal goreng adalah menu wajib dalam nasi ambang.
AYAM KICAP JAWA
1 ekor
ayam-potong2-goreng 1/2 masak
5 biji bawang merah-kisar
3 ulas bawang
putih-kisar
1/2 in halia-kisar
1 sudu besar lada boh
1 bawang
besar-potong bulat
2 cili merah
1 serai-ketuk
kicap secukupnya
1/2
mangkuk santan pekat
kayu manis, cengkih, pelaga n bunga lawang
tumis
rempah tumis,lada boh dan bahan kisar, hingga wangi. masukkan serai n cili
merah. masukkan kicap, gaul rata. masukkan ayam n gaul rata. masukkan santan,
didihkan..biar sekejap, angkat.
Mee
goreng
1 peket mee kuning
1 biji bawang besar-hiris
2 ulas
bawang putih-hiris
2 biji lada basah-hiris
ikan bilis
secukupnya
kicap,garam dan gula
sedikit sawi dan
taugeh
cara-caranya
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga naik bau
kemudian masukkan kicap pekat sedikit,garam dan gula serta sawi.gaul rata
kemudian masukkan mee kuning ..goreng hingga masak.Akhir sekali masukkan
taugeh
Bila lauk pauk dah siap..letakkan daun pisang dlm dulang kemudian
letak nasi (4 bahagian) diikuti dgn lauk pauk juga 4 bahagian.NAsi Ambeng ni
makanan tradisi Jawa yg amat popular time kenduri kendara..ada sesetengah
kampung ..kenduri kawen pun disajikan nasi ambeng..tapi paling syok nasi ambeng
ni di bulan syaaban..kalau dok perkampungan yg majoritinya masyarakat Jawa,
boleh dikatakan setiap rumah yg buat kenduri arwah tu menyajikan nasi ambeng
Mak saya kata lau mak mertua lalu pun tak kan nampak nie
..orang jawa dulu2..masa prepare nasi ambeng ni siap baca doa2 tertenu kemudian
dulang-dulang berisi nasi ambeng ni akan dibawa ke ruang tamu sebelum bacaan
yassin bermula..sebab itulah nasi ambeng dari umah kenduri ni tersangat sedap
sebab sudah dibacakan surah yassin & diaminkan beramai2 ..Sungguh ni
tau!tarak tipu punya..kalau tak percaya pi beli nasi ambeng kat mana-mana pastu
compare dgn yg bawak balik dr kenduri,mesti tak sama sedapnya...hihihi