Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat
Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang
empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara
solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus
berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’
ayat 101 yang bermaksud;
“Dan
apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan
(memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii.
Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la
bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita
perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam
keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi
s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah
yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu
akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua
marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin
mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri
daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah
adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i.
Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh
pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89
kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat
rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا
لله تعال
Sahaja aku solat fardu zohor 2 rakaat qasar kerana Allah Taala )
2.0 Solat Jama
2.1 Takrifan
Solat
Jama’ terbahagi kepada :
i.
Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu
Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu
mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat
Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat
secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan
solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam
tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram
solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib)
berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’
dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat
yang kedua.
2.3 Contoh
Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات
مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardu zohor 4 rakaat dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا
مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardu zohor 2 rakaat dihimpunkan dalam waktu asar tunai kerana Allah Taala.)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات
مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardu zohor 4 rakaat dihimpunkan kepada asat tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا
مجموعا إلى العصر
اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala.)
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan