Ahad, 31 Mac 2013

~DOA HARI LAHIR~

Bissmillahirahmanirahim....

Alhamdulillah pada hari ini 31/3/2013...Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan pd tahun ini yg ke-23. Terima kasih juga untuk rezeki yg Engkau kurniakan. Terima kasih utk setiap cubaan yg Engkau turunkan. Terima kasih utk bakat serta ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap terima walau terkadang aku leka, aku alpa, aku tersilap dan khilaf dalam menafsir makna dalam setiap kurniaan dan dugaaan yang telah Engkau berikan. Namun begitu besar kasihMu... Engkau tetap memberikan serta melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khalid walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu, Jika bukan kepadaMu. kepada siapa lagi yang harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali akan kewujudan ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia meningkat ini yang ku inginkan hanyalah  ketenangan, kekhuyukan utk beridah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina dina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku, bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meneliti tititian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Allah.. semoga dengan pertambahan usiaku ini berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan halangan dan cabaran, jadikanlah aku anak yang solehah yang mampu menyejukkan hati kedua ibu abahku, Engkau peliharalah seluruh ahli keluargaku daripada sebarang musibah kurniaan lah mereka kesihatan yang baik serta murahkan rezeki mereka, jadikanlah adik-adikku anak-anak yang soleh yang mampu menjaga ibuku serta diriku, permudahkan urusan adik-adiku menjadi ketua keluarga selepas kami kehilangan ketua keluarga kami, terima kasih Ya Allah, Engkau telah pinjamkan kami seorang ABAH yang penyayang, seorang yang tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang abah kepada anak-anaknya, seorang abah yang memberikan pendidikan kepada anak-anaknya tentang ilmu dunia dan akhirat...terima kasih Ya Allah aku membesar dengan belaian dan kasih sayang seorang Abah & Ibu yang mementingkan nilai keislaman dalam diri setiap anak-anaknya... Ya Allah aku redha dengan ketentuanMu, tempatkanlah Abahku di dalam kalangan orang-orang yg Soleh walaupun aku tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir. Aku tahu Engkau tidak akan memberikan ujian kepada hambaMu sekiranya hambaMu tidak mampu.

Ya Allah kepadaMu juga aku mengharapkan diberikan aku jodoh yang baik, yang mampu mendekatkan aku kepadaMu, yang mampu mendidikku agar tidak melupakan segala SuruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu, Berikanlah aku kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Berikanlah aku kejayaan di dunia & di akhirat.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Maha Besar..peliharalah aku serta adik-adikku si yatim agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al-Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin...

AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM ABAH TERSAYANG....

Sabtu, 30 Mac 2013

~Terima Kasih Abah~

Assalamualaikum wth...

hari ini 31/3/2013....

              saban tahun tarikh ini akan hadir dalam hidupku selagi aku masih bernyawa di bumi ini... tahun 2013, genap umur ku 23tahun di bumi Allah... tahun pertama aku menyambut tarikh lahirku tanpa kehadiran abah tersyg...tanpa mendgr suara abah...abah telah pergi menghadap pangggilan Ilahi pada 5 mac 2013 yg lalu.... genap 26 hari abah pergi meninggalkan diriku...aku masih merasakan abah seperti ada sentiasa di sampingku walau di mana shj aku berada di bumi Allah, untuk abah anak abah semakin dewasa hari demi hari, semakin menjadi perhatian anak bujang di sekeliling, namun anak abah ini masih belum ada lagi keyakinan untuk mempercayai seorang lelaki sebagai tmpat utk berlindung... tidak ada sesiapa lagi yang boleh menawan hati anak abah ini, abah tetap sentiasa di hati kakak... kakak janji dengan abah, kakak tidak akan abaikan ibu dengan adik-adik, susah senang kakak nak bersama ibu dengan adik-adik...terima kasih abah buat semua pengorbanan yg abah telah buat kakak & adik-adik... buat abah di Sana, kakak doakan abah di tempatkan di kalangan org-org yang soleh... kakak syg abah dunia & akhirat.... moga bertemu di syurga nanti....

AL-FATIHAH BUAT ABAH YG KAKAK SAYANG.....

Isnin, 11 Mac 2013

~BELANGSUNGKAWA ABAH~

5 Mac 2013... 

seperti biasa aku pergi ke kelas sebagai rutin harian, kelas pd hari itu bermula kul 11 pg jadi aku bersiap2 lebih awal utk ke kelas, utk ke kelas perlu menunggu bas ums utk beberapa minit kdngkala di uji dgn bus yg lewat datang, di situ ketabahan menanti bus di uji.. di kelas seperti biasa dgr pensyarah memberikan penerangan tentang silibus kelas tutorial yg akan dipelajari sepanjang 14 minggu, sempat mencabut undi utk soalan pembentangan mengikut giliran. 

tamat waktu kelas kul 11.45 pg...

deringan telepon berbunyi... kring... kring...kring...

Mak Long menelefon aku, agak jarang mak long menelefon ketika hari kuliah...terdetik di hati kecilku... selesai menjawab salam Mak Long mengatakan atok sedaraku mau berckp dgn ku, aku pun izinkan dan mendgr bicara yg dikatakan oleh atok.. atok meminta number pengetua asrama tempat aku tinggal di kampus, aku menerima arahan dgn keadaan bingung "kenapa atok mintak number telepon pengetua asrama nie" monolog di dlm hati & luahkan kpd kwnku di sebelah iaitu naimah...

aku: ima, tadi atok call mira le, die mintak number pengetua, ima agak kenapa ye? xkan dorang risau pasal pencerobohan yg berlaku di lahad datu pulak kan? ums nie ok je keadaan xpayah risau sgt ... persolan terhenti
ima: enth lah mira, agaknya dorang risau kot keadaan kita kt sabah nie
aku: agaknye kot ima ( tp mira hairan le...)

deringan telepon berbunyi lagi...kring..kring...kring...

panggilan telefon drpd pak uda

Pak Uda : Assalamualaikum Mira
Aku : waalaikumsalam wth... Pak Uda... pak uda kat mne nie?
Pak Uda : pak uda kat tmpat kerja nie
Aku : owh... kenapa pak uda?
Pak Uda : abah mira kat mne sekarang?
Aku : abah ada kat rumah lah pak uda, mira ada kat u nie? kenapa pak uda?
Pak Uda : xde pape lah... ok mira jaga diri baik2 tau...assalamualaikum
Aku : waalaikumsalam wth ( hairan dgn keadaan itu tp anggap spt biasa je)

sementara bus datang untuk pergi makan tengah hari di indah permai, sepanjang perjalanan berpikir kenapa mcm pelik je tingkah laku mak long, atok, pak uda nie, tp nk sedapkan hati dorang risau kot pasal suasana di sabah yg pd time itu sedang berlaku berita yg di khbarkan berlaku pencerobohan... aku luahkan pd naimah semua yg aku rasa...

tiba di pekan indah permai...

memulakan langkah utk mencari kedai makan bg menyuap nasi utk menu makan tg hari selepas mkn tg hari bercadang nk ziarah kwnku azmira yg demam chicken pop dh 3 minggu xbaik2 lagi bersma izan & naimah..

di kedai makan

seperti biasa bergilir2 membeli mknn kerana mkn tg hari ala buffet... seperti biasa makan sambil berbual-bual dgn mereka sehingga abiz makan.. sambil mkn telepon berbunyi berkali2 menandakan deringan panggilan masuk utk di jawab, panggilan drpd cik zack bertanyakan tentang number pengetua asmara juga sama spt atok & mak long... bertambah lagi topik perbincangan tentang kepelikan aku menerima panggilan dr mak long, atok & pak uda, serta cik zack mcm mereka risau tentang aku tp x diluahkan.... aku terus sms kwn ku hilmie utk mntk number telefon timbalan pengetua asmara, kerana ak lebih selesa berurusan dgn timbalan pengetua drpd pengetua kolej & lalu berikan number telefon itu kepada cik zack...

meneruskan langkah menziarahi azmira di rumahnya... sambil berjalan dgn naimah menerima panggilan telefon drpd cik zack pulak bertanyakan tentang keadaan aku... aku menjawab aku ok shj baru lepas makan tengah hari, cik zack mengatakan supaya ak tenang & dengar baik2 apa yag ingin ckpkan... aku bersedia mendengarnya...

cik zack : kak mira dgr baik apa yg cik zack nak ckp nie?
aku : ye cik zack, mira dh sedia nak dengar
cik zack : abah kak mira dah xde, die meninggal pagi td kerana sesak nafas mkat rumah
aku: terkedu...diam seribu bahasa lemah rasanya bdn tp tetap gigih berjalan sambil air mata jatuh ke pipi tanpa sedar
cik zack : mira dgr apa cik zack ckp?
aku : ye dgr


cik zack : mira bykkn sabar ye, abah mira dh xde, mira anak yg kuat, semua cik zack dh uruskan dgn timbalan pengetua... nanti timbalan pegetua call mira uruskn tiket balik kampung ye.. jgn telefon rumah dulu, kat rumah tg bersedih....


aku: membisu seribu bahasa dgn berita yg di sampaikan..

cik zack : nanti pape cal cik zack ye... mira kne tabah ye... ( Ya Allah tiada bicara yg dpt di katakan ketika itu)

aku : terus berjurai2 air mata jatuh ke pipi menerima realiti yang sedang berlaku abah telah meninggalkan dunia ini...

di rumah azmira...

lily & azmira menyambut kedatangan kami bertiga tetapi aku tak dpt menahan nangis & terus menangis terus menangis... apabila tenang baru aku ceritakan kepada mereka lily,azmira,naimah & izan tentang berita abahku telah meninggal dunia... Ya Allah ak lemah ketika itu mereka menenangkan aku buat seketika....apabila tenang barulah aku memikirkan jalan utk bertemu dgn pegawai hep ums untuk berurusan pembelian tiket pulang ke semenanjung seperti yag di arahkan oleh timbalan pengetua dalam sms kpdku. 

sepanjang perjalanan aku cuba menahan untuk tidak menangis tetapi air mata jatuh ke pipiku tanpa di pinta, tiada lagi rasanya kekuatan ketika itu namun tetap gagah melangkah menguruskan tiket flight utk pulang ke johor, aku menangis kerana aku sebak aku xdapat lagi menatap wajah abah buat kali terakhir, namun aku pasrah dgn semuaNya yag telah ditentukan...

setelah semua urusan pembelian tiket pulang ke johor selesai di pejabat hep barulah aku gagahkan diri bertemu dgn myzra & hilmie menceritakan tentang berita ini... aku xdapat menahan airmata, aku cerita dengan myzra sambil menangis semahu2nya...hampir rebah ketika itu tp aku bertahan utk terus berdiri & mengambil tempat duduk yg dekat dgn arahku.... menenangkan diri buat seketika dgn berdiam diri.... apabila sudah reda tangisanku aku meminta mereka menghantarku ke airport utk pulang ke johor

Ya Allah berkat ukhuwwah yg terbina di bumi sabah selama 3 thn, sms ucapan takziah & kata2 semangat masuk ke dalam telefonku, ucapan takziah drpd adik beradik uncle2 & aunty2 drpd keluarga besar ABIM Sabah memberikan ku semangat utk kuat sehingga sampai ke destinasi yg di tuju....

flightku dari kota kinabalu ke kuala lumpur pada jam 7.30 mlm, di hantar oleh shbt2 sisma sabah, aku melangkah ke airport dgn keadaan aku redha dgn ketentuan yg telah ditetapkan, aku yakin jenazah abah telah selamat dikebumikan di kampung tanpa menunggu kepulanganku, hanya ku panjatkan doa serta al-Fatihah sepanjang flight dgn juraian air mata tanpa pedulikan org sekeliling... ku kumpulkan semangat utk bertemu ibu & adik2ku serta ahli keluarga yg lain...

tiba di kuala Lumpur jam 10 mlm di ambil oleh uncle ijul serta cik zack sekeluarga... dlm keadaan lesu yang mungkin byk menangis sepanjang dlm flight aku kuatkan diri utk berdepan dgn mereka, kata2 semangat buatkan aku terus mengumpul kekuatan & ketabahan utk meneruskan perjalanan dr selangor ke batu pahat, johor.

terasa lama perjalanan yg ku rasakan...
di sambung menangis dlm hati menerima takdir yg telah di tentukan... kepada Allah tmpt aku mengadu....

tiba di rumah jam 1.30 pg, keadaan rumah yg byk dgn kereta...membuatkan aku semakin sayu lagi2 terpandang kereta arwah abah... kepulanganku di sambut dgn atok & adik beradik ibu di pintu, ak bersalam dgn mereka satu persatu tanpa dapat menahan sebak & tangisan... aku mencari kelibat ibu tetapi tiada...rupanya ibu duduk di dalam gelap di ruang tv... aku memeluk ibu sepuasnya dan terus menangis tersedu2, aku xdapat bercakap apa2 menagis dan terus menangis, ibu menyabarkan aku, sabarlah kakak, abah dah xde, mak pun xtau, balik kerja abah kakak dah meninggal...kita terimalah seadanya, bykkn doa bykkn istigfhar, kami 2 beranak menangis saling berpelukan antara satu sama lain...menerima ketentuan drpd Yang Maha ESA....

tlh kembali ke Rahmatullah almarhum Abah tercinta JALANI BIN HAJI NIMIN di usia 54 tahun pd 5 Mac 2013 pukul 10.30pg krn sesak nafas akibat semput di rumah teratak cinta abah,ibu & anak2 . Semoga roh almarhum dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dikalangan orang yg beriman & yg beramal soleh.....Al-Fatihah.

kakak akan doakan abah setiap hari 5 kali sehari selepas solat dlm surah AL-FATIHAH di sedekahkan... kakak syg abah... semoga kita bertemu di syurga kelak abah.... 

                                
Gambar kenangan keluarga bersama arwah abah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...